Saint Kitts

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saint Kitts
Liamuiga
Saint Kitts and Nevis-CIA WFB Map.png
Peta Saint Kitts dan Nevis
LocationSaintKitts.PNG
Geografi
LokasiLaut Caribbean
Koordinat17°15′N 62°40′W / 17.250°N 62.667°W / 17.250; -62.667
KepulauanKepulauan Leeward
Jumlah pulau1
Pulau-pulau utama1
Luas174 km2 (67 bt2)
Panjang29 km (18 mi)
Lebar8 km (5 mi)
Aras tertinggi1,156 m (3,793 ft)
Puncak tertinggiGunung Liamuiga
Pentadbiran
2 divisions of Saint Kitts
Penempatan terbesarBasseterre (pop. 15,500)
Demografi
Populasi34,983 (2011)
Pop. density208.33 /km2 (539.57 /sq mi)

Saint Kitts atau secara formal disebut sebagai Pulau Saint Christopher ialah sebuah pulau di Hindia Barat. Sisi barat pulau ini bersempadan dengan Laut Caribbean, dengan sisi timur pulau menghadap Lautan Atlantik. Saint Kitts dan pulau tetangganya Nevis membentuk satu negara: Persekutuan Saint Kitts dan Nevis. Saint Kitts dan Nevis dipisahkan dengan selat sempit selebar 3 km yang dikenal dengan "Si Sempit" (The Narrows).

Saint Kitts menjadi rumah kepada koloni British dan Perancis pertama Caribbean pada pertengahan 1620-an.[1][2] Bersama dengan negara pulau Nevis, Saint Kitts adalah ahli Hindia Barat British sehingga mencapai kemerdekaan pada 19 September 1983.[3]

Pulau ini ialah satu pulau dari Kepulauan Leeward di Antilles Kecil. Ia terletak kira-kira 2,100 km (1,300 bt) tenggara Miami, Florida, AS. Keluasan tanah Saint Kitts adalah kira-kira 168 km2 (65 bt2), dengan panjang kira-kira 29 km (18 bt) dan secara purata kira-kira 29 km (18 bt) melintang.

Saint Kitts mempunyai populasi sekitar 40,000, yang majoritinya berketurunan Afrika. Bahasa utama ialah bahasa Inggeris, dengan kadar celik huruf kira-kira 98%.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lucas, Sir Charles Prestwood (1890). "A Historical Geography of the British Colonies: The West Indies". Dicapai pada 2017-07-30.
  2. ^ "St Kitts: the Gibraltar of the West Indies". The Daily Telegraph. Dicapai pada 30 July 2017.
  3. ^ "Caribbean's St. Kitts gets independence, new name". Dicapai pada 2017-07-30.
  4. ^ "Saint Kitts and Nevis | CIA World Factbook". www.cia.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-02-25.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]