Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Subramaniya Barathee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Subramaniya Barathee
Lokasi
 Malaysia 11700 , Gelugor, , Timur Laut,, Pulau Pinang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6046572129
Kod sekolahPBD1088
Pengerusi PIBGDr.Venugopal Balakrishnan
PengetuaPuan Mageswary Kunjappa
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Tilagamalar
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Sangritha Gobi
Penolong Kanan KokurikulumPuan Preetiba
Faks6046572129


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Subramaniya Barathee atau nama ringkasnya SJK(T) Subramaniya Barathee, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Sungai Gelugor.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Subramaniya Barathee memiliki 113 pelajar lelaki dan 109 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 222 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SJK(T) Subramaniya Barathee telah ditubuhkan pada tahun 1952 oleh jawatankuasa pentadbiran Kuil Sri Veerama Kaliamman Devasthanam, Gelugor, Pulau Pinang di tapak tanah ladang Brown. Bangunan ini dibina daripada sumbangan ‘Brown Estate Management’. Komuniti India dan pekerja ladang menjadikan bangunan ini sebagai dewan komuniti untuk agama Hindu dan masyarakat India.

Nama sekolah diberi sempena memperingati sasterawan ulung Tamil iaitu Subramaniya Barathiyar. Pada awalnya, sekolah ini merupakan pentas kepunyaan kuil tersebut. Pada masa itu, tapak bangunan sekolah dimiliki oleh Koperasi Serbaguna Gelugor, Pulau Pinang.

Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah beraliran Bahasa Tamil yang terletak di kawasan Parlimen Bukit Gelugor. Kelas Bahasa Tamil dimulakan untuk orang dewasa dan selepas itu dijadikan sekolah rendah Tamil. Pada mulanya sekolah ini dinamakan ‘Subramaniya Barathee Tamil Padasalai’ oleh komuniti kuil.

Sekolah ini didaftarkan di bawah Section 7, Registration of School Enactment (Cap 159) pada 26 Julai 1956 oleh Superintendan of Ednetin, Settlement State of Penang (Dr.N.K.Menon) Health & Education Minister of Penang Government pada 7 November 1957.

Kini sekolah beroperasi di tapak bangunan baru mulai tahun 2014 dengan kemudahan yang selesa bagi PDPC dengan 15 bilik darjah, 5 bilik khas, kantin dan Bilik Mesyuarat.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2023-1 GOLD MEDAL-SIRIM INNOVATION & INVENTION EXHIBITION

2023-1 SILVER MEDAL-SIRIM INNOVATION & INVENTION EXHIBITION

2023-2 BRONZE MEDAL-SIRIM INNOVATION & INVENTION EXHIBITION

2021 - GOLD MEDAL - GO-GIF 2021

2021 - SILVER MEDAL - INTOC INTERNARIONAL STEM COMPETITION

2021 - GOLD MEDAL - WIICC INDONESIA

2023 - GOLD MEDAL - EUREKA INTERNATIONAL EXHIBITION

2023 -2 SILVER MEDAL - EUREKA INTERNATIONAL EXHIBITION

2023 -2 BRONZE MEDAL - EUREKA INTERNATIONAL EXHIBITION

2023 - SILVER MEDAL - ZONE LEVEL SCIENCE FAIR FOR YOUNG CHILDREN (SFYC)

2023 - 2 GOLD MEDAL - JUNIOR INNOVATOR CHUMBAKA 2023

2023 - CONSOLATION AWARD - NATIONAL JUNIOR INNOVATOR CHUMBAKA 2023

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Subramaniya Barathee
Changkat Minden 1,
11700, Gelugor
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6046572129
Email = pbd1088@jpnpp.edu.my

Pautan luar[sunting | sunting sumber]