Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Kelan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Kelan
Lokasi
 Malaysia JKR 149,Ladang Kelan,, 81000, Kulai,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6076841203
Kod sekolahJBD8005
FaksTIADA


Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEJARAH SEK0LAH

                       Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,Ladang Kelan telah ditubuhkan pada tahun 1946. Guru Besar yang pertama ialah mendiang En.J.S.Jebamani.

Sekolah ini terletak 5km dari bandar Kulai. Sekolah ini dibina oleh pihak penurusan Ladang Kelan untuk menampung anak-anak pekerja di ladang ini. Pada awalnya lebih daripada 200 pelajar belajar di sekolah ini. Pada tahun 60an sesi petang diadakan sebab kekurangan bilik darjah. Dua kelas menumpang di sekolah Cina di ladang ini.


Oleh kerana penanaman semula pokok getah diberhentikan,ramai telah berpindah ke lading-ladang getah dan taman-taman perumahan yang berhampiran. Maka endrolmen murid sekolah ini telah mula menurun. Walaubagaimanapun kini endrolmen mula meningkat. Sebilangan besar murid sekolah ini datang dari tamantaman perumahan yang berhampiran.


Walaupun sekolah ini terletak di kawasan pendalaman,ia telah mencipta nama baik dari segi pencapaian akademik mahupun kokurikulum. Pada tahun 1973, sekolah cawangan telah dibuka di Ladang Fraser. Kini seramai 24 orang murid sedang belajar di sekolah cawangan dan empat orang guru ditugaskan untuk mendidik mereka.Atas usaha para guru besar, beberapa pengubahsuaian yang amat ketara khususnya dari segi fizikal dan keceriaan telah dibuat. Pada tahun 1999 sebuah perpustakaan dengan kemudahan hawa dingin telah berjaya dibina untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada murid-murid untuk menimba ilmu dari gedung itu. Pada akhir tahun 2001 atas usaha YB Datuk Lim Si Cheng, Ahli Parlimen kawasan Senai,sebuah bilik darjah telah dibina dengan bantuan peruntukan modal dari Kementerian Pendidikan.

Sekolah ini juga telah menerima 6 buah komputer dari wakil rakyat dan pihak koprat seiring dengan matlamat negara untuk melahirkan masyarakat celik komputer pada masa depan. Pada tahun 2006 pengubahsuaian membesarkan bilik darjah darisegi fizikal telah dibina. Sumbangan untuk membina bangunan ini diperolehi daripada "Port Of Singapore Authority Bus Service".

Pada 2009 seramai 19 orang guru dan 2 orang pembantu tadbir berkerja disekolah ini. Seramai 135 orang murid belajar di sekolah ini. Kini sekolah sedang mengalami perubahan darisegi fizikal dan keceriaan sekolah.Murid bertambah pada tahun 2010 iaitu 141 dan 22 orang guru dengan 2 orang staf sokongan.

Pn.M.Saraswathi Vani telah berusaha bersama PIBG untuk mendapatkan bangunan baru. Usaha beliau telah membuahkan hasil iaitu pihak sekolah telah mendapat peruntukkan membina bangunan baru dibawah Pakej Rangsangan Khas (PRK) Tahun 2012. Pada masa kini proses pembinaan bangunan baru sedang berjalan. Dijangka bangunan baru akan disiapkan pada tahun 2016.

Pada tahun 2015 Pn.P.Periachi ditugaskan sebagai Guru Besar di SJKT Ladang Kelan. Banyak perubahan telah dilakukan oleh beliau dari segi PdP,keceriaan dan pengurusan sekolah, Kini 2018 enrolmen murid adalah 185 murid 18 orang guru dan 2 orang staf sokongan. Pada 1.11.2015 Pn.S.Rajammal ditugaskan sebagai Guru Besar baru di SJK Tamil Kelan. Beliau telah banyak mengambil beberapa tindakan untuk meningkatkan prestasi akademik. Beliau berkhidmat di SJK T Ldg.kelan selama 2 tahun. Pada Tahun 2017 SJK T Kelan berpindah ke tapak bangunan  baru. Bangunan sekolah baru dirasmikan oleh YB Dato' P. Kamalanathan pada 14.02.2017 dengan penyerahan kunci. Pada tahun 2018 Pn.R.Rajeeswari ditugaskan sebagai Guru Besar. Beliau meningkatkan prestasi UPSR sekolah dan juga menerima anugerah pencapaian terbaik matapelajaran Bahasa Tamil 2018 dan 2019. Pada tahun 2020 – Kini Cik.K.Sagayamary ditugaskan sebagai Guru Besar. Beliau sedang meneruskan SJK T Ldg.Kelan dengan pelbagai kejayaan di peringkat daerah , negeri dan kebangasaan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Kelan
JKR P149,Ladang Kelan,
81000, Kulai
Johor, Malaysia
Telefon = 6076624246
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]