Sejarah Pyongyang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pemandangan satelit P'yŏngyang

Pada tahun 1955, sebuah desa kuno besar di kawasan P'yŏngyang bernama Kǔmtan-ni dikorek oleh ahli arkeologi yang menemui pendudukan prasejarah dari zaman tembikar Chǔlmun dan Mumun[1].

Menurut legenda, kota ini diasaskan pada tahun 2333 SM dengan nama Wanggŏmsŏng (왕검성; 王儉城) dan menjadi sebuah bandaraya utama pada zaman Gojoseon.

Pada tahun 108 SM, China Dinasti Han menawan Gojoseon dan ibu negara Komanderi Lelang terletak berhampiran Pyongyang. Lelang kekal sebagai sebuah kota kara komersial dan kebudayaan yang penting sehingga diranapkan oleh kerajaan Goguryeo yang berkembang pada tahun 313.

Goguryeo berpindah ke ibu negerinya di sini pada tahun 427. China Dinasti Tang dan Silla bersekutu lalu menumbangkan Goguryeo pada tahun 668. Pada tahun 676, Pyongyang dirampas oleh Silla tetapi meninggalkannya di sempadan dengan Balhae sehingga dinasti Goryeo, apabila kota ini dibangkitkan semula sebagai Sŏgyŏng (서경; 西京; "Ibu Kota Barat") meskipun tidak pernah dijadikan ibu negeri Goryeo. Kota ini menjadi ibu wilayah P'yŏngan pada dinasti Joseon, ibu wilayah P'yŏngan Selatan sejak tahun 1896 dan melalui zaman pemerintahan Jepun.

Pada tahun 1945, pemerintahan Jepun berakhir dan Pyongyang diduduki tentera Soviet, lalu menjadi ibu negara sementara Republik Rakyat Demokratik Korea yang baru ditubuhkan pada tahun 1948 dan hendak menawan semula ibu negara rasminya pada masa itu iaitu Seoul. Pyongyang nyrais ranap dalam Perang Korea, apabila diduduki tentera Korea Selatan untuk masa yang singkat. Selepas perang, bandaraya ini dibina semula dengan cepatnya dengan bantuan Soviet, maka banyak bangunan dibina berteraskan seni bina Stalinis.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ National Research Institute of Cultural Heritage. 2001. Geumtan-ri. Hanguk Gogohak Sajeon [Dictionary of Korean Archaeology], pp. 148-149. NRICH, Seoul. ISBN 89-5508-025-5