Sejarah kimia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Sejarah kimia mewakili sejarah ilmu ini dari sejarah kuno sampai sekarang. Pada 1000 SM, peradaban menggunakan teknologi yang pada akhirnya akan membentuk asas bagi pelbagai cabang ilmu kimia. Contohnya termasuk pengekstrakan logam daripada bijihnya, pembuatan tembikar, penapaian bir dan anggur, pengeluaran bahan kimia daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan ubat dan minyak wangi, pemprosesan lemak menjadi sabun, pembuatan kaca, dan membuat aloi seperti gangsa.

Protosains kimia, alkimia, tidak berhasil menjelaskan sifat bahan dan perubahan sifat-sifat berkenaan. Namun begitu, dengan melakukan percubaan dan pemerhatian, golongan ahli alkimia menetapkan asas bagi kimia moden. Perbezaannya mulai muncul ketika pembezaan yang jelas antara kimia dan alkimia dibuat oleh Robert Boyle dalam karyanya The Sceptical Chymist (1661). Sementara alkimia dan kimia berkaitan dengan materi dan transformasinya, ahli kimia diperakui kerana menerapkan kaedah-kaedah saintifik dalam karya mereka.

Kimia kini dianggap telah menjadi sains yang mapan melalui karya Antoine Lavoisier yang mengembangkan hukum keabagian jisim yang menuntut pengukuran yang cermat dan pemerahtian kuantitatif terhadap fenomena kimia. Sejarah kimia berkait rapat dengan sejarah termodinamik, terutamanya melalui karya Willard Gibbs.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Dokumentari

Pautan luar[sunting | sunting sumber]