Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Barathi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Barathi
Lokasi
 Malaysia Jalan Sabak Bernam, 36400, Hutan Melintang,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6056414310
Kod sekolahABD5105
Faks6056414310


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Barathi atau nama ringkasnya SJK(T) Barathi, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Jalan Sabak Bernam.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Barathi memiliki 213 pelajar lelaki dan 225 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 438 orang. Ia mempunyai seramai 33 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SJK(T) Barathi telah dimulakan secara tidak rasmi oleh Persatuan India Sanmarka Sanggam pada tahun 1940. Ia dimulakan dengan hanya 12 orang murid di sebuah rumah. En Louis merupakan pengawas sekolah ini. Sebidang tanah seluas satu ekar dibeli dan bangunan sekolah yang mengandungi dua buah bilik darjah telah dibina.1946 sekolah ini telah mendapat pengiktirafan oleh kerajaan dan En.Louis dilantik sebagai Guru Besar yang pertama. 1960 Murid telah bertambah iaitu dari 86 murid ke 205 murid. Tiga buah bilik darjah lagi telah dibina. Menteri Buruh Tan SriV.Manikavasagam telah meletakkan batu asas bagi bangunan tambahan. 1983 dua buah bilik darjah lagi telah dibin dengan mendapat bantuan dari Jabatan Perdana Menteri, United Plantation dan Persatuan India Sanmarka Sangam. 18989 Sekolah ini telah dinaikkan tarafnya menjadi sekolah gred B. 1992 Bilangan muridnya semakin meningkat ke 576 orang. Dua  lagi bilik darjah telah dibina dengan usaha dan kerjasama pihak Sanmarka serta PIBG sekolah. 1994 Sekolah ini telah dinaikkan taraf menjadi sekolah gred A. 21.12.1995 satu majlis menandatangani perjanjian untuk membina bangunan baru tiga tingkat telah dimeterai antara pihak sekolah dengan Changkat Jering Sdn. Bhd. Ipoh yang disaksikan oleh Menteri Kerja Raya, Dato’Seri S.Samy Vellu. 23.2.1996 satu majlis meletakkan batu asas telah diadakan .Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S.Samy Vellu. 1997 Majlis mengutip derma untuk bangunan baru telah diadakan. 5.1.1998 Sesi pengajaran dan pembelajaran bermula di bangunan baru ini. 24.5.2001 Perasmian bangunan baru oleh Menteri Kerja Raya, Dato’Seri S.Samy Vellu.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Barathi
Jalan Sabak Bernam
36400, Hutan Melintang
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6056414310
Fax = 6056414310

Pautan luar[sunting | sunting sumber]