S.H.A.M.R.I.N merupakan album solo pertama Shamrin yang diterbitkan pada tahun 2002. Album solo pertama beliau ini merakamkan semula lagu-lagu hits ketika beliau bersama kumpulan Fotograf seperti Di Alam Fana Cinta, Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal, Ke Pintu Kasih Mu, Luka Seribu Rindu dan banyak lagi disamping memuatkan 2 buah lagu baru iaitu Dewi Sanubari dan Bisikan (Najwa).