Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Behrang Ulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Behrang Ulu
Lokasi
Behrang Ulu, 35910, Tanjong Malim,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Moto礼 Kesopanan

义 Keadilan 廉 Kesopanan

耻 Kesedaran Malu
Nombor sekolah054541171
Kod sekolahABCA004
Pengerusi PIBGTAN WEN SUAN
PengetuaTEW LEE PENG
GPK Pentadbiran dan AkademikCHEAH GAIK KHIM
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridCHEONG JIA WEN
Penolong Kanan KokurikulumNG MAI TIANG
Faks054541171
Laman sesawang


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Behrang Ulu atau nama ringkasnya SJK(C) Behrang Ulu, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Behrang Ulu.

1.1      Sejarah Sekolah

1.1.1   Latar Belakang Sekolah

Pada tahun 1952, Kampung Baru Behrang Ulu ditubuhkan kerana perlaksanaan undang-undang darurat pada ketika itu. Semua penghuni tempatan dikepong di kawasan tersebut. Dengan itu, penghuni di sana pun mengambil keputusan untuk membina sebuah sekolah di kampung tersebut.

Pada tahun 1953, ketua kampung Encik Lim Chai Peng, Encik Lim Wah Chong, Encik Tan Lay Sean serta rakan-rakan sejawatnya telah berjaya membina sebuah sekolah dengan bantuan kerajaan. Sekolah ini telah dinamakan ‘Behrang Ulu New Village Chinese School’. Sekolah terletak di kawaasan seluas 0.09 hektar di Kampung Behrang Ulu.

Pada 23 Julai 1954, bangunan sekolah yang mengandungi  dua buah bilik darjah dan sebuah bilik guru telah siap dibina. Encik Lee Lian Khai dilantik sebagai guru besar yang pertama. Sekolah ini telah dirasmikan pada 13 September 1954. Bilangan murid pada masa itu sebanyak 42 orang.

Sekolah ini ditukar dari ‘New Village Grant’ ke sekolah bantuan penuh kerajaan mulai pada tahun 1960. Nama sekolah ditukar kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Behrang Ulu.

Pada tahun 1973, projek pembangunan sekolah telah siap dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya. Pada Mei 1973, Encik Ong See Yong dilantik sebagai guru besar yang  kedua. Beliau bertugas di sekolah selama 5 tahun.

Pada 1 Julai 1978, Encik Mok Sui Kong dilantik sebagai guru besar ketiga. Sebuah tandas baru  dibina   pada 13 September 1978. Bilik guru yang usang  telah diubahsuai menjadi bilik perpustakaan dan stor alat sukan.

Pada tahun 1979, bekalan elektrik mula dibekalkan di Kampung Baru Behrang Ulu. Encik  Mok Sui Kong menjadi guru besar di sekolah ini selama enam tahun dan digantikan dengan Encik Wong Lai Choon pada tahun 1984. Beliau dilantik sebagai guru besar yang keempat.

Pada tahun 1985, pembinaan tiga buah  bilik darjah, bilik televisyen, bilik serba guna dan stor ketika pelaksanaan Rancangan Pembangunan  Malaysia ke empat.

Pada tahun 1987, Encik Wong Lai Choon ditukarkan ke Ipoh dan Encik Yap Kim Fatt dilantik sebagai guru besar ke lima. Beliau bertugas di sekolah ini selama 2 tahun. Pada 16 Julai 1989, Encik Yap Kim Fatt ditukarkan ke Behrang Stesen dan Cik Chang Wai Ling dilantik sebagai guru besar keenam.

Pada 1 Februari 1990, Cik Chang Wai Ling ditukarkan ke Sabah dan Puan Goh Thuan dilantik sebagai guru besar yang ke-tujuh. Pada 16 Jan 1991, Puan Goh Thuan telah ditukar ke SJK C Khai Meng, Sungkai dan Cik Tan Kok Kee dilantik sebagai guru besar kelapan. Pada tahun yang sama,sebuah tandas baru telah dibina untuk kegunaan murid.

Projek penyelenggaraan bangunan sekolah dijalankan pada November 1993. Kerja-kerja yang dijalankan termasuklah mengganti siling, asbestos , zing , memperbaiki longkang tandas dan longkang pejabat guru , membaiki tiang dan pintu dan membaiki rak alat sukan.

Sebuah kabinet makmal sains telah siap dibina pada 22 Oktober 1994. Makmal sains ini kini telah diubahsuai menjadi bilik darjah. Sebuah kantin baru dibina, tandas lama dinaiktarafkan dengan menampal jubin dinding setinggi 5 kaki dan lantai mozaik. Pendawaian semula elektrik di seluruh sekolah dilaksanakan pada  Mac 1995.

Pada 16 Ogos 1995, Cik Tan Kok Kee ditukar ke daerah Kinta dan Encik Foo Fook Keong dilantik sebagai guru besar kesembilan. Beliau hanya memjadi pemimpin sekolah ini selama 10 bulan.

Pada 1 Jun 1996, Encik Foo Fook Keong ditukar ke SJK C Bidor Stesen dan Encik Wong Ah Choo dilantik sebagai guru besar kesepuluh. Pada 1 Jun 1997, Encik Wong Ah Choo ditukar ke SJK C Choong Hua 1, Bidor dan Encik Lim Chiang pula dilantik sebagai guru besar yang kesebelas.

Pada 23 November 1999, Encik Lim Chiang bersara dan Encik Sew Lee Cheong dilantik sebagai guru besar kedua belas. Encik Lim Chiang berkhidmat di sekolah ini selama 2 tahun 3 bulan sahaja. Pada 16 September 2004, Encik Sew Lee Cheong ditukarkan ke SJK C Chenderiang,Tapah. Beliau bertugas di sekolah ini selama 4 tahun. Selepas itu, temaptnya diganti dengan  Puan Son Ah Lan. Beliau dilantik sebagai guru besar ke tiga belas.

Kerja-kerja pembasmian anai-anai secara rawatan pemulihan tanah untuk 3 blok bangunan yang berjumlah RM 3950.00 di bawah peruntukan Pejabat Pendidikan Daerah  dijalankan pada tahun 2005.

Pada 1 Jun 2006, Puan Son Ah Lan ditukarkan ke SJK C Phin Min, Behrang Stesen. Puan Eng Lee Wah dilantik sebagai guru besar ke empat belas. Pada bulan Disember 2006, kerja-kerja pembinaan bangsal kereta, menaiktarafkan gelanggang badminton, mengecat semula bangunan sekolah, memasang pintu besi pejabat dan pusat sumber, membina taman bunga telah dijalankan di bawah peruntukan khas Ahli Parlimen Tanjong Malim yang berjumlah RM 20000.

Pada bulan Ogos 2007, kerja-kerja penyelenggaraan bangunan sekolah dan pagar sekolah telah dilaksanakan di bawah peruntukan Pejabat Pendidikan Daerah sebanyak RM 19900.

Kerja-kerja menaiktarafkan bilik darjah pemulihan yang berjumlah RM 11,956.00 di bawah peruntukan Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah siap pada  Oktober 2008.

Kerja-kerja menaiktarafkan gelanggang bola keranjang dan keceriaan kawasan sekolah yang  berjumlah RM15,000.00 telah dilaksanakan di bawah peruntukan khas Ahli Parlimen Tanjong Malim telah dijalankan pada Ogos 2009.

Kerja-kerja pengubahsuaian blok bangunan asrama lama menjadi empat buah bilik darjah  yang berjumlah RM40,815.00 di bawah peruntukan Pejabat Pejabat Daerah Batang Padang.

Encik Tan Koh Sun ditukar ke SJKC Min Tet, Ipoh. Cik Chin Ngan Yeng dari SJKC Kuala Bikam telah dinaikkan pangkat menjadi guru besar SJKC Behrang Ulu yang ke enam belas pada 16hb Oktober  2010.

Pada 1 Jun 2011, Puan Chin Ngan Yeng telah dinaikkan pangkat menjadi penyelia sekolah Cina di Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang dan digantikan Puan Liew Seet Heong. Beliau telah menjadi guru besar ke tujuh belas. Sekolah ini telah mendapat anugerah tawaran baharu (Bai’ah) dari Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah kepimpinan Puan Liew Seet Heong pada tahun 2014. Pada tahun yang sama, Lembaga Pengelola Sekolah dibubarkan atas sebab-sebab yang tidak dielakkan.

Pada  bulan Mac 2015, Puan Liew Seet Heong telah ditukarkan ke SJK C Chin Hua, Slim River dan Puan Chin Yoke Kuan telah diamanahkan untuk  menjadi guru besar yang ke lapan belas sehingga 25 Februari 2019.

Puan Tew Lee Peng dari SJKC Tanah Mas, Bidor telah ditukarkan ke SJKC Behrang Ulu sebagai Guru Besar yang ke sembilan belas mulai 26 Februari 2019. Sekolah ini merupakan sekolah yang ketiga sejak beliau dilantik sebagai Guru Besar.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Behrang Ulu
Behrang Ulu
35910, Tanjong Malim
Perak,  Malaysia
Telefon = 054541171
Fax = 054541171

Pautan luar[sunting | sunting sumber]