Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Valdor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Valdor
Lokasi
 Malaysia Sungai Jawi, Sungai Bakap, 14200, Sungai Bakap,, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6045827157
Kod sekolahPBD4032
Guru besarEn Gunasekaran A/L Nallathambi
Faks6045827157


Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Valdor atau nama ringkasnya SJK(T) Ladang Valdor, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Sungai Jawi, Sungai Bakap.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Valdor memiliki 98 pelajar lelaki dan 108 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 206 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Valdor ditubuhkan pada tahun 1930. Sekolah ini terletak di Jalan Utama, Butterworth Taiping. Sekolah ini diusahakan oleh pemilik-pemilik ladang getah di Valdor.

Pada mulanya, sekolah ini mempunyai 10 orang murid dan seorang guru sahaja. Pada masa itu, keadaan bangunan sekolah tidak begitu baik. Pada tahun 1963, pentadbiran sekolah ini diambilalih oleh kerajaan dan diberi nama SJKT Ladang Valdor. Sejak itu, sekolah ini mendapat bantuan modal dari pihak kerajaan.

Sebuah bangunan tambahan di bina pada tahun 1981 yang mempunyai bilik darjah dan sebuah bilik Guru besar.En. Silammuthu yang bertugas sebagai Guru besar pada tahun 1986 telah mendirikan pagar sekeliling sekolah. Pada 05.06.2006 sebuah bangunan yang mempunyai dua bilik darjah pula dibina oleh PIBG atas pimpinan En.N.Thiyagaraja.PKT.

Guru besar sekarang ialah En Gunasekaran A/L Nallathambi. Kini SJKT Ladang Valdor dikelaskan dalam ketegori B dengan 169 orang murid, 16 orang guru, seorang kerani, dua orang pegawai operasi, 3 orang pekerja swasta dan 4 orang penjaga swasta.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Valdor
Sungai Jawi, Sungai Bakap
14200, Sungai Bakap
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045827157
Fax = 6045827157

Pautan luar[sunting | sunting sumber]