Saint-Étienne-du-Rouvray

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Saint-Étienne-du-Rouvray
Pusat budaya "Le Rive Gauche"
Pusat budaya "Le Rive Gauche"
NegaraPerancis
KawasanNormandy
JabatanSeine-Maritime
ArrondissementRouen
KantonSaint-Étienne-du-Rouvray, Sotteville-lès-Rouen-Est
InterkomunalitiCREA
Kerajaan
 • Datuk Bandar (2008 - 2014) Hubert Wulfranc
Keluasan
1
18.25 km2 (7.05 batu persegi)
Penduduk
(2006)2
28,258
 • Kepadatan1,500/km2 (4,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
INSEE/Poskod
76575 /76800
Ketinggian3–87 m (9.8–285.4 ka)
(purata 37 m atau 121 ka)
1Data Daftar Tanah Perancis, yang tidak termasuk tasik, kolam, glasier > 1 km² (0.386 m² atau 247 ekar) dan muara sungai. 2 Penduduk tanpa pengiraan dua kali: penghuni berbilang komun (misalnya, para pelajar dan kakitangan tentera) dikira sekali sahaja.

Saint-Étienne-du-Rouvray adalah satu komun di Perancis, terletak dalam jabatan Seine-Maritime dan région (kawasan) Haute-Normandie. Komun ini juga menjadi pusat kampus sekolah kejuruteraan INSA de Rouen dan ESIGELEC.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kedudukan[sunting | sunting sumber]

Terletak di pinggiran hutan Rouvray, bandar ini terletak di pertengahan Komuniti Antarakomun Rouen-Elbeuf-Austreberthe.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Gerabak métro di stesen terminus Technopôle di Saint-Étienne-du-Rouvray

Saint-Étienne-du-Rouvray dihubungi oleh métro Rouen sejak penjangkauan servisnya ke technopôle Madrillet pada 1997. Aliran Technopôle merentasi bandar dengan 5 stesen dengan kekerapan hampir setiap 6 minit pada waktu puncak. Métro membolehkan perhubungan ke pusat bandar Rouen dalam masa lebih kurang 20 minit dan Sotteville-lès-Rouen dalam masa beberapa minit.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bandar ini menjadi sasaran pengeboman ketika Perang Dunia Kedua.

Sejak awal tahun 2000, bandar Saint-Étienne-du-Rouvray melibatkan diri dalam operasi pembaharuan bandar dalam 9 quartier (bahagian) bandar. Operasi ini bertujuan untuk membina tempat tinggal untuk penduduk. Ia melibatkan penghancuran kemudian pembinaan semula 1,000 tempat tinggal. Perubahan bandar ini dijangka siap menjelang tahun 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]