Saint Kitts dan Nevis
![]() |
Persekutuan Saint Christopher dan Nevis1 Saint Christopher dan Nevis | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Country Above Self" | |||||
Lagu kebangsaan: "O Land of Beauty" | |||||
![]() | |||||
Ibu negara | Basseterre | ||||
Bandar terbesar | Ibu negara | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris | ||||
Kerajaan | Demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan | ||||
• Monarki | Ratu Elizabeth II | ||||
Sir Cuthbert Sebastian | |||||
Dr. Denzil Douglas | |||||
Kemerdekaan | |||||
• dari United Kingdom | 19 September 1983 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 261 km2 (101 bt2) (ke-207) | ||||
boleh diabaikan | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan Julai 2005 | 51,300 (ke-209) | ||||
164/km2 (424.8/sq mi) (ke-64) | |||||
KDNK (PPP) | 2009 | ||||
• Jumlah | $726 juta[1] | ||||
$13,429[1] | |||||
KDNK (nominal) | 2009 | ||||
• Jumlah | $557 juta[1] | ||||
$10,315[1] | |||||
HDI (2018) | ▲ 0.777[2] tinggi · ke-73 | ||||
Mata wang | Dolar Caribbean Timur ( XCD ) | ||||
Zon waktu | (UTC-4) | ||||
Bahagian memandu | left | ||||
Kod panggilan | +1-869 | ||||
Kode ISO 3166 | KN | ||||
DPT internet | .kn | ||||
|
Persekutuan Saint Cristopher dan Nevis (Bahasa Inggeris: Federation of Saint Christopher and Nevis[3] atau nama pendeknya Saint Kitts dan Nevis[4] ialah sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada dua pulau dalam rantau Kepulauan Lindung Angin Hindia Barat. Ia negara berdaulat terkecil di Amerika daripada segi keluasan dan populasi.[5]
Ibu negara dan pusat pentadbiran kerajaan pusat adalah Basseterre yang terletak di bahagian pulau yang lebih besar iaitu Saint Kitts. Negeri yang lebih kecil iaitu Nevis terletak kira-kira 2 batu (3 km) ke tenggara Saint Kitts, di seberang terusan cetek yang dikenali sebagai "The Narrows".
Saint Kitts dan Nevis adalah di antara kepulauan Caribbean pertama yang diduduki oleh para peneroka Eropah. Saint Kitts menjadi rumah bagi koloni pertama Britain dan Perancis di Caribbean.
Penamaan[sunting | sunting sumber]
Saint Kitts dinamakan hasil penginggerisan nama San Cristóbal pada abad ke-17, "Cristóbal" pula nama setempat diberikan kepada Santo Christophorus, santo penaung pelayaran dan pengembaraan.[5]
Nama "Nevis" datang dari Gunung Nevis, ia dinamakan Christopher Columbus melalui nama panjang yang pernah digunakan, Nuestra Señora de las Nieves bererti "Si Perawan Salji"[5] yang merujuk kepada suatu keajaiban luar biasa dicatat pada abad ke-4 di mana salji turun di Bukit Esquilinus, Roma;[6] rupa gunung Nevis yang dilitupi awan tebal pada ketika pelayaran Columbus barangkali mengingatkan beliau kepada kejadian tersebut.[5]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Saint Kitts dan Nevis mendapat kemerdekaan pada 19 September 1983. Pihak negara bersetuju untuk mengekalkan negara dalam Komanwel dan mengiktiraf Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara yang diwakili oleh seorang Gabenor-Jeneral.
Geografi[sunting | sunting sumber]
Saint Kitts dan Nevis terletak di Kepulauan Lindung Angin yang menjadi sebahagian daripada Antillen Kecil. Negara ini terdiri dari dua pulau utama, Saint Kitts dan Nevis yang dipisahkan sejauh 3 km oleh Selat Narrows atau The Narrows.[7] Kedua-duanya berasal daripada aktiviti gunung berapi, dengan puncak-puncak pusat yang besar di dalam hutan hujan tropika.[5] Ada banyak sungai yang turun dari pergunungan di kedua-dua pulau yang menyediakan air bagi penduduk setempat.
Saint Kitts terdiri daripada beberapa barisan pergunungan di tengah pulau yang menempatkan puncak tertinggi negara, Gunung Liamuiga yang berketinggian 1,156 meter.[7] Pantai timur pulau menempatkan Bukit Kanada dan Bukit Conaree. Pulau menyempit di bahagian tenggara lalu membentuk semenanjung dengan badan air terbesar, Tasik Great Salt. Nevis, pulau yang lebih kecil daripada Saint Kitts dan agak berbentuk bulat, didominasi oleh Puncak Nevis dengan ketinggian 985 meter.[5]
Iklim[sunting | sunting sumber]
Saint Kitts memiliki iklim savana tropika manakala Nevis memiliki iklim monsun tropika.[8] Julat suhu tahunan negara adalah kecil, iaitu daripada 23.9 °C ke 26.6 °C Taburan hujan tahunan purata ialah 2,400 milimeter.[9]
Politik[sunting | sunting sumber]
Saint Kitts dan Nevis ialah sebuah negara Alam Komanwel yang mengiktiraf Elizabeth II sebagai ketua negara dengan gelaran Ratu Saint Kitts dan Nevis. Ratu diwakili oleh seorang Gabenor-Jeneral yang membantu Perdana Menteri. Parlimen negara ialah parlimen satu dewan, iaitu Perhimpunan Kebangsaan.
Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]
Negara ini dibahagikan kepada 14 buah kariah, iaitu sembilan buah kariah di Saint Kitts dan lima lagi di Nevis.
Demografi[sunting | sunting sumber]
Anggaran jumlah penduduk negara setakat 2019 ialah 53,000 orang, dan jumlah ini adalah lebih kurang sama sejak bertahun-tahun. Emigrasi dari Saint Kitts dan Nevis adalah ketara.[10] Kebanyakan rakyat negara (92.5%) adalah berketurunan Afro-Caribbean.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b c d "Saint Kitts and Nevis". International Monetary Fund. Dicapai pada 21 April 2010.
- ^ "Human Development Report 2019" (dalam bahasa Inggeris). UNDP. 10 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-05-10. Dicapai pada 2020-04-28.
- ^ "1983 Saint Kitts and Nevis Constitution". pdba.georgetown.edu. Dicapai pada 30 August 2017.
- ^ Both the names Saint Christopher and Saint Kitts are given in the Constitution of Saint Christopher and Nevis.
- ^ a b c d e f "St Kitts and Nevis". CIA World Factbook. Dicapai pada 10 Julai 2019. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "cia.gov" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Templat:Cite Catholic Encyclopedia
- ^ a b "Enclopedia Britannica – St Kitts and Nevis". Dicapai pada 10 Julai 2019.
- ^ "Climate of Saint Kitts and Nevis: Temperature, Climograph, Climate table for Saint Kitts and Nevis – Climate-Data.org". Climate-data.org (dalam bahasa Inggeris). Alexander Merkel. Dicapai pada 15 Mac 2018.
- ^ "Country Historical Climate – St. Kitts & Nevis". Climate Change Knowledge Portal (dalam bahasa Inggeris). The World Bank Group. Dicapai pada 15 Mac 2018.
- ^ "Table 5: Estimates of Mid-year Population: 2007–2016" (PDF). United Nations Demographic Yearbook: 2016. United Nations. 2017. m/s. 2.
Senarai negara dan wilayah tanggungan di benua Amerika Utara |
|||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara-negara berdaulat | Amerika Syarikat • Antigua dan Barbuda • Bahamas • Barbados • Belize • Kanada • Costa Rica • Cuba • Dominica • El Salvador • Grenada • Guatemala • Haiti • Honduras • Jamaica • Mexico • Nicaragua • Panama • Republik Dominika • Saint Kitts dan Nevis • Saint Lucia • Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine • Trinidad dan Tobago | ![]() | |||||||||
Wilayah tanggungan |
|