Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi: جابتن اڬام اسلام ولايه ڤرسكوتوان; singkatan: JAWI) adalah sebuah jabatan kerajaan yang berperanan sebagai agensi pelaksana kepada dasar-dasar yang ditetapkan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di peringkat persekutuan serta melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di peringkat negeri. JAWI kini diterajui oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail selaku Pengarah JAWI.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

JAWI ditubuhkan pada peringkat awalnya dengan nama Urus Setia Majlis dengan tujuan untuk melancarkan perjalanan MAIWP. Ia diwujudkan pada 1 Februari 1974.[1] Urus Setia Majlis pada ketika itu hanya terdiri daripada beberapa orang pegawai sahaja iaitu:[1]

  1. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Kadi Besar Wilayah Persekutuan
  3. Ketua Penolong Setiausaha
  4. Dua orang Kadi
  5. Pegawai Tadbir Masjid
  6. Dua orang Pegawai Zakat dan Baitulmal
  7. Pegawai Pendakwa dan Penguatkuasa

Apabila Kementerian Wilayah Persekutuan ditubuhkan pada tahun 1978, JAWI telah diletakkan di bawah Kementerian ini. Walau bagaimanapun, pada tahun 1987 Kementerian ini telah dimansuhkan. Maka, JAWI telah diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pada Tahun 2018, JAWI telah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sehingga kini. Pada peringkat awal operasi, JAWI hanya terdiri daripada beberapa Unit kecil sahaja iaitu:[1]

  1. Unit Pentadbiran
  2. Unit Pengurusan Masjid
  3. Unit Penguatkuasa dan Pendakwaan
  4. Unit Pentadbiran Nikah, Cerai dan Ruju`
  5. Unit Zakat dan Baitulmal
  6. Unit Fatwa

Sejak awal penubuhan, JAWI terus berkembang sehingga kini dengan kewujudan dua Cawangan iaitu JAWI Cawangan Labuan yang diwujudkan pada 16 April 1984 dan JAWI Cawangan Putrajaya yang diwujudkan pada 1 Ogos 2001. Kini, peranan JAWI telah diperluaskan kepada beberapa bidang antaranya:[1]

  1. Pendidikan - Memantau dan memastikan pengurusan pendidikan Islam berjalan lancar dan memenuhi kehendak pelanggan
  2. Penguatkuasaan - Menguatkuasakan undang-undang yang sedang berkuatkuasa serta menjalankan pencegahan bagi menegakkan amar makruf nahi mungkar.
  3. Khidmat Pengurusan - Menyediakan khidmat sokongan kepada jabatan melalui sumber manusia, pentadbiran, pembangunan infrastruktur, teknologi maklumat dan hal ehwal perhubungan awam.
  4. Pengurusan Masjid - Menyelaras aktiviti berkaitan dengan hal ehwal masjid, surau Jumaat, surau dan tanah perkuburan Islam.
  5. Pengurusan Kekeluargaan Islam - Pengukuhan institusi kekeluargaan.
  6. Masjid Wilayah Persekutuan - Diiktiraf sebagai masjid negeri dan menjalankan fungsi pengimarahan masjid.
  7. Pengurusan Dakwah - Menjalankan operasi dakwah secara holistik bersama stakeholders.
  8. Penyelidikan - Menjalankan kajian isu akidah, menapis dan memantau terbitan berunsur Islam, melaksanakan aktiviti pengurusan halal, menyaring permohonan surat sokongan Visa.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadi sebuah organisasi peneraju dalam memartabatkan Hal Ehwal Islam.

Misi[sunting | sunting sumber]

  1. Memantapkan akidah, syariah dan akhlak secara kolektif dan komprehensif
  2. Mengurus hal ehwal kekeluargaan Islam
  3. Melaksanakan dakwah secara menyeluruh dan profesional
  4. Memantapkan pendidikan ummah berteraskan al-Quran dan Sunnah
  5. Mengimarahkan masjid dan surau

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Bahagian                                                                                Piagam Pelanggan
Pengurusan Dakwah        
  1. Pengeluaran Kad Akuan Masuk Islam dalam tempoh 15 minit
  2. Pengurusan dakwah
  3. Mengesan status berdaftar saudara muslim di Wilayah Persekutuan dalam tempoh lima minit
  4. Mengeluarkan statistik pengislaman dalam tempoh lima minit
  5. Urusan pengislaman dan pendaftaran pengislaman dilakukan dalam tempoh satu jam
Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Komitmen kami ialah untuk memberi perkhidmatan yang cekap, cepat dan mesra dalam proses nikah, cerai dan ruju’ serta perkhidmatan rundingcara keluarga dalam tempoh yang ditetapkan seperti berikut:
  1. Kebenaran Berkahwin akan dikeluarkan tidak melebihi tempoh satu jam selepas permohonan dikemukakan
  2. Surat Perakuan Nikah akan dikeluarkan selepas tujuh hari bekerja dari tarikh akad nikah
  3. Surat Perakuan Cerai dan Ruju’ akan dikeluarkan selepas lima hari bekerja selepas didaftarkan
  4. Khidmat Nasihat Kekeluargaan akan diberikan dalam tempoh satu jam selepas permohonan didaftarkan
  5. Rundingcara Kekeluargaan akan diberikan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan dikemukakan
  6. Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam akan dikeluarkan kepada syarikat pengendali kursus dalam tempoh tiga hari selepas permohonan diterima
  7. Pengesahan Mahram akan dibuat dalam tempoh satu jam selepas permohonan dikemukakan
Penguatkuasaan
  1. Bersedia menerima aduan Kesalahan Jenayah Syariah 24 jam sehari
  2. Membuat risikan ke atas aduan yang munasabah dalam masa 24 jam
  3. Menjalankan operasi ke atas Kesalahan Boleh Tangkap dalam masa 24 jam selepas menerima aduan
  4. Menjalankan siasatan bagi Kesalahan Jenayah Syariah dalam tempoh yang munasabah
Khidmat Pengurusan Kami akan memastikan pengurusan pentadbiran, kewangan, sumber manusia, perhubungan awam, teknologi maklumat dan perolehan yang lebih dinamik dan kompeten bagi memastikan operasi JAWI berjalan dengan lancar:
  1. Surat-surat hantar tangan yang diterima sebelum jam 9.00 pagi akan dihantar sebelum jam 12.45 tengah hari, bagi surat-surat yang dihantar  selepas jam 9.00 pagi akan dihantar pada jam 2.00 petang
  2. Pengesahan tempahan kenderaan oleh pegawai/kakitangan Jabatan diberi dalam tempoh satu hari sebelum perjalanan dibuat
  3. Dewan/Bilik Mesyuarat diselenggara dan sedia untuk digunakan sekurang-kurangnya satu jam sebelum acara/mesyuarat dibuat
  4. Bekalan pejabat yang dipohon dari stor Jabatan dikeluarkan serta-merta selepas permohonan lengkap diterima
  5. Menyediakan Pesanan Tempatan dalam masa tujuh hari selepas permohonan lengkap diterima
  6. Pembekalan Secara Pembelian Terus diuruskan dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan diterima
  7. Menguruskan pengesahan pelantikan dalam tempoh satu minggu dari tarikh dokumen lengkap diterima
  8. Menguruskan pengesahan dalam perkhidmatan dalam tempoh satu minggu dari tarikh dokumen lengkap diterima
  9. Setiap aduan awam terhadap JAWI dijawab dalam tempoh lima hari bekerja
  10. Sistem aplikasi dapat beroperasi sekurang-kurangnya 95% setahun
  11. Bertindak dalam masa dua jam bagi setiap aduan pelanggan yang diterima melalui talian Helpdesk ICT
  12. Pelayan aplikasi (application server) yang ditempatkan di Pusat Data JAWI dapat dicapai sekurang-kurangnya 95% setahun dan memastikan keselamatan Pusat Data sentiasa terjamin sepanjang masa
  13. Semua Perolehan Pembelian Terus hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya tiga minggu selepas tarikh sebut harga dipelawa
  14. Semua Perolehan Sebut Harga hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya tiga bulan selepas tawaran dibuka
  15. Semua Perolehan Tender hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya enam bulan selepas tawaran dibuka

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Sejarah Penubuhan Diarkibkan 2012-12-05 di Wayback Machine Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]