Sampah angkasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Earth from space, surrounded by small white dots
Imej janaan komputer yang menunjukkan reja angkasa yang dapat dikesan serata orbit tinggi Bumi (dalam kelompok awan) dan orbit geosegerak Bumi (mengelilingi Bumi dalam bentuk cincin)

Reja angkasa atau sampah angkasa (space debris[1], space waste atau space junk) ialah sisa-sisa bahan buatan terpakai yang ditinggalkan di angkasa lepas terutamanya dalam orbit Bumi seperti satelit lama dan sisa bahagian roket yang tertanggal hasil penguraian, hakisan mahupun pelanggaran dengan objek lain.

Sebanyak 17,852 objek buatan manusia telah dijejaki di orbit atas Bumi setakat 5 Julai 2017,[2] termasuk 1,419 buah satelit yang masih beroperasi.[3] namun kesemuanya cukup besar untuk dijejaki. Sebanyak 170 juta reja dikesan yang berukuran lebih kecil daripada 1 sentimeter (0.4 in), sekitar 670,000 kepingan reja dalam julat 1–10 sm, dan sekitar 29,000 reja bersaiz lebih besar yang dianggarkan tersebar sepanjang orbit Bumi setakat bulan Julai 2013.[4]

Pelanggaran dengan sisa-sisa ini membahayakan kapal angkasa yang lalu-lalang lalu tercalar melaluinya, terutama komponen panel suria dan alat optik seperti teleskop yang tidak dapat diberikan perlindungan yang seeloknya atas sebab tertentu.[5] Kadar kemungkinan pelanggaran reja-reja ini yang meninggi juga boleh menyebabkan orbit Bumi tidak boleh ditembusi sekiranya keadaan ini berterusan tanpa wujudnya pengurusan yang sesuai.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'reja angkasa' - Istilah MABBIM". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai 26 April 2018. 
  2. ^ "Orbital Debris Quarterly News" (PDF). 20 (3). NASA. Julai 2016: 8. Dicapai 10 Oktober 2016. 
  3. ^ "UCS Satellite Database". Nuclear Weapons & Global Security. Union of Concerned Scientists. 11 Ogos 2016. Dicapai 10 Oktober 2016. 
  4. ^ "How many space debris objects are currently in orbit?"". Agensi Angkasa Eropah. Julai 2013. Dicapai 6 Februari 2016. 
  5. ^ "The Threat of Orbital Debris and Protecting NASA Space Assets from Satellite Collisions" (PDF). Space Reference. 2009. 
  6. ^ "Problem Weltraumschrott: Die kosmische Müllkippe". Der Spiegel - Wissenschaft. SPIEGEL ONLINE. Dicapai 22 April 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]