Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Hwa, Kota Tinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Hwa
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 34, 81907, Kota Tinggi,, [Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6078831218
Kod sekolahJBC3012
Faks6078831218


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Hwa atau nama ringkasnya SJK(C) Pei Hwa, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Peti Surat 34.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Hwa memiliki 578 pelajar lelaki dan 528 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1106 orang. Ia mempunyai seramai 58 orang guru.2009

Sejarah Ringkas[sunting | sunting sumber]

1923 - Pada 1923,Sekolah Pei Hwa ditubuhkan di Pejabat Kerajaan lama di No.3,Jalan Ah Siang,Kota Tinggi.Jemaah Pengurus Sekolah (JPS) ditubuhkan.En. Kong Sze Kong dipilih menjadi pengerusi JPS yang pertama.En. Kok Kee Nam adalah Guru Besar pertama sekolah ini.

1924-1940 - Bilangan guru bertamabh dari 7 orang ke 10 orang.Bilangan murid bertambah dari 200 orang ke 380 orang.

1941-1945 - Sekolah ditutup kerana Perang Dunia Ke2.

1946 - Sekolah dibuka semula.

1950 - Satu blok bangunan yang mengandungi 5 buah bilik darjah dibina(perbelanjaan ditanggung oleh JPS)

1954 - En. Mah Show Kee dilantik menjadi Guru Besar.

1959-1962 - Satu blok bangunan 2 tingkat yang mengandungi 10 buah bilik darjah dibina.(perbelanjaan ditanggung bersama oleh kerajaan ,JPS ,ibu bapa murid dan penderma-penderma)

1970 - Satu blok bangunan 2 tingkat didirikan.Ia mengandungi satu bilik Guru Besar ,pejabat sekolah ,4 buah bilik darjah dan stor.(perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan)

1972 - Persatuan Murid-murid Tua Pei Hwa ditubuhkan.Pengerusi yang pertama ialah En.Teo Koh Lee.

1973 - Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) ditubuhkan.YDP PIBG pertama ialah En.Pee Hock Chiam.En.Mah Siow Kee bersara selepas berkhidmat selama 19 tahun di sekolah ini.En.Kouk Kok Yuen dilantik menjadi Guru Besar baru sekolah ini

1974 - Sebuah dewan 2 tingkat didirikan.Perbelanjaan ditanggung oleh JPS.

1977 - En.Tan Piah Sung dipilih menjadi YDP PIBG yang kelima.(Catatan:Beliau menjawat jawatan tersebut sehingga sekarang)

1978-1979 - En. Kuok Kok Yuen meletak jawatan pada 1978.Guru Besar baru En.Ling Giuk Sing melaporkan diri pada 15.1.1979.

1983 - Kurikulum Sekolah Rendah Baru (KBSR) mula dilaksanakan di tahun 1

1986 - Sebuak Pusat Sumber Sekolah dan kantin baru siao dibina.(perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan ,JPS ,PIBG dan penderma-penderma).En.Tan Piah Sung dipilih menjadi pengerusi JPS(Catatan:Beliau menjawat jawatan tersebut sehingga sekarang)

1988 - Pusat Sumber Sekolah dan kantin baru dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia En.Woon See Chin.

1995 -Guru Besar En.Ling Giuk Sing yang telah berkhidmat selama 17 tahun di sekolah ini telah ditukar ke SJK(C) Pu Sze,Johor Bahru.En Lee Tong Heng dilantink menjadi Guru Besar baru.

1997 - Gelanggang berbumbung serbaguna siap dibina (Sumber kewangan:peruntukan oleh Menteri En. Lim Liong Sik,pihak kerajaan ,JPS,PIBG dan penderma-penderma)

1998 - En. Lee Tong Heng ditukarkan ke SJK(C) Foon Yew3,JB.En. Lee Gin Chee dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini.Pengerusi JPS merangkap YDP PIBG En. Tan Piah Sung melancarkan Website sekolah ini.

1999 - Syarikat Kim Loong menderma sebuah LCD projector kepada sekolah ini.

2000 - Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Fong Chan Onn melawat sekolah dan merasmikan bilik komputer sekolah ini.Timbalan Menteri Belia dan Sukan En. Ong Tee Kiat merasmikan Pertandingan Nyanyian Karaoke Remaja Peringkat Negeri Johor anjuran PIBG sekolah ini.

2001 - Ahli Exco negeri Johor Dato Dr. Chua Soi Lek melawat sekolah dan merasmikan majlis meletakkan batu asas untuk bangunan baru 4 tingkat .Menteri Kesihatan Dato Chua Jui Meng merasmikan Pertandingan Nyanyian Remaja Peringkat Negeri Johor anjuran PIBG sekolah ini.

2002 - Bangunan baru 4 tingkat digunakan secara rasmi.Perbelanjaan sebanyak RM1500000 ditanggung oleh kerajaan.Bangunan baru dipasang dengan sistem intercom yang baru.Sekolah ini dianugerahkan hadiah tempat ketiga Sekolah Harapan Negara(Kategori SJK Kawasan Bandar).Penderma En. Boo mendermakan sebuah close circuit kamera dan TV kepada sekolah ini untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan sekolah ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Hwa
Peti Surat 34
81907, Kota Tinggi
Johor, Malaysia
Telefon = 6078831218
Fax = 6078831218

Pautan luar[sunting | sunting sumber]