Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Azad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Azad அஸாத் தமிழ்ப்பள்ளி
Lokasi
 Malaysia Jalan Kebun Bunga, 10350, Georgetown, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah Bantuan Kerajaan
Motoநம் மாணவர் நம் எதிர்காலம்
Nombor sekolah6042295020
Kod sekolahPBD1082
Pengerusi PIBGEn. Arul Prakash Balakrishnan
PengetuaPn. Vasanthey A/P Kumegan
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Prethiba A/P Krishnan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Sailaja A/P Ganeson
Penolong Kanan KokurikulumEn. Nedumaran A/L Rayapan
Faks6042295020


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Azad (அஸாத் தமிழ்ப்பள்ளி) atau nama ringkasnya SJK(T) Azad, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di 11 Jalan Bagan Jermal.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Azad memiliki 39 orang pelajar lelaki dan 44 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 83 orang dan mempunyai seramai 13 orang guru.2019

Sekolah ini juga mempunyai sebuah prasekolah kerajan yang dibiayai penuh oleh KPM. Seramai 18 orang murid dan mempunyai seorang guru prasekolah dan dibantu oleh seorang pembantu prasekolah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah SJKT Azad ditubuhkan pada tahun 1946 dan beroperasi dengan usaha Kesatuan Belia India Pulau Pinang. Ia terletak di Jalan Bagan Jermal, Georgetown. Pada mulanya, sekolah ini terdiri daripada 25 orang murid dan seorang guru iaitu En.V.K.Subramaniam. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Azad telah dibuka dengan rasminya pada 24hb November 1946.

Sekolah ini juga mempunyai keistimewaan dan sejarah tersendiri. Sekolah ini pernah dilawati oleh Jawaharlal Nehru, bekas Perdana Menteri India dan Netaji Subash Chandra Bose (pejuang kebangsaan India) dalam sekitar tahun 40-an. Nama sekolah Azad telah dipilih oleh Perdana Menteri India yang pertama iaitu Jawaharlal Nehru sekitar tahun 1954 bagi memperingati Menteri Pendidikan India yang pertama iaitu Maulana Abul Kalam Azad.

Mulai tahun 1947, sekolah SJKT Azad menerima bantuan kerajaan. Kemudian, urusan pentadbiran sekolah diambil alih oleh Kongres India Malaysia (MIC) Cawangan Pulau Pinang. Pendaftaran murid sekolah ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kebanyakan murid SJKT Azad adalah dari kawasan Tanjung, Batu Ferringhi, Teluk Bahang, Hong Seng Estate dan Mount Erskine. Sejak tahun 1946, sekolah SJKT Azad ditempatkan di aras bawah Persatuan India Pulau Pinang (IA). Bangunan sekolah tidak kondusif dan peredaran udara juga tidak mencukupi dan terlalu panas. Murid-murid terpaksa belajar dalam keadaan yang tidak kondusif ini selama 65 tahun iaitu dari tahun 1946 hingga 2011.

Dengan usaha Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG, Persatuan Bekas Murid dan Guru-guru besar SJKT Azad, mereka berusaha untuk mencari tempat yang sesuai untuk membina sekolah baru. Dengan usaha yang berterusan akhirnya pada tahuan 2008, SJK(T) Azad telah mendapat tapak baru untuk membina bangunan baru sekolah. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberi kelulusan untuk membina bangunan baru sekolah di tapak yang berukuran 1 ekar iaitu berhampiran dengan tapak letak kereta Taman Belia, Jalan Kebun Bunga. Dengan bantuan kewangan sebanyak RM1.8 juta Kerajaan Persekutuan, kerja pembinaan bermula pada bulan Januari 2010. JKR Pulau Pinang bertanggungjawab dalam membina bangunan baru sekolah ini. Sebelum pembinaan bermula, pihak sekolah, Jemaah Pengurus Sekolah, Persatuan Bekas Murid dan PIBG sekolah telah mengadakan upacara ‘Pemujaan tanah’ (Bumi Pooja) pada 1hb April 2010. Ketua Menteri Pulau Pinang dan Timbalannya turut menyertai upacara ini. Bangunan baru sekolah SJKT Azad telah siap pada bulan 14 Februari 2011. Bangunan baru 2 tingkat telah dibina dengan 13 buah bilik, iaitu:

  • 6 buah bilik darjah
  • ​​​sebuah bilik Kemahiran hidup
  • sebuah tadika
  • ​​​​sebuah bilik guru
  • sebuah bilik pusat sumber
  • ​​​sebuah stor sukan
  • sebuah bilik sains
  • ​​​​sebuah makmal komputer

Selain itu, kemudahan asas seperti kantin sekolah dan tandas juga telah dibina mengikut keperluan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Azad
Jalan Kebun Bunga
10350, Georgetown
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6042295020
Faks = 6042295020

Pautan luar[sunting | sunting sumber]