Sejarah Republik Afrika Tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kawasan Republik Afrika Tengah dipercayai telah diduduki sejak abad ke-7.

Setelah menjadi satu koloni negara Perancis, Republik Afrika Tengah merdeka pada tahun 1960. Negara baru ini dengan cepat merosot kepada pemerintahan diktaktor dibawah pemerintahan presiden pertamanya, David Dacko. Pada tahun 1966 Dacko digulingkan oleh sepupunya Bokassa yang menubuhkan kerajaan militan dan menjadi diktator yang berperangai pelik. Pada tahun 1976 Bokassa mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja dan ditabalkan dalam upacara yang serba mewah dan mahal yang dipersendakan kebanyakan negara lain. Dia juga kerap melanggar hak asasi manusia serta menyokong gerakan anti-Perancis. Akibatnya, kerajaan Perancis telah menyokong suatu rampasan kuasa terhadap pemerintahannya dan pada 1979 Dacko telah kembali berkuasa di negara tersebut. Rampasan kuasa yang kedua berlaku pada 1981, dan kerajaan berdemokrasi mula berkuasa pada 1993. Namun pada 2003, suatu rampasan kuasa berlaku sekali lagi, di mana François Bozizé mengambil alih kuasa.