Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Gau San

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Gau San
Lokasi
Jalan Alsagoff, 82000, Pontian,, [Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah Kerajaan, Sekolah Mubaligh
MotoMelestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Nombor sekolah6076877225
Kod sekolahJBC6007
Pengerusi PIBGCheng Sze Yin
Guru besarKong Ai Nian
Faks6076877225


Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Gau San atau nama ringkasnya SJK(C) Gau San, merupakan sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Jalan Alsagoff, Pontian, Johor.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bermula sebagai sebuah tadika, Tadika Gau San telah ditubuhkan oleh Jawatankuasa Gereja Le En pada tahun 1935 di Jalan Zhang Jiang Shui, Pontian. Paderi Andrison dan Paderi Lee Zi Shan bertindak sebagai penubuhnya. Pada masa itu, rumah Encik Ho Geng Kim dijadikan sebagai tapak persekolahan dengan jumlah murid seramai sepuluhan sahaja. Semasa perang dunia kedua meletus, keseluruhan kemudahan dan infrastruktur sekolah telah dimusnahkan oleh angkatan tentera Jepun. Oleh itu, terpaksalah proses pengajaran dan pembelajaran dihentikan. Pada tahun 1950, pihak Gereja Le En telah membina semula gereja dan bilik-bilik darjah. Pada tahun 1951 pula, permohonan telah dibuat untuk memulakan kelas dan menukar nama kepada Tadika Gau San. Pada masa itu juga, sekolah rendah dan jemaaah pengurus sekolah ditubuhkan. Pada 9 Disember 1951, pembukaan semula kelas dirasmikan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada Tahun 2014, SJK(C) Gau San telah mendapat Naib Johan dalam Anugerah Kecemerlangan PIBG peringkat negeri Johor.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Gau San
Jalan Alsagoff
82000, Pontian
Johor, Malaysia
Telefon = 6076877225
Fax = 6076877225

Pautan luar[sunting | sunting sumber]