Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pandan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pandan
Lokasi
 Malaysia Jalan Senduduk 1, Pandan,, 81100, Johor Bahru,, [Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6073541906
Kod sekolahJBC1033
Faks6073541906


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pandan atau nama ringkasnya SJK(C) Pandan, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Jalan Senduduk 1, Pandan,.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pandan memiliki 1702 pelajar lelaki dan 1544 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 3246 orang. Ia mempunyai seramai 135 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah yang sebelum ini dikenali sebagai sekolah kebangsaan. Sekolah ini  dimulakan pada tahun 1930 oleh para bijaksana Xie Zhen Fu , dan melantik En.Huang Zhi Min sebagai pengetua. Pada mulanya, hanya enam pelajar.  Selepas enam bulan, meningkat kepada dua puluh lima, termasuklah lapan orang pelajar melayu dan dua orang pelajar India.

Kira-kira selepas tiga tahun, pengetua Huang Zhi Min melantik En. Zhu Yang Gao untuk menjadi pengetua yang baru.

Perang Dunia Kedua, sekolah ini terpaksa ditutup sehingga  kemerdekaan 1945. Sekolah disambung semula kelas selepas ini. Tidak lama kemudian, pengetua Zhu Yang Gao bersara,En. Chen Chang Xue dilantik sebagai pengetua sekolah.

Pada tahun 1984, kerajaan mengumpulkan penduduk-penduduk berhampiran dan menubuhankan Kampung Baru. Pembinaan semula telah dilakukan pada tahun 1952. Hal ini kerana,pihak sekolah takut akan berlakunya keruntuhan.Pada masa tersebut,pengetua  Chen Chang Xue telah melantik En.Yao Wen Fei sebagai pengtua baru.

Pada awal tahun 1953, sekolah ini telah ditukarkan nama menjadi Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)Pandan.

Pada tahun 1965,pengetua Yao Wen Fei bersara dan Penolong Pengetua Wang Da Qiao terus menjadi  Pengetua. Dengan peningkatan jumlah pelajar, pihak sekolah telah melakukan pengumpulan dana untuk melanjutkan bangunan. Antaranya termasuklah pembinaan bilik darjah tambahan, pejabat dan juga bilik guru.

Pada tahun 1977, pengetua Wang Da Qiao besara.Pada Februari 1978, Jabatan Pendidikan telah melantik En.Lai Fu Xing sebagai pengetua sekolah.Pada 1980, sekolah ini dinaik taraf kepada sekolah-sekolah Gred B. Selepas itu , En. Liu Jing Xing telah dilantik menjadi pengetua untuk menggantikan pengetua Wang yang diberi tugas untuk pindahkan ke sekolah lain.

Pada akhir tahun1980, pihak berkuasa yang berkaitan telah membina kantin besar moden, bilik stok(kini telah dijadikan bilik muzik) dan dipagari dengan kos kira-kira  100,000. Selain itu, kerajaan juga membelanjakan juta lagi yuan untuk membaiki dan cat semula sekolah lama.

Akhir tahun 1981, sebuah pembinaan gelanggang bola keranjang telah disiapkan dengan kos sebanyak dua belas ribu yang dibiayai oleh seorang kongres yang telah mengeluarkan kos sebanyak 4,000 dan juga sumbangan daripada orang lain yang bersemangat untuk membantu sekolah. Selain itu, kerajaan juga mengumumkan peruntukan sebanyak  406,200 untuk pembinaan semula sekolah ini  kepada bangunan sekolah tiga tingkat.

Pada tahun 1984, pembinaan semula ini telah dimulakan dan ditamatkan dengan lancar dalam 5 bulan. Sekolah baru yang indah ini pun disambung semula pada 1985 Januari  1.

Selepas itu, bilangan pelajar telah banyak meningkat. Iaitu daripada 300 orang pelajar meningkat kepada 700 pelajar. Pihak sekolah bukan sahaja  mementingkan kurikulum pelajar, tetapi juga mementingkan kokurikulum para pelajar.Pihak sekolah pun banyak menggalakkan para pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulum seperti kelab dan unit beruniform.

Pada tahun 1992, satu pusat aktiviti telah berjaya dibina di tepi kantin supaya pelajar dapat melakukan pelbagai  aktiviti dengan mengelakkan matahari atau hujan. Pada tahun yang sama, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak tiga puluh ribu secara rasmi bagi pembinaan sebuah bangunan sekolah yang mengandungi enam bilik darjah, empat bilik penyimpanan dan tandas. Bangunan sekolah itu dibina pada tahun Jun  1994, dan diserahkan oleh Pihak Kejuruteraan tanah kepada sekolah secara rasmi pada 7 September 1994.

Dalam 6 tahun selepas itu, bilangan pelajar banyak meningkat dalam tempoh yang singkat akibat pembinaan kawasan perumahan yang berdekatan. Bilangan pelajar sebanyak 800 ke atas pada tahun 1989 telah meningkatkan kepada sebanyak 2000 orang pelajar ke atas pada tahun 1995.

Kini, sekolah telah mengandungi bilik-bilik darjah yang sempurna , sebuah dewan yang besar.Selain itu, bilangan pelajar juga telah mencapai sebanyak tiga ribu enam ratus orang .

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pandan
Jalan Senduduk 1, Pandan,
81100, Johor Bahru
Johor, Malaysia
Telefon = 6073541906
Fax = 6073541906

Pautan luar[sunting | sunting sumber]