Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lit Terk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lit Terk
Lokasi
 Malaysia Jalan Sekolah,Kampung Baru Niyor, 86000, Kluang,, [Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6077431330
Kod sekolahJBC2016
Faks6077431330


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lit Terk atau nama ringkasnya SJK(C) Lit Terk, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Jalan Sekolah,Kampung Baru Niyor.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lit Terk memiliki 89 pelajar lelaki dan 79 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 168 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEJARAH RINGKAS SEKOLAH

Pengasas SJK(c) Lit Terk adalah dari sekumpulan cendekiawan dengan diketuai oleh Ng Hai Huan. Dengan tungkus-lumus mereka, sekolah ini telah berjaya dibina pada tahun 1932.

Pada masa zaman darurat, kerajaan telah mengadakan perintah berkurung. Sekolah terpaksa dipindahkan ke CEP Niyor pada tahun 1952. Pemimpin tempatan pada masa itu En. Yap Zi Chun telah menubuhkan jawatankuasa untuk membina sekolah baru. Ahli AJK lain terdiri daripada Liew Jin Tek, Ng Yoke Foon, Chan Ban, Pang Tien dan Yap Liang Bao. Setelah siap dibina, hanya seorang Guru Besar dan seorang guru telah ditugaskan untuk mengajar murid-murid seramai 50 orang pada masa itu.

Setelah perintah berkurung dimansuhkan pada tahun 1961, sekolah ini dipindah semula ke Kampung Niyor. Pada tahun 80an, dengan usaha penduduk kampong dan wakil rakyat tempatan, sekolah ini telah dilengkapi dengan Bilik Guru Besar, Bilik Guru, Bilik Perpustakaan, Bilik Stor Sukan, Gelanggang Badminton dan Gelanggang Bola Keranjang.

Pada tahun 1993, Jemaah Pengurus Sekolah bersama PIBG sekolah telah berjaya mengutip derma untuk membina sebuah kantin dan pagar sekolah. Dengan usaha mempertingkatkan kebajikan guru dan ilmu pengetahuan murid-murid, Jemaah Pengurus Sekolah bersama PIBG Sekolah telah berjaya memohon peruntukan 2 buah computer dan tempat letak kereta guru daripada YB Hoo Seong Chang Ahli Parlimen Kawasan Kluang. Di samping itu, PPD Kluang pula memperuntukkan pasir dan tar untuk tapak letak kereta guru pada tahun 1996.

Kini, SJK(c) Lit Terk Niyor telah dilengkapi dengan segala kemudahan asas yang standing dengan sekolah Bandar. Umpamanya Bilik Akses, Bilik Pemulihan Khas, ICT PPSMI, Program SKM Komputer Parlimen Sembrong dan Bangunan Prasekolah. Ini adalah usaha Jemaah Pengurus Sekolah, PIBG Sekolah dan keprihatinan Guru Besar

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lit Terk
Jalan Sekolah,Kampung Baru Niyor
86000, Kluang
Johor, Malaysia
Telefon = 6077431330
Fax = 6077431330

Pautan luar[sunting | sunting sumber]