S. Jibeng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jaafar bin Sidiq
S Jibeng.jpg
Jaafar Sidiq, atau lebih dikenali sebagai S. Jibeng
KelahiranJaafar bin Sidiq
1942
Singapura
Meninggal duniaFebruari 2006 (berumur 63–64)
Johor Bahru
PekerjaanPenyanyi
PasanganMaznah Sidek
Anak5 orang

Allahyarham Jaafar Sidiq, atau lebih dikenali sebagai S. Jibeng (1942?-7 Februari 2006), merupakan seorang penyanyi yang mencipta namanya semenjak 1960-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.[1] Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah pop yeh-yeh telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, ( She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh).

Penyanyi pada zaman 1960-an, biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

S. Jibeng merupakan seorang penyanyi irama 60-an yang cacat penglihatan tetapi turut memiliki berbakat bermain gitar dan drum. Dia juga merupakan seorang penggubah lagu dan menghasilkan banyak lagu popular seperti Musafir Di Aidilfitri, Inai Di Jari, Selamat Tinggal Pujaan dan Gadis Pertiwi.

Beliau juga pernah berlakon dalam filem A Go Go 67 dan juga pernah merakamkan album berjudul Masih Ada Yang Sayang Istimewa Buat S. Jibeng pada 1995, atas dorongan Allahyarham M. Shariff.[2]

Beliau meninggal pada 7 Februari 2006.[3] Ramai rakan-rakan seangkatan yang menghadiri pengkebumiannya, antaranya adalah Datuk A. Rahman Hassan, A. Rahman Onn, A. Halim, J. Sham, Jeffrydin, Datin Norkiah Abdullah dan S. Mariam.


Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Asmara Dewi
  2. Selamat Tinggal Pujaan
  3. Gadis Pertiwi
  4. Inai Di Jari
  5. Mabuk Kepayang
  6. Musafir Di Aidil Fitri [4]
  7. Musafir Kelana
  8. Setahun Kataku Beri

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Inai di jari, merah di hati - Belasungkawa S. Jibeng.
  2. ^ S. Jibeng sukar dicari ganti
  3. ^ Hamden Ramli (08/02/2006). "S. Jibeng meninggal dunia". Utusan Online. Dicapai 20 Februari 2014.  Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ S.Jibeng masih mencari sinar

Pautan luar[sunting | sunting sumber]