Sejarah Rampasan Kuasa di Thailand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dari 1932 hingga 2006, dilaporkan telah berlakunya 17 kali rampasan kuasa berlaku.Daripada 16 rampasan kuasa, sembilan kali rampasan kuasa berjaya dilakukan dan 7 kali lagi gagal.Sepanjang tempoh itu, Perdana Menteri daripada kalangan awam dan tentera sentiasa silih berganti.

Rampasan kuasa yang pertama direkodkan dilakukan oleh sekumpulan muda lulusan luar negara pada 1932.Raja Thailand ketika itu, Prajadhipok atau dikenali sebagai Raja Rama VII tidak mempunyai sebarang pilihan lain kecuali menerima syarat mengubah syarat Thailand daripada sebuah negara monarki mutlak kepada negara yang mennggunapakai konsep raja berpelembagaan.

Kronologi Rampasan Kuasa di Thailand[sunting | sunting sumber]

  1. 1932 - Raja Prajadhipok bersetuju menerima polisi raja berpelembagaan dalam satu rampasan kuasa yang diketuai oleh kumpulan tentera berpendidikan tinggi.Phraya Manopakorn Nititada dilantik sebagai Perdana Menteri.
  2. 1933 - Phrayol Phahol Pholphayuhasena, yang merupakan tonggak dalam rampasan awal, membubarkan badan Perundangan Negara(National Assembly) dan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri yang baru bagi Thailand.
  3. 1947 - General Phin Choonhavan membubarkan kerajaan.Major Khuang Abhaiwongse dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi digantikan oleh Field Marshal Plaek Phibunsongkhram pada tahun berikutnya.
  4. 1957 - Rampasan kuasa diketuai oleh Jeneral Sarit Thanarat.Kemudian, seorang ahli parlimen iaitu Pote Sarasin telah dilantik sebagai Perdana Menteri mengetuai kerajaan sementara.
  5. 1971 - Feild Marshal Thanom Kittikachorn mengambil alih semula kuasa.Beliau juga menghapuskan Perlembagaan dan membubarkan Parlimen.
  6. Oktober 1973 - Pemberontakan pelajar secara besar-besaran terhadap 'Tiga Pemerintah Zalim' - Feild Marshal Thanom Kittikachorn, anaknya Kolonel Narong Kittikachorn dan bapa mentuanya Feild Marshal Praphas Charusathein yang memerintah Thailand dengan melampau antara 1960-an sehingga 1970-an.
  7. Februari 1976 - Rampaan kuasa gagal tetapi kejayaan pada Oktober menyingkirkan Perdana Menteri ketika itu, Seni Pramoj.Panglima Sangad Chaloryoo dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pembaharuan Pentadbiran Negara (NARC).
  8. Oktober 1976 - Sekurang-kurangnya 46 pelajar yang mengadakan tunjuk perasaan kerana dengan kepulangan Thanom Kittikachorn ke Thailand terbunuh dan ratusan lagi ditangkap.Peristiwa ini telah mendorong kerajaan lebih berhati-hati dan mewujudkan panduan yang perlu diikuti oleh pihak tentera.
  9. 26 Mac 1977 - Kerajaan tentera berjaya menghalang rampasan kuasa yang diketuai oleh Jeneral Chalard Hiranya siri selepas Chalard dan 300 yang lain mengepung empat bangunan milik kerajaan dan pihak tentera.
  10. 20 Oktober 1977 - Kerajaan Thanin Kraivixien yang diwujudkan pada 1976 digulingkan oleh tentera, sekali lagi diketuai oleh Sangad.Majlis Pembaharuan Tentera mengambil alih kuasa.
  11. 1 April 1981 - Paukan tentera cuba mengambil alih kedudukan Perdana Menteri Prem Tinsulanoda.
  12. 9 September [1985]] - Rancangan untuk merampas kuasa oleh beberapa pesara pegawai tentera gagal.
  13. 23 Februari 1991 - Jeneral Suchinda Kraprayoon menumbangkan kuasa Perdana Menteri Jeneral Chatichai Choonhavan tanpa pertumpahan darah.Rampasan kuasa ini dilancarkan oleh Majlis Mengekalkan Keamanan Nasional (National Peace Keeping Council - NPKC).Chatichai yang memenangi pilihan raya umum tahun 1998, dilaporkan melakukan sangat korup.
  14. Mei 1992 - Suchinda dipaksa melepaskan kuasanya apabila sekurang-kurangnya 50 penyokong demokrasi mengadakan tunjuk perasaan di Bangkok.Akibat berlakunya insiden keganasan, beliau memaksa Chatichai meletak jawatan.Raja Bhumibol Adulyadej terpaksa campur tangan untuk menghentikan tunjuk perassan.Parlimen kemudiannya mengundi untuk mengurangkan kuasa yang ada di dalam pihak tentera dalam urusan politik Thailand.Pada September 1992, sekali lagi pilihan raya dilakukan dengan kemenangan diperolehi oleh Parti Demokrat.Chuan Leekphai diumumkan sebagai Perdana Menteri baru.Pada tahun 1995, pilihan raya diadakan sekali lagi dengan Banharn Silpha-Archa menjadi Perdana Menteri.Setahun kemudian digantikan pula Jeneral Chavalit Yongchaiyudh, Timbalan Perdana Menteri ketika itu.Pada 1997, Chavalit meletak jawatan kemudain diambil semula oleh Chuan Leekpai sehingga tahun 2001.
  15. 19 September 2006 - Pihak tentera diketuai Jeneral Sonthi Boonyaratglin yang beragama Islam mengambil alih kuasa dan menyingkirkan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra ketika beliau dan beberapa menteri lain berada di luar negara.