Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, Sebangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Sebangan
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Simunjan, 94800, Simunjan,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Kerajaan, Sekolah Kurang Murid
Autoriti pendidikanSimunjan
SesiPagi Sahaja
Nombor sekolahGuru Besar SJK Chung Hua Sebangan
Kod sekolahYCC8303
Guru besarChiew Pick Sien
Tenaga pengajar7
Jumlah penuntut35
Bahasa pengantarBahasa Mandarin
GPK Pentadbiran dan AkademikBong Ko Jen
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMichael Tie Qi En
Penolong Kanan KokurikulumNgu Min Sze


Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Sebangan atau nama ringkasnya SJK Chung Hua Sebangan, merupakan sebuah sekolah jenis kebangsaan cina yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Simunjan.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Sebangan memiliki 25 murid lelaki dan 17 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 42 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.

Pada tahun 2022, sekolah ini mempunyai seramai 35 orang murid dan 11 orang guru termasuk pentadbir sekolah (5 orang guru akademik, 1 orang guru data, 1 orang guru pendidikan Islam, 4 orang pentadbir).

Tahun 1, 5 orang.

Tahun 2, 8 orang.

Tahun 3, 5 orang.

Tahun 4, 5 orang.

Tahun 5, 5 orang.

Tahun 6, 7 orang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SJK Chung Hua Sebangan adalah sebuah Sekolah Jenis Kebangasaan yang beraliran cina dan mempunyai sejarah selama tujuh puluh lebih tahun. Ia merupakan sebuah sekolah yang terpencil dan terletak di tepi Lautan China Selatan. Ia didirikan melalui kerjasama dan sokongan penduduk tempatan.

Pada asalnya, Kampung Sebangan adalah sebuah kampung yang kecil dengan bilangan penduduk yang sedikit sahaja. Penduduk-penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum, termasuklah kaum Cina, Melayu, Iban dan lain-lain. Kebanyakan penduduk di Kampung Sebangan ini menanam padi, mengait kelapa dan menjalankan perniagaan seperti membuka kedai runcit kecil. Kehidupan mereka bertambah baik apabila kadar pengeluaran semakin meningkat. Bersamaan dengan itu, mereka mulai sedar tentang kepentingan Pendidikan Formal, terutamanya untuk generasi muda. Dengan adanya kerjasama sekumpulan penduduk tempatan, maka terdirinya sekolah SJK Chung Hua Sebangan pada tahun 1947.

Pada tahun 1947, pengasas -pengasas sekolah telah melengkapkan sekolah dengan kuaters guru dan sebuah dapur yang diperbuat daripada papan. Walaupun murid-murid pada masa itu cuma sepuluh orang sahaja, tetapi pembangunan Kampung Sebangan turut menambahkan bilangan penduduk di Kampung Sebangan pada tahun 1960.

Oleh itu, pihak lembaga sekolah telah membuat keputusan untuk membina bilik darjah yang baru. Justeru pada tahun 1972, bilik darjah yang baru dan iuas telah dibinakan. Dari tahun 1947 hingga 1956, sekolah ini adalah sekolah swasta sehingga tahun 1957 barulah ia diambil alih oleh kerajaan. Lembaga pengelola juga turut ditubuhkan selepas sekolah ini diambil alih oleh kerajaan. Kini, penduduk di Sebangan semakin berkurangan dan menyebabkan murid berada di lingkungan 30 – 40 orang murid sahaja.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Sebangan
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Simunjan
94800, Simunjan
Sarawak, Malaysia
Telefon = Guru Besar SJK Chung Hua Sebangan (PPD)
Fax = -

Pautan luar[sunting | sunting sumber]