Pergi ke kandungan

Sastera pengembaraan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Genre sastera pengembaraan meliputi sastera luar (outdoor literature), buku panduan, penulisan alam semula jadi, dam memoir tentang pengembaraan.[1]

Seorang penulis memoir pengembaraan dalam Sastera Barat ialah Pausanias, seorang ahli geografi berbangsa Yunani di abad kedua Masehi.

Nota tertulis oleh Christopher Columbus pada edisi Latin Il Milione karya Marco Polo

Contoh-contoh awal sastera pengembaraan termasuk Pemerian Greece oleh Pausanias yang dihasilkan dalam abad kedua, Journey Through Wales ("Pengembaraan di Wales" (1191) dan Description of Wales ("Pemerian tentang Wales") (1194) oleh Gerald dari Wales, dan jurnal-jurnal pengembaraan karya Ibn Jubayr (1145–1214) dan Ibn Battuta (1304–1377); kedua-duanya merakamkan pengembaraan mereka dalam dunia yang dikenali pada masa itu dengan terperinci. Genre pengembaraan merupakan genre yang agak biasa dalam penulisan Arab pada zaman pertengahan.[2]

Sastera pengembaraan menjadi popular pada zaman Dinasti Song (960–1279) semasa zaman pertengahan China.[3] Genre ini dikenali sebagai 'sastera rakaman pengembaraan' (youji wenxue), dan sering dihasilkan dalam bentuk esei prosa naratif dan gaya diari.[4]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Cuddon, J. A. (1999). The Penguin Dictionary of Literary Terms and Literary Theory. London: Penguin Books. m/s. 937.
  2. ^ El-Shihibi, Fathi A. (2006). Travel Genre in Arabic Literature: A Selective Literary and Historical Study (Originally presented as the author's thesis (Ph.D.--Boston University, 1998)). Boca Raton, Fla: Dissertation.com. ISBN 1-58112-326-4.
  3. ^ Hargett 1985, p. 67.
  4. ^ Hargett 1985, pp. 67–93.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]