SIRAJ Abu Dzar Al-Ghifari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI Abu Dzar Al-Ghifari
Lokasi
67768, Jalan Jinjang Permai, Jinjang Utara 52000, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah Agama, Sekolah Kerajaan
Nombor sekolah03-62423373
Kod sekolahWPA004 [1]
Guru besarNaziah binti Mohamad
GPK Pentadbiran dan AkademikNurmizan binti Zainal Abidin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridRoselizasawati binti Abdullah
Penolong Kanan KokurikulumMohd Shafie bin Ahmad
[ Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google]


Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI Abu Dzar Al-Ghifari atau nama ringkasnya SIRAJ Abu Dzar Al-Ghifari, merupakan sebuah sekolah rendah agama yang terletak di 67768, Jalan Jinjang Permai, Jinjang Utara 52000 Kuala Lumpur.

Sekolah ini merupakan sebuah sekolah agama negeri dan terletak di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Agama Abu Dzar Al-Ghifari pada asalnya diberi nama SRA Hidayatul Mustaqimah yang terletak di Taman Beringin. Namun pada Januari 2013, Jabatan Agama Islam Wilayah persekutuan (JAWI) telah menjenamakan semula dengan nama yang ada sekarang. Bangunan SRA Abu Dzar Al-Ghifari didirikan di atas tanah lot 38723 milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan keluasan 5140 kaki persegi.


16 Mei 2014, SRA Abu Dzar Al-Ghifari telah berpindah ke bangunan baru yang lebih besar dan terletak berhampiran dengan kawasan perumahan PPR Jinjang.


2017, SRA Abu Dzar Al-Ghifari telah terpilih menjadi Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) yang menggabungkan sukatan akademik dan agama. Dengan kemudahan infrastruktur yang cukup dan setanding dengan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, maka layaklah Abu Dzar Al-Ghifari dipilih sebagai sekolah SIRAJ.


2022, beroperasi sebagai SIRAJ sepenuhnya dari tahun 1 hingga tahun 6 dengan dua kurikulum iaitu Kurikulum Rendah Sekolah Agama (KSRA) dan Kurikulum Standard sekolah Rendah (KSSR)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

SIRAJ Abu Dzar Al-Ghifari
67768, Jalan Jinjang Permai,
Jinjang Utara,
52000 Kuala Lumpur.
Malaysia.
Telefon = 03-62423373

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]