Saint Young Men

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saint Young Men (Jepun: 聖☆おにいさん, Hepburn: Seinto Oniisan) (聖☆おにいさん, Seinto Oniisan?) merupakan siri manga Jepun yang ditulis dan dilukis oleh Hikaru Nakamura. Manga ini diterbitkan oleh Kodansha dalam majalah manga seinen bulanan Morning 2 sejak tahun 2007.[1] Manga ini kemudian disesuaikan dalam filem anime yang dikeluarkan pada tanggal 10 Mei 2013.[2][3]

Isi cerita[sunting | sunting sumber]

Yesus Kristus, pemimpin agama Kristian dan Buddha Gautama, pemimpin agama Buddha turun ke bumi untuk melancong secara rahsia. Lokasi bercuti mereka berada di Jepun, diceritakan mereka menyewa sebuah pangsapuri di daerah Tachikawa, Tokyo.

Ceritanya berlaku di kehidupan sehari-hari dan orang di sekitar mereka yang dijumpai selama bercuti, mereka juga melawat taman bermain, restoran dan minimarket

Watak[sunting | sunting sumber]

Yesus Kristus (Jepun: イエス・キリスト, Hepburn: Iesu Kirisuto) (イエス・キリスト, Iesu Kirisuto?) (disuarakan oleh Mirai Moriyama dalam anime)
Jesus digambarkan sebagai "sei-jin" (聖人=manusia suci atau 成人=dewasa dalam bahasa Jepun) yang periang, dermawan dan humoris. Tidak seperti Sang Buddha yang ketat dalam setiap ajarannya, Yesus sentiasa mesra kepada setiap muridnya sampai-sampai ketika Yesus juga begitu baik terhadap Yudas, muridnya yang mengkhianati Yesus membuat Sang Buddha bimbang. Para penghuni syurga sentiasa overprotektif terhadap Yesus, mereka kadang cuba untuk membantu Yesus ketika melihat Dia menangis atau bersedih. Sebagai sosok Tuhan, ketua Yesus akan mengeluarkan bulatan cahaya di kepalanya ketika dia melakukan sesuatu terutamanya perbuatan mulia. Ketika Yesus senang ataupun sedih kerana sesuatu yang lucu atau menyeramkan, mukjizat atau keajaiban pasti berlaku. Yesus juga peminat setia filem-filem drama dan menulis reviewnya di blog pribadinya.
Buddha Gautama (Jepun: ゴータマ・ブッダ, Hepburn: Gōtama Budda) (ゴータマ・ブッダ, Gōtama Budda?) (disuarakan oleh Gen Hoshino dalam anime)
Buddha digambarkan sebagai sosok yang tenang, rasional dan baik, Sang Buddha sering 'diselamatkan' oleh Yesus yang periang apabila Dia menanggapi suatu masalah terlalu serius. Buddha juga digambarkan sebagai sosok yang benar-benar ketat dalam menghitung pengeluaran, apabila mereka membeli suatu barang tanpa memikirkan jumlah pengeluarannya seringkali membuat Sang Buddha marah dan pada saat itu juga kepalanya akan mengeluarkan sinar yang tambah lama tambah terang sampai Yesus menenangkannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "モーニング公式サイト - 『聖☆おにいさん』作品情報" (dalam bahasa Japanese). Kodansha. Dicapai pada 7 March 2010. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Saint Young Men Comedy Manga Gets Anime Film". Anime News Network. 2012-09-26. Dicapai pada 2012-09-26.
  3. ^ "Saint Young Men Anime Film Slated for May 10". Anime News Network. 2012-11-17. Dicapai pada 2012-11-18.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]