P. Kamalanathan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Di dalam nama orang India, nama Panchanathan ialah nama bapa, bukannya nama keluarga, dan orang berkenaan harus dirujuk oleh nama yang diberikan, Kamalanathan.
Yang Berhormat Dato'
Kamalanathan a/l Panchanathan
DPMK (Kedah), KMN
Kamalanathan.jpg
YB Dato' Kamalanathan
Timbalan Menteri Pendidikan I
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
Didahului oleh Pbslogo.JPG Datuk Mary Yap Kain Ching
Timbalan Menteri Pendidikan II
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 28 Julai 2015
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (I)
Idris Jusoh (II)
Didahului oleh UMNO (Malaysia).svg Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi
Digantikan oleh Senator Chong Sin Woon
Ahli Parlimen Malaysia
untuk P94 Hulu Selangor, Selangor
Dalam jawatan
25 April 2010 – 7 April 2018
Didahului oleh Zainal Abidin Ahmad (PKRPR)
Digantikan oleh June Leow
Majoriti 3,414 (PRU-13)
Butiran peribadi
Lahir (1965-10-18) 18 Oktober 1965 (umur 52)
Sentul, Kuala Lumpur, Selangor
Parti politik MIC logo.gif BN-MIC
Pasangan Datin S. Shobana
Kediaman Taman Garing, Rawang
Pekerjaan Timbalan Menteri, Ahli Parlimen
Profesion Pengamal Perhubungan Awam
Laman sesawang http://www.pkamalanathan.com/

YB Dato' P. Kamalanathan, DPMK (Kedah), KMN, merupakan ahli politik Malaysia berketurunan India yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor dari Kongres India Malaysia (MIC), parti komponen Barisan Nasional. Beliau tewas dengan bilangan undi 27,392 pada PRU-14. Beliau ditewaskan oleh June Leow, Ahli Parlimen Hulu Selangor kini. June Leow menang dengan undi yang amat banyak iaitu 40783. Manakala beliau memenangi kerusi P94 Hulu Selangor dengan bilangan undi 37,403 pada Pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013. Beliau menewaskan Khalid Jaafar (PKR), Radzali Mokhtar (Bebas) dan Santhara Kumar Ramanaidu (Bebas). Di peringkat akar umbi beliau adalah Ketua Penerangan MIC.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kamalanathan fasih dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia dan bahasa Tamil. Kamalanathan berkelulusan sijil perhubungan awam dari London Chambers of Commerce and Industry di England, Diploma dalam bidang penterjemahan (Dewan Bahasa dan Pustaka).Ijazah Sarjana Muda dalam Perhubungan Awam dari Edith Cowan University di Australia.

Beliau anak jati Rawang dan aktif dalam dunia penulisan blog. Blog beliau di blog http://www.pkamalanathan.com/. Pada 2004, Institut Perhubungan Awam Malaysia mengiktiraf atas usaha "Majlis Pelbagai Kaum Terbaik di Malaysia bagi tahun 2004". Beliau menjadi anggota Majlis Perbandaran Selayang (2004-2006). Dokumentari 'The Truth' hasil kerja beliau disiarkan oleh RTM yang memaparkan kejayaan dan pencapaian sebenar komuniti India di Malaysia.[1]

Kamalanathan, adalah ketua perhubungan awam Beras Jati Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncitan beras. Selain itu beliau menjadi pensyarah sambilan di sebuah kolej swasta.[2] Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Majlis Penggalakan Minyak Sawit Malaysia (Mpoc) sebelum menyertai syarikat Serba Wangi Sdn Bhd (JATI),(anak syarikat Bernas) pada 2001.

Latarbelakang keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya S.Shobana, seorang pengurus kanan perhubungan awam sebuah hospital swasta. Kamalanathan mulanya menjadi kerani di Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd pada 1985. Kemudian menjadi pegawai perhubungan awam dengan MPOPC selama enam tahun. Seterusnya menjadi pengurus perhubungan awam bagi syarikat Carotino.

Latarbelakang politik[sunting | sunting sumber]

Kamalanathan dilantik sebagai ketua penerangan MIC pada Perhimpunan MIC pada September 2009.

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 2010[sunting | sunting sumber]

Pada 25 April 2010, beliau menang di dalam Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010 setelah menewaskan Datuk Zaid Ibrahim dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen kawasan Hulu Selangor.

Parlimen Malaysia: Hulu Selangor, Selangor
Tahun Barisan Nasional Undi Pts Lawan Undi Pts
2010 P. Kamalanathan (MIC) 24,997 51% Zaid Ibrahim (PKR) 23,272 48%

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Bukan calon pilihan raya Hulu Selangor[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya beliau bukanlah pilihan Presiden MIC, Tan Seri Samy Vellu atau pilihan UMNO Hulu Selangor kerana Samy Vellu awal-awal lagi mencadangkan satu nama sahaja dari MIC iaitu Datuk G. Palanivel yang merupakan Timbalan Presiden MIC, Ketua MIC Selangor dan Ketua MIC Hulu Selangor, bakal Presiden MIC pada waktu itu.

Akan tetapi pemimpin UMNO Selangor mahukan G. Palanivel diganti dengan pemimpin MIC yang lebih segar atau pilih sahaja pemimpin UMNO kerana kawasan ini majoritinya Melayu . G. Palanivel telah berkhidmat selama 4 penggal (1990-2008) dan tentu ada serba serbi kekurangan. Beberapa pemimpin cawangan MIC dikatakan akan membubarkan cawangan jika G Palanivel tidak dipilih. Palanivel akan menjadi Presiden MIC ,kemungkinan besar dalam masa 13-14 bulan lagi.Samy Vellu masih mengharapkan Palanivel dipilih kerana dia akan berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sekembali dari Washington.30 daripada 72 ketua cawangan MIC berkumpul di ibupejabat MIC Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru menyokong Palanivel.[3]

Malah Samy Vellu dan Majlis tertinggi MIC memecat V Mugilan. Nama Mugilan lebih disenangi. Beliau merupakan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor dan Naib Ketua Pemuda MIC Pusat serta anak didik G Palanivel. Sebagai jalan penyelesaian, Palanivel bolehlah memilih kerusi selesa yang lain. Ini juga bermakna MIC akhirnya berjaya meletakkan calon partinya, , dapat jawatan Timbalan Menteri dan satu kerusi Senator.

Jawatan kerajaan[sunting | sunting sumber]

Pada PRU 13 yang lepas, YB P. Kamalanathan memenangi kerusi parlimen yang ditandinginya di Hulu Selangor. Selain itu juga beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia sebagai senarai anggota Kabinet Malaysia 2013 yang memegang jawatan Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi ke 2.[4] Ketika itu, kementerian beliau diterajui oleh menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rujukan[sunting | sunting sumber]