Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ai Chun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ai Chun
Lokasi
 Malaysia Tenang Stesen, 85030, Segamat,, [Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6079279241
Kod sekolahJBC7001
Faks6079279241


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ai Chun atau nama ringkasnya SJK(C) Ai Chun, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Tenang Stesen.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ai Chun memiliki 74 pelajar lelaki dan 96 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 170 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1935 Golongan masyarakat Cina yang telah menyedari kepentingan pendidikan anak-anak, mereka telah bersama-sama berusaha menubuhkan sebuah sekolah. Dua buah sekolah telah didirikan secara bergotong-royong yang berdindingkan papan dan beratapkan nipah. Sebuah sekolah terletak di 16 kilimeter dari Segamat ke Labis yang diberi nama Cawangan Chong Hua Labis, dan satu lagi terletak di tepi Pekan Tenang Stesen, Ai Chun namanya.

1946 Atas persetujuan masyarakat Cina dan semua ibu bapa murid sebulat suara telah mengambil keputusan untuk menyatukan sekolah tersebut dan mengekalkan nama Ai Chun bagi memudahkan dan melicinkan pentadbiran dan pengurusan sekolah.

1949 Apabila kerajaan mengistiharkan ‘Darurat’ pada tahun 1949, sekolah Ai Chun telah dipindahkan ke Ladang Voules, Tenang Stesen, Segamat.

1961 Sekolah Ai Chun didaftarkan secara rasmi di Jabatan Pendidikan Johor pada tahun 1961 dan diluluskan serta mendapat bantuan penuh kerajaan. Sebanyak 12 kelas dibuka, darjah satu hingga darjah enam. Dari semasa ke semasa, bilangan murid di sekolah ini bertambah ramai. Memandangkan bangunan yang kurang selesa, maka Guru Besar serta semua ibu bapa murid bersama ahli-ahli Pertubuhan MCA membuat permohonan melalui Jabatan Pendidikan Johor untuk membina bangunan baru secara tetap.

1971 Pada tahun 1971, sebuah bangunan baru dua tingkat siap dibina di atas tapak sendiri seluas 3 ekar 3 rod 5 pol dan mempunyai 6 bilik darjah, sebuah bilik rehat guru, pejabat am, bilik Guru Besar, 2 buah tandas, 3 buah stor dan sebuah kantin.

1972 Menjelang tahun 1972, penggal pertama persekolahan bermula di sekolah baru beralamat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ai Chun, Tenang Stesen, 85030 Segamat, Johor. Pentadbiran dan pengurusan sekolah berjalan lancar dan memuaskan.

1973 Persatuan Ibu Bapa dan Guru ditubuhkan pada tahun 1973.

1974 SRJK(C) Ai Chun terletak satu kilometer dari Pekan Tenang Stesen dan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Datuk Mahammad Yacob pada 27 Julai 1974.

1982 Sebuah bangunan tambahan 3 tingkat telah diperuntukan oleh kerajaan yang merangkumi 6 bilik darjah, pejabat am, bilik Guru Besar, bilik Guru Penolong Kanan, bilik rehat guru, bilik perpustakaan, bilik pusat sumber, 2 tandas guru dan 2 tandas murid. Bangunan tersebut siap dibina pada tahun 1983 dan digunakan pada awal tahun 1984 sepenuhnya.

1991 Pada tahun 1991, sekolah ini telah dipilih untuk melaksanakan Pra Sekolah Bantuan Penuh Keranjaan bagi SRJK(C) Daerah Segamat. Kelas ini bermula pada 1 Disember 1991 sehinggalah sekarang.

1992 Berikutan dengan saranan Kempen Penghijauan Alam Sekitar, satu jawatankuasa keceriaan sekolah ditubuhkan oleh Jemaah Pengurus Sekolah sebagai tanda kerjasama dan menyambut seruan kerjaan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ai Chun
Tenang Stesen
85030, Segamat
Johor, Malaysia
Telefon = 6079279241
Fax = 6079279242

Pautan luar[sunting | sunting sumber]