Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Toon Hua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Toon Hua
Lokasi
 Malaysia Nyalas, 77100, Asahan,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6065228322
Kod sekolahMBC1048
Faks6065228322


Sejarah SJKC Toon Hua


Menurut penduduk tua Pekan Nyalas, sekolah pertama Pekan Nyalas telah ditubuhkan pada tahun 1934.  Bangunan sekolah pada masa itu merupakan sekolah rumah kecil yang beralamat No. 2009 Pekan Nyalas,  Melaka. Jumlah murid yang bersekolah di sana adalah seramai enam atau tujuh orang. Guru besar pertama Sekolah itu ialah Encik Tan Chong Kee. Di samping berkhidmat sebagai guru besar, Encik Tan Chong Kee juga telah menjalankan tugas sebagai seorang guru.

Pada tahun yang berikutnya, bilangan murid telah bertambah menjadi 20 orang. Bangunan kecil yang sedang digunakan tidak dapat menampung jumlah murid yang semakin bertambah. Oleh sebab itu, sekolah telah berpindah ke tempat yang baharu iaitu bangunan yang merupakan bangunan M.C.A. sekarang. Guru besar pada masa itu ialah Encik Lee Yee Yean. Kebanyakan murid yang ada di sekolah didapati terdiri daripada golongan yang umurnya lebih tua.

Sekolah ini mula-mula dipimpin oleh Encik Lim Chea dan Encik Teh See Chee dan disokong oleh penduduk kawasan ini. Untuk menampung perbelanjaan sekolah, murid-murid dikenakan yuran bulanan. Perbelanjaan Selebihnya ditanggung oleh tauke-tauke tempatan.

Memandangkan jumlah murid bertambah setiap tahun, bangunan sekolah kedua ini didapati tidak dapat digunakan lagi. Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah pada masa itu, Encik Teh See Chee  telah berusaha membuat permohonan kepada pihak berkuasa untuk membina bangunan sekolah yang lebih besar dan sempurna untuk murid-murid Pekan Nyalas. Permohonan itu akhirnya berjaya. Pihak berkuasa telah memperuntukkan RM 8000.00 untuk membina dua bilik darjah, sebuah bilik guru, tandas dan sebuah rumah untuk guru. Tanah untuk tapak bangunan sekolah telah didermakan oleh Encik Teh Teng Chor. Perbelanjaan pembinaan yang selebihnya ditanggung dengan menggunakan hasil derma daripada penduduk tempatan. Pada tahun 1953, sekolah baru itu siap dibina dan telah menjadi sebuah sekolah Cina di Pekan Nyalas yang dengan rasminya dinamakan Toon Hua.

Pada tahun 1956, guru besar Sekolah ini ialah Encik Phang Nam Seng. Guru besar yang berikutnya ialah Encik Teh Choo Heng. Pada tahun 1958, bilangan murid telah bertambah menjadi 50 orang. Seterusnya,  dua kelas telah dibuka. Guru besar pada masa itu ialah Encik Foon Yun dan guru yang bertugas pula ialah Encik Siew See.

Pada tahun 1959, Encik Tan See Liang menjadi guru besar yang baharu. Bilangan guru di sekolah ini tidak berubah manakala bilangan murid telah bertambah menjadi 60 orang. Pada tahun 1960, jawatan guru besar telah bertukar tangan. Encik Wong Ming Lek menjadi guru besar yang baharu. Seorang guru baharu juga telah mula berkhidmat di sekolah ini iaitu Encik San. Pada tahun ini juga, sekolah Toon Hua menerima bantuan penuh daripada kerajaan.

Pada tahun 1961, bilangan guru sekolah ini bertambah dengan kedatangan seorang guru terlatih di DTC. Encik Chee Sin Pang telah menggantikan Encik Wong Ming Lek setelah beliau meletakkan jawatan pada tahun 1962. Encik Chee Sin Pang telah menjadi guru besar sehingga tahun 1966. Ketika itu memang jumlah murid adalah sebanyak 100 orang.

Encik Chee telah digantikan oleh Encik Fu Nyit Fah. Oleh kerana jumlah murid adalah seramai 100 sekarang, murid-murid terpaksa belajar di bawah pokok akibat kekurangan bilik darjah. Ini memperlihatkan bahawa bilik darjah bertambah haruslah dibina dengan segera. Hasil usaha, guru besar dan pengerusi lembaga pengelola sekolah (LPS), pada tahun 1169, Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan wang sejumlah RM12000.00 untuk membina dua lagi bilik darjah dan sebuah bilik guru besar serta memagarkan kawasan di sekeliling sekolah.

Guru-guru di sekolah datang dari tempat yang jauh. Oleh yang demikian, mereka sering menghadapi masalah penginapan. Oleh itu, guru besar dan pengerusi LPS pada tahun 1969, telah telah berusaha untuk mendapatkan derma daripada Lee’s Foundation berjumlah RM 3000.00 dan RM 4000.00 daripada penduduk tempatan. Dengan wang tersebut, selama dua bangunan asrama dibina dan sepasang tiang bola keranjang telah dipasang.

Pada tahun 1970, sekolah ini telah mengadakan satu pertunjukan Malam Ria untuk memungut derma bagi membina sebuah gelanggang bola tangkis simen dan membeli alat permainan untuk taman kanak-kanak di dalam sekolah .

Pada tahun berikutnya, bilangan murid sekolah ini telah meningkat kepada 160 orang. Encik Fu Nyit Fah masih guru besar dan jumlah gurunya bertambah kepada 8 orang. Murid-murid ini datang dari kawasan sekitar Pekan Nyalas, Kampung Mantai, Kampung Gapis, Kampung Melangkan, Ladang Tong Hiap Huat, Air Kuning, Chembul dan Felda Bukit Senggeh. Seramai 78 murid tinggal kira-kira tiga batu dari Pekan Nyalas.

Pada tahun 1977, akibat pertambahan murid yang banyak, bilik guru besar terpaksa digunakan sebagai bilik darjah dan dua bilik tamu dijadikan bilik guru. Pada ketika ini, sekolah mempunyai enam kelas murid tetapi empat bilik darjah sahaja.

Untuk mengatasi masalah ini guru besar dengan pengerusi SPR dan timbalan memohon dekat pihak kerajaan untuk membina bangunan tambahan bagi sekolah ini.

Pada tahun 1982, Kementerian Pendidikan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM247000.00 untuk membina bangunan tambahan bagi sekolah ini. Bangunan baru mempunyai dua bilik darjah, sebuah perpustakaan, bilik televisyen, bilik guru, stor, kantin dan padang yang dipagari. Tanah untuk tapak bangunan ini adalah di belakang sekolah

Pada November 1984, Guru Besar Encik Fu Nyit Fah telah ditukarkan ke SJK(C) Paya Rumput, Melaka. Beliau telah berkhidmat sebagai guru besar di sekolah ini selama 18 tahun. Guru besar yang paling lama berkhidmat di sekolah ini. Jabatan Pendidikan Melaka telah melantik Encik Lee Go An sebagai guru penolong kanan. Di samping itu, beliau juga menjalankan tugas-tugas guru besar. Pada 1 Disember 1986 beliau dengan rasminya dilantik sebagai guru besar sekolah ini.

Oleh kerana kemelesetan ekonomi, projek bangunan sekolah yang baharu dibatalkan. Pada November 1989, sekolah telah mendapat peruntukan sebanyak RM 40000.00 ribu untuk membina padang dan pagar sekolah. Projek ini siap pada awal Disember 1989. Kawasan sekolah ini kini seluas 2 ekar 3 rd 33.4 PL.

Pada akhir bulan Januari 1994, Encik Lee Go An telah ditukarkan ke SJK(C) Simpang Bekoh, Asahan, Melaka. Jawatan beliau telah digantikan oleh Encik Chai Jin Tse pada 1 Disember 1994. Encik Chai Jin Tse berkhidmat sebagai guru besar selama satu tahun setengah dan digantikan oleh Encik Seow Ah Gee pada  1 Jun 1956. Kemudahan  telefon di sekolah ini mula dipasang pada bulan Oktober 1996. Nombor telefon Sekolah ialah 06-522 8322.

Encik Ng Seng Yap telah mengadakan tempat Encik Seow Ah Gee pada 1 Ogos 1997. Beliau telah berkhidmat Selama 1 tahun sebulan lalu ditukarkan ke SJK(C) Pei Fong 3, Melaka. Pada 2 September 1998, Encik Pock Cheu Chain telah dilantik sebagai guru besar di sekolah SJK(C) Toon Hua. Encik Pock telah berkhidmat di sini selama 4 tahun. Beliau telah ditukarkan ke SJK(C) Jasin Lalang pada 16 September 2002. GPK 1, Encik Ngui Chang Huah telah memangku jawatan guru besar selama 3 bulan. Pada 31 Disember 2002, Puan Khoo Ai Hiang, GPK 1 dari SJK(C) Keh Seng telah dilantik sebagai guru besar di sekolah ini.

Dari semasa ke semasa, projek bangunan sekolah tiga tingkat telah diluluskan. Kawasan yang digunakan ialah kawasan padang sekolah. Setelah siap, murid-murid telah menggunakan bangunan sekolah baharu tersebut.

Pada tahun 2014. Guru besarnya ialah Pn. Gan Siok Chin. Jumlah guru yang mengajar di sekolah ini ialah seramai 14 orang. Jumlah murid bagi pra sehingga tahun enam ialah 67 orang murid. Majoriti murid di sekolah ini adalah berbangsa melayu.

Antara tahun 2014 hingga 2022, guru besar telah bertukar kepada Encik Lim Chee Meng, Puan Tay Kim Chu, Puan Liew Ming Choo dan Encik Tan Kim Kok.

Pada tahun 2023, SJK(C) Toon hua mempunyai 12 orang guru dan 47 orang murid sahaja. Guru besarnya ialah Puan Tieu Siew Fong.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Toon Hua
Nyalas
77100, Asahan
Melaka, Malaysia
Telefon = 6065228322
Fax = 6065228322

Pautan luar[sunting | sunting sumber]