Schwechat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Schwechat pada 2007.

Schwechat merupakan sebuah pekan yang terletak di tenggara Vienna, Austria. Di sini terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna dan bir Schwechater. Pekan ini merupakan tempat kepada syarikat penapisan minyak Austria, OMV.

Nama Schwechat berasal daripada sungai Schwechat, yang mengalir terus ke pekan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Schwechat pada dahulunya merupakan penempatan bagi Ala Nova dari Empayar Rom, pekan ini muncul dalam sebuah dokumen yang bertarikhkan pada 1334. Pertempuan antara Leopold I dan John III Sobieski pada 1683 juga berlangsung di sini selepas pembebasan Vienna. Tentera negara menewaskan pemberontak Hungary juga bertempur di pekan ini pada Oktober 1848.[1]

Pada 1724, sebuah kilang tekstil dibuka di Schwechat. Schwechat menjadi maju ketika zaman perindustrian mula datang ke Austria pada abad ke-19, kebanyakan syarikat yang ditubuhkan pada masa itu masih wujud sehingga hari ini (seperti kilang bir). Schwechat menjadi sebuah bandar pada tahun 1924 dan dimasukkan ke daerah Vienna pada tahun 1938. Kilang penapis minyak di bandar ini menjadi sasaran pengeboman Tentera Bersekutu ketika era Perang Dunia Kedua pada penghujung tahun 1943 sehingga musim bunga tahun 1944. Schwechat menjadi sebuah bandar bebas pada tahun 1954.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna merupakan ibu pejabat bagi syarikat penerbangan Austrian Airlines dan Niki.[2][3]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^  One or more of the preceding sentences incorporates text from a publication now in the public domainWikisource-logo.svg Schwechat. Encyclopædia Britannica (edisi ke-11). 1911. 
  2. ^ "Offices in Austria". Austrian Airlines. Dicapai 26 May 2009. 
  3. ^ "About Us Contact". Niki. Dicapai 2 September 2009. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]