Pergi ke kandungan

Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn
Lokasi
Jalan Suasana,Bandar Tun Hussein Onn, CHERAS, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU, AMAL, JASA
Ditubuhkan1993
Autoriti pendidikanHULU LANGAT
Nombor sekolah0390801516
Kod sekolahBBA4034
Guru besarROMNA BINTI ROSLI
GPK Pentadbiran dan AkademikADIS JEFRI BIN ABDULLAH
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNORIZAN BINTI MOHD DOM
Penolong Kanan KokurikulumSARIMAH BINTI SIDEK
Faks0390804800


Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn atau nama ringkasnya SK Bandar Tun Hussein Onn, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Suasana,Bandar Tun Hussein Onn.

Pada 2025, Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn memiliki 1100 pelajar lelaki dan 1061 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2161 orang. Ia mempunyai seramai 104 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn telah dibina pada tahun 1993 dan terletak di Cheras. Bilangan murid sehingga Januari 2025 ialah seramai lebih kurang 2200 orang. Murid-muridnya terdiri dari berbilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Bilangan guru pula seramai kira-kira 107 orang. Mempunyai dua sesi iaitu pagi dan petang.

Guru besar sekarang ialah Puan Romna Binti Rosli. Sekolah ini telah banyak mengungguli banyak dalam bidang yang disertainya seperti sukan, akademik dan ko-kurikulum terutama di kawasan Cheras. Tahun 2007 SKBTHO juga telah menjadi Johan Kuiz Kesihatan peringkat Kebangsaan. Tahun 2025 SKBTHO telah mendapat Naib Johan dalam Festival Nasyid peringkat Kebangsaan iaitu Kumpulan Nasyid Little Khalifah.

Sebelum tahun 2020, Nama kelas yang terdapat di dalam kelas adalah mengikut tema bunga seperti Anggerik, Bakawali, Cempaka, Dahlia Jasmine and lain. Pada 2020, Nama kelas telah berubah tema kepada tema Universiti seperti UM,UPM,USM dan lain. Murid-murid SKBTHO sangat cemerlang dalam pelbagai kategori seperti akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Lagu sekolah

[sunting | sunting sumber]

Ilmu Amal Jasa,
Teras pegangan mulia,
Membentuk sahsiah diri,
Ke arah insan sejati.

Berazam berusaha,
Pendidik berdedikasi,
Semangat jitu di jiwa,
Berdisiplin berharmoni.

Terus maju dan cemerlang,
SK Bandar Tun Hussein Onn,
Terus unggul dan gemilang,
Abadi tetap dikenang.

Tabur bakti suci,
Mendidik putra dan putri,
Didikan yang berkualiti,
Membina warga bestari.


Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn
Jalan Suasana,Bandar Tun Hussein Onn
Selangor, Malaysia
Telefon = 0390801516
Fax = 390804800

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]