Sekolah Kebangsaan Adin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Adin
JenisSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahYBB6102
LokasiSK .Adin,Sare,Sarikei. 96100, Sarikei,, Sarawak Bumi Kenyalang,  Malaysia
Telefon6084650013
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Adin atau nama ringkasnya SK Adin, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di SK .Adin,Sare,Sarikei..

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Adin memiliki 85 pelajar lelaki dan 59 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 144 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Adin terletak di kawasan Sare, Sarikei. Ia telah didiri kan pada tahun 1955 atas daya usaha penduduk tempatan. Atas jasa baik Penghulu Lugom beliau telah mendermakan sebidang tanah seluas 6.5 ekar untuk tapak sekolah. Sekolah ini bermula dengan 25 orang pelajar ( yang sudah berusia antara 12 – 16 tahun ) dan 2 orang guru .Guru Besar yang pertama sekolah ini ialah Encik Jonathan Ak Limban.

Sebahagian daripada pelajar tinggal di sekitar kawasan sekolah dengan membina pondok-pondok yang beratap nipah dan berdinding buluh. 5 buah pondok kediaman pelajar telah terbakar dalam satu kejadian di sekitar tahun 60-an.

Sekolah ini pada peringkat awalnya hanya mempunyai sebuah bangunan kayu dan beratapkan kayu belian yang mempunyai 4 buah bilik darjah. Sistem perhubungan amat sukar pada ketika itu kerana terpaksa berjalan kaki selama 4 jam dan 2 jam menggunakan jalan air sekiranya hendak ke bandar Sarikei . Jalan darat telah dibina untuk menghubungi sekolah pada tahun 1986. Manakala asrama kediaman pelajar berserta Tukang Masak beroperasi pada tahun 1978.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Adin
SK .Adin,Sare,Sarikei.
96100, Sarikei
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084650013
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]