Pergi ke kandungan

Agensi Angkasa Eropah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Agensi Angkasa Eropah
Maklumat agensi
SingkatanESA
Ditubuhkan pada1975
JenisAgensi angkasa
Ibu pejabatParis, Perancis
Bahasa rasmiInggeris, Perancis dan Jerman[1]
PentadbirJohann-Dietrich Wörner
Tapak pelancaran utamaPusat Angkasa Guiana
Pemilik
Bajet tahunan €3,591 bilion / $5,030 bilion(2009) [1]
Laman sesawangwww.esa.int

Agensi Angkasa Eropah (bahasa Inggeris: European Space Agency atau ESA), ditubuhkan pada tahun 1975. Ia merupakan satu pertubuhan antara-kerajaan yang didedikasikan kepada penjelajahan angkasa, dan kini mempunyai 18 buah negara anggota. Ibupejabat ESA adalah di Paris dengan kakitangan seramai hampir 2,000 orang dengan belanjawan tahunan kira-kira €3.6 bilion pada tahun 2009[2].

Tapak pelancaran utama ESA adalah di Pusat Angkasa Guiana, Kourou, Guiana Perancis. Lokasinya yang berada hampir dengan khatulistiwa menjadikannya stesen orbit penting yang mudah diakses dari segi komersialnya. ESA menjadi peneraju pasaran bagi pelancaran komersial angkasa pada tahun 1990-an. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, agensi ini juga meletakkan diri mereka sebagai salah satu pemain utama di dalam penjelajahan angkasa.

Misi-misi sains ESA berpangkalan di ESTEC, Noordwijk, Belanda; misi-misi balai cerap Bumi di ESRIN, Frascati, Itali; Kawalan Misi ESA (ESOC) di Darmstadt, Jerman; Pusat Angkasawan Eropah (EAC) yang melatih para angkasawan untuk misi-misi masa depan terletak di Cologne, Jerman dan Pusat Astronomi Angkasa Eropah untuk sains angkasa ESAC terletak di Villanueva de la Cañada, berdekatan dengan Madrid di Sepanyol.

  1. ^ ESA (2003). "Convention for the establishment of a European Space Agency" (PDF). ESA. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-07-06. Dicapai pada 29 Disember 2008.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • ESA Bulletin (archive) is a quarterly magazine about the work of ESA that can be subscribed free of charge.
  • Bonnet, Roger; Manno, Vittorio (1994). International Cooperation in Space: The Example of the European Space Agency (Frontiers of Space). Harvard University Press. ISBN 0-674-45835-4.
  • Johnson, Nicholas (1993). Space technologies and space science activities of member states of the European Space Agency. OCLC 29768749 .
  • Peeters, Walter (2000). Space Marketing: A European Perspective (Space Technology Library). ISBN 0-7923-6744-8.
  • Zabusky, Stacia (1995 and 2001). Launching Europe: An Ethnography of European Cooperation in Space Science. ISBN B00005OBX2.
  • Harvey, Brian (2003). Europe's Space Programme: To Ariane and Beyond. ISBN 1-85233-722-2.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 48°50′54″N 2°18′15″E / 48.8482°N 2.3042°E / 48.8482; 2.3042