Sekolah Kebangsaan Bendahara Seri Maharaja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Bendahara Seri Maharaja (SKBSM)
Lokasi
 Malaysia Km 8 Kandang, 75460, Melaka,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerusaha Maju
Nombor sekolah06-2681940
Kod sekolahMBA2005
Pengerusi PIBGMejar (K) Salman bin Salim
PengetuaEncik Abdul Wahid bin Badri
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Norlizah binti Saion
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Nor Haime bin Abdul Rahim
Penolong Kanan KokurikulumPuan Faramaznun binti Zakaria
Faks6062681940


Sekolah Kebangsaan Bendahara Seri Maharaja atau nama ringkasnya SK Bendahara Seri Maharaja, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 8 Kandang.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bendahara Seri Maharaja memiliki 262 pelajar lelaki dan 233 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 495 orang. Ia mempunyai seramai 33 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Kandang. Oleh kerana perkataan kandang itu kurang sesuai, maka dalam tahun 1981, Guru Besar pada masa itu Encik Ahmad Bin Baba dengan persetujuan PIBG sekolah telah bersetuju menukar nama sekolah ini kepada SEKOLAH KEBANGSAAN BENDAHARA SERI MAHARAJA. Permohonan pertukaran ini telah diluluskan pada 09 April 1982.

Sekolah Melayu Kandang telah ditubuhkan sejak 1895. Bangunan asalnya bertempat di kawasan Kampung Bakar Batu iaitu lebih kurang 0.5 km. dari bangunan yang ada sekarang. Kemudian bangunan baru didirikan di tapak yang ada sekarang ini atas Lot558 pada tahun 1905. Luasnya bangunan sekolah ini hanya 28’ X 28’ persegi sahaja yang dibina oleh kerajaan Inggeris pada masa itu.

Pada tahun1931 sebuah bangunan tambahan dibina seluas 30’ X 40’ persegi berhampiran bangunan sedia ada kerana menampung bilangan murid yang bertambah. Selepas Negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, bilangan kemasukan murid terus meningkat, lalu sebuah bangunan baru seluas 24’ X 60’ mengandungi dua buah bilik darjah telah dibina bagi menampung pertambahan tersebut.

Majlis Perasmian Program Disekolah Saya
Majlis Perasmian Program Disekolah Saya
Majlis Perasmian Program Disekolah Saya
Majlis Perasmian Program Disekolah Saya

Pada 01 Januari 1958 sekolah ini mula menubuhkan Lembaga Pengurus Sekolah yang dipengerusikan oleh Allahyarham En. Tawi Bin Hj. Ab. Hamid JP., PPN. bersama sembilan orang ahli jawatankuasanya. Memandagkan keadaan sekolah lama yang telah begitu uzur pihak kerajaan telah meroboh dan menggantikan dengan sebuah bangunan baru seluas 24’ X 100’ yang mengandungi tiga buah bilik darjah, pejabat Guru Besar dan setor. Bangunan ini siap pada 29 November 1964 dan telah dirasmikan oleh Menteri Kewangan waktu itu, Tun Tan Siew Sin.

Pada 21 April 1978 bangunan lama berukuran 30’ X 40’ yang dibina pada tahun 1931 diroboh dan digantikan dengan sebuah bangunan dua tingkat mengandungi enam buah bilik darjah, Pejabat Guru Besar, Bilik Guru dan setor serta sebuah kantin. Bangunan ini siap dibina sepenuhnya pada 14 Mac 1979 dengan kos sebanyak RM 151,000.00

Visi dan Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

VISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Bendahara Seri Maharaja Cemerlang

MISI SEKOLAH

Memberi Pendidikan Yang Cemerlang, Menyeluruh dan Efisyen di Bidang Kurikulum, Ko-Kurikulum dan Sahsiah Melalui Budaya Kerja Bersepadu Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

AKTIVITI-AKTIVITI SEKOLAH 2017

SOLAT HAJAT TAHUN 6 BERSAMA IMAM MEKAH
malay

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bendahara Seri Maharaja
Km 8 Kandang
75460, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-2681940
Fax = 6062681940

Pautan luar[sunting | sunting sumber]