Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Matang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Matang
Lokasi
Ladang Matang, 34750, Matang,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah058410061
Kod sekolahABD6113
PengetuaPn.R.Pachayammal
GPK Pentadbiran dan AkademikPn.R.Maragatham
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn.N.Anbuselvan
Penolong Kanan KokurikulumEn.S.Sivaraja
Faks058410061


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Matang atau nama ringkasnya SJK(T) Ladang Matang, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil SKM yang terletak di Ladang Matang.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Matang memiliki 12 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 27 orang. Ia mempunyai seramai 7 orang guru.2009

Kini pada tahun 2014, sekolah ini memiliki seramai 11 orang guru termasuk guru besar dan 28 orang murid.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah ditubuhkan sebelum Perang Dunia Kedua lagi, iaitu sekitar tahun 1937. Katika itu sekolah ini hanya mempunyai sebuah bilik darjah dengan bilangan murid seramai 40 orang. Ketika itu , Encik Rajamanikam bertugas sebagai Guru Besar. Sekolah ini telah dikendalikan oleh pihak Majikan Ladang Matang yang terletak kira – kira 2 batu dari jalanraya Ladang Matang. Ketika perang meletus sekolah ini berhenti dari berfungsi. Selepas Perang Dunia tamat pada tahun 1946 , barulah sekolah ini mula berfungsi semula dengan adanya bantuan dari tuan punya ladang. Malangnya pada tahun 1966 ladang ini telah dijual semula dengan cara pecah – pecahan.

Sebenarnya bangunan sekolah ini adalah di pentas drama kuil Ladang Matang di mana pertunjukan – pertujukan pentas pada musim perayaan kuil tersebut diadakan. Kawasan bilik kelas adalah terlalu kecil dan sempit di mana panjangnya adalah ialah 3 kaki dan lebarnya 20 kaki. Disinilah pengajaran 3 buah kelas bercantum dijalankan selama beberapa tahun. Semenjak tahun 1970 murid – murid telah bertambah sehingga 75 orang. Tambahan murid – murid di sekolah ini menarik perhatian Jabatan Pelajaran Perak. Pihak Jabatan Pelajaran dengan sumbangan Jabatan Kerja Raya telah membaiki bangunan sekolah ini dan telah melebarkan kelas – kelas tersebut sehingga selebar 120 kaki persegi iaitu keadaan pada masa kini. Bangunan sekolah ini masih bersambung dengan Kuil Ladang Matang. Pejabat dan Pusat Sumber terletak di atas pentas manakala kelas – kelas adalah di bawah.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Matang
Ladang Matang
34750, Matang
Perak Darul Ridzuan,  Malaysia
Telefon = 058410061
Fax = 058410061

Pautan luar[sunting | sunting sumber]