Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Kuang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Kuang
Lokasi
Jalan Besar, Sungai Bakap, 14200, Sungai Jawi,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6045824226
Kod sekolahPBC4016
Faks6045824226


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Kuang atau nama ringkasnya SJK(C) Chong Kuang, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Jalan Besar, Sungai Bakap.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Kuang memiliki 586 pelajar lelaki dan 526 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1112 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru.2009


Pendahuluan

           	SRJK (C) Chong Kuang, Sungai Bakap ditubuhkan pada 1920 oleh En Teh Sim Mean sebagai sebuah sekolah swasta. Pada mulanya sekolah itu bertempat di Kedai Soon Lee. Nama "Chong Kuang" diambil daripada Kitab Suci Agama Katholik kerana Encik Teh Sim Mean seorang penganut agama Katholik.

Dari Permulaan hingga ke tahun 1941

           	Pada permulaan tahun 1920, hanya 5 orang pelajar lelaki sahaja belajar di sekolah ini di bawah pimpinan seorang guru iaitu En Teh Sim Mean sendiri. Beliau mengajar dan mentadbir pengurusan sekolah ini. Lama kelamaan, pelajar telah meningkat menjadi 10 orang dengan kemasukan lagi 5 orang pelajar termasuk 2 orang pelajar perempuan.
           	Menjelang tahun 1926, sekolah ini telah menjadi Sekolah Umum dan Encik Teh Sim Mean sendiri sebagai Guru Besar, manakala En. Phuah Sock Tian dilantik sebagal Pengerusi Jemaah Sekolah. Bangunan pertama dibina terdiri daripada 3 buah bilik darjah. Pada tahun 1939. satu blok lagi dengan 3 buah bilik darjah ditambah.

Zaman Pemerintahan Jepun ( 1941-1945)

           Pada tahun 1941, iaitu pada zaman penjajahan Jepun, banguanan sekolah ini telah dirampas oleh Kerajaan Jepun. Oleh itu, pelajaran tidak dapat diteruskan dan sekolah terpaksa ditutup. Apabila pemerintahan Jepun tamat dan telah bertukar tangan kepada pemerintahan British, sekolah ini dibuka semula pada tahun 1945. Pada ketika itu, bilangan murid meningkat menjadi 160 orang dan terdapat 4 orang guru. Guru Besar pada masa itu ialah En. Yeoh Chee Lip dan Encik Kee Hup Khim sebagai Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah. Pada tahun 1946, jawatan Guru Besar dipegang oleh Encik Sim Chew Lan. Pada tahun 1947, En. Sim berundur diri  dan En. Fong Chao Jing mengambil alih tempatnya.
           	Pada tahun 1950, bilangan murid terus meningkat lagi menjadi 252 orang. Oleh sebab bilangan murid yang semakin meningkat dan hanya terdapat 6 buah bilik darjah sahaja, persekolahan murid terpaksa dijalankan dalam dua sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Memandangkan sekolah semakin berkembang, satu jawatankuasa pembinaan sekolah telah ditubuhkan. Pada tahun 1953, dengan kerjasama dan sumbangan daripada pendududk-penduduk kawasan Sungai Bakap, 3 buah bilik darjah baru disiapkan. Pembukaan bangunan telah dirasmikan oleh En. Kee Hup Hor J.P.

Selepas Kemerdekaan (1957-1973) Pada tahun 1957, bilangan murid terus meningkat menjadi 475 orang dan terdapat 13 buah bilik darjah serta 12 orang guru. Pada tahun 1958, SRJK (C) Chong Kuang telah menerima bantuan penuh daripada pihak kerajaan. En. Tan Keng Boon dilantik menjadi Guru Besar pada tahun 1960. Pada ketika itu, bilangan murid telah meningkat menjadi 538 orang dan jumlah guru sebanyak 16 orang. Pertambahan bilangan murid yang berterusan telah menunjukkan sekolah ini berkembang pesat. Pada tempoh tahun 1964 hingga 1968, sebuah Jawatankuasa Pembinaan Sekolah yang dipengerusikan oleh Encik Teng Ho Yen telah berusaha mendapatkan sumbangan daripada ahli-ahli Jemaah Pengurus Sekolah dan orang-orang tempatan. Hasil kutipan ikhlas itu telah digunakan untuk membeli sebidang tanah lebih kurang 3 ekar luasnya dan diserahkan kepada kerajaan untuk dijadikan tapak pembangunan baru SRJK (C) Chong Kuang dengan bantuan daripada kerajaan. Pada tahun 1970, bilangan murid telah meningkat menjadi 712 orang dan jumlah guru sebanyak 20 orang. Pembelajaran telah dijalankan dalam 17 kelas. Menjelang tahun 1973, bilangan murid terus bertambah lagi menjadi 813 orang, terdapat 22 orang guru dan 18 kelas pembelajaran.

Tahun 1978-1989 En. Tan Keng Boon bersara pada akhir tahun 1977, dan Encik Tan Khoon Sin dilantik menjadi pemangku Guru Besar. Pada tahun 1980, SRJK (C) Chong Kuang digredkan sebagai sekolah Gred A. Encik Lim Eng Seng telah ditugaskan menjadi Guru Besar. Pada tahun 1983, SRJK (C) Chong Kuang mula melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada masa itu, bangunan Sekolah Chong Kuang semakin lama dan buruk. Ia kurang selamat untuk bertindak sebagai tempat pembelajaran kanak-kanak. Tambahan pula, ia bertapak di atas tanah yang disewa. Pada bulan Oktober 1983, tapak tanah itu telah dibeli oleh pihak Lembaga Jemaah Pengurus dengan harga RM70,00.00. Keluasan tanah itu ialah 68,178 kaki per segi. Pada 16 Oktober 1983, En Lim Eng Seng telah ditukar ke SRJK(C) Chung Hwa Cawangan 3, Perai. En Teow Choong Leng sebagai Penolong Kanan pada masa itu telah dilantik menjalankan tugas Guru Besar bagi tempoh 16.10.1983 hingga 31.12.1983. Pada 1 Januari 1984, En. Aw King Tat telah ditugaskan ke sekolah ini untuk memegang jawatan Guru Besar. Beliau menjawat Guru Besar hingga 30 Jun 1984. Pada masa itu, bilangan murid telah kurang menjadi 783 orang dan 21 orang guru, sekolah ini diturunkan ke Gred B. En. Aw King Tat ditukarkan ke SRJK(C) Chung Hwa 3, Perai dan En Teow Choong Leng dilantik menjadi Guru Besar. Bilangan murid kemudian telah meningkat ke 793 orang dan 23 orang guru.

Bangunan Baru

          Pembinaan bangunan baru mula dijalankan pada Ogos 1986. Tetapi kerja pembinaan terhenti pada 1.1.1987 atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Kerja pembinaan disambungkan semula pada tahun 1988. Bilangan murid pada masa itu telah meningkat menjadi 827 orang dan 37 orang guru. Pada 8.3.1989, bangunan baru telah siap dibina dan diberi kebenaran untuk berpindah ke banguan baru.
     Pada 14 Mac 1989, hanya murid-murid tahun 1,2,5,6 berpindah ke bangunan baru kerana bangunan baru hanya mempunyai 9 buah bilik darjah sahaja. Murid-murid tahun 1 dan 2 berada di sesi petang manakala murid-murid tahun 5 dan 6 di sesi pagi. Bangunan lama atas tapak lama tetap digunakan sebagai tempat pembelajaran bagi murid-murid tahun 3,4.
       Pada tahun 1994, satu blok bangunan baru yang mengandungi 6 bilik darjah didirikan. Pada 18 Julai 1994, semua murid dipindahkan untuk belajar di sekolah baru dan sekolah lama ditutup. Sungguhpun begitu, murid-murid tahun 1, 2, dan 3 masih belajar di sesi petang dan tahun 4, 5, dan 6 di sesi pagi.
       Pada 1.5.1990, En. Mong Kong Boo telah dilantik sebagai Guru besar untuk menggantikan En. Teow Chong Leng yang bersara pada 20.3.1990.
     Bilangan murid semakin meningkat dari tahun ke tahun. En. Mong Kong Boo telah bersara pada Oktober 1995. Jawatan Guru Besar dipangku oleh En. Kee Lang Kok, Penolong Kanan 1 pada masa itu sehingga En. Lim Suoi Teik dilantik Jabatan Pendidikan Pulau Pinang untuk mengisi jawatan Guru Besar pada 16.10.1996.
     Pada tahun 1995, En. Ong Keat Leong telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Jemaah Pengurus Sekolah menggantikan En. Teng Ho Yen yang undur diri. Pada tahun yang sama, usaha kutipan sumbangan masyarakat tempatan telah diadakan oleh Pemuda Gerakan bersama Persatuan Bekas Murid Sekolah Chong Kuang bagi tujuan menambahkan satu buah bangunan 2 tingkat mengandungi 4 buah bilik sebagai bilik Pusat Sumber, Bilik Komputer dan Bilik Khas Bimbingan dan Pemulihan. Hasrat ini tidak ditunaikan atas sebab-sebab tertentu.
      Sumbangan ini telah dialih dengan sumbangan kelengkapan 22 buah komputer Jenis Multimedia Pentium 166 MMX , meja komputer, penyaman udara, 5 buah pin writer. Sumbangan itu diserahkan kepada pihak PIBG sekolah dan ditadbir oleh pihak sekolah untuk tujuan pembelajaran bagi semua murid di sekolah.
       Makmal Komputer Sekolah Chong Kuang telah dirasmikan oleh YB Dr. Goh Cheng Teik. Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kawasan Nibong Tebal pada 22.03.1998. Semua murid sekolah ini mulai didedahkan pendidikan komputer mulai 16.03.1998 yang difungsi melalui sebuah Kelab Pendidikan Komputer Sekolah di bawah naungan PIBG dengan bayaran.
      Pada tahun 1996, kebun bersebelah memohon untuk dimajukan, pihak Lembaga Jemaah Pengurus Sekolah telah mengemukakan bantahan untuk meminta supaya ruang tersebut disimpan untuk perkembangan sekolah pada masa hadapan. Pada masa itu, bilangan murid telah meningkat menjadi 930 orang dan pembelajaran dijalankan dalam 24 kelas, iaitu 12 kelas untuk pagi dan petang masing-masing. Permintaan itu telah dilayan oleh pihak pemaju, akan tetapi atas sebab yang tertentu, cadangan itu tidak disetujui oleh Pegawai Pembangunan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dan terus ditolak.
       Pihak Lembaga Jemaah Pengurus Sekolah yang dipengerusikan oleh En Ong Keat Leong membuat rayuan kepada pihak-pihak berkenaan. Atas bantuan YB Datuk Dr. Fong Chang On, Timbalan Menteri Pendidikan; YAB Tan Sri Koh Tsu Koon, Ketua Menteri Pulau Pinang; YB Dr. Toh Kin Woon, EXCO Pulau Pinang; YB Dr. Goh Cheng Teik, Ahli ParlimenKawasan Nibong Tebal; YB Dr. Tan Chong Keng, Ketua Biro Pendidikan MCA Pulau Pinang; YB Pn. Tan Cheng Liang. ADUN Jawi; En Boey Kee Choon, Ahli Majlis MPSP; Pengerusi UMNO Sungai Bakap dan En. Tong, dan juga di atas semangat permuafakatan Pegawai Pembangunan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. Pihak MPSP dan Pihak Pemaju, satu plot keluasan 0.87 ekar diberikan untuk pembangunan sekolah. Dengan adanya kepingan tanah ini, sekolah Chong Kuang mempunyai ruang pembangunan untuk satu blok pada masa depan.
           Pada tahun 2002, sekolah ini mempunyai murid seramai 994 orang, kebanyakan murid-murid berasal daripada keluarga yang sederhana. Sekolah ini mempunyai dua blok bangunan yang mengandungi 14 bilik darjah, 1 bilik komputer, 1 bilik perpustakaan dan 1 bilik kemahiran hidup. Satu Makmal ICT bantuan Kementerian Pendidikan Malaysia telah siap dibina dan mula beroperasi pada Januari 2002. Dewan kecil serbaguna juga siap dibina pada Mei 2002. Dengan adanya semua kemudahan seperti tersebut, diharapkan pencapaian akedemik dan kokurikulum sekolah boleh dipertingkatkan sesuai dengan Visi sekolah untuk menjadikan sekolah ini sebuah sckolah cemerlang.

Pada tahun 2016, Dr. Chan Seow Hong telah dilantik sebagai guru besar SJKC Chong Kuang. Setelah berkhidmat selama 2 tahun, beliau telah ditugaskan menjadi guru besar SJKC Kwang Hwa, Butterworth. Puan Teoh Gaik Hong sebagai Penolong Kanan Pentadbiran pada masa itu telah dilantik menjalankan tugas Guru Besar bagi tempoh Feb 2018 hingga Oktober 2018.

     Pada November 2018, Cik Ooi Hooi Kiang telah dilantik menjadi guru besar SJKC Chong Kuang dan berkhidmat sehingga sekarang.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Kuang
Sungai Bakap
14200, Sungai Jawi
Pulau Pinang,  Malaysia
Telefon = 6045824226
Fax = 6045824226

Pautan luar[sunting | sunting sumber]