Sekolah Kebangsaan Bikang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Bikang
Lokasi
LUAR BANDAR ( 16 KM)
Peti Surat 60188, 91111, Lahad Datu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Autoriti pendidikanPPD LAHAD DATU
SesiSESI PAGI SAHAJA
Kod sekolahXBA3102
Guru besarEN.MAHMUD BIN HJ HAJAN
Tenaga pengajar19 orang (3 AKP)
Kelas9 KELAS PERDANA, 1 KELAS PEMULIHAN KHAS DAN PRASEKOLAH
GPK Pentadbiran dan AkademikPN.NOR ASYIKIN BINTI IDRIS
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN.S NOOR MAHANI BINTI MOHAMAD @ BACHO
Penolong Kanan KokurikulumPN.PATMAH BINTI NASSIP
FaksTIADA
Klik untuk lokasi di Peta Google


Sejarah Sk Bikang[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bikang telah diwujudkan pada 12 Januari 1963 dan dikenali sebagai Native Voluntary School (NVS) kampung Bikang, Lahad Datu. Pada awalnya sekolah ini, adalah hasil permuafakatan di tiga buah kampung yang berdekatan iaitu Kampung Bikang, Kampung Long Danau dan Kampung Segangan. Masyarakat ketiga-tiga kampung tersebut bukan sahaja menyumbangkan wang ringgit untuk pembiayaan pembinaan bangunan tersebut, tetapi turut menyumbangkan dan bergabung tenaga membina bangunan tersebut.

Pengasas bagi sekolah ini adalah seorang penduduk Kg Bikang yang berketurunan Pakistan yang bernama Tuan Haji Ghulam Hassan bersama beberapa orang ahli jawatankuasa yang mewakili dari ketiga-tiga kampung tersebut. Jawatankuasa inilah yang bertanggungjawab sebagai Penyelia Khas yang memastikan perjalanan dan hala tuju sekolah ini termasuklah merancang dan membina sekolah ini hingga berjaya.

Jawatankuasa yang dibentuk telah dipengerusikan oleh seseorang yang berketurunan Bangkuka yang lahir di Kg Bikang bernama Imam Bikang bersama ahlinya iaitu:

Senarai nama Ahli Jawatankuasa yang telah dibentuk

  1. En.Abdul Satar Bin Mohamad Alam (Kg Bikang)
  2. Tuan Haji Amir Abdullah. (Kg Bikang)
  3. En. Hairal. (Kg Long Danau)
  4. En. Yangkuk (Kg Long Danau)
  5. Ketua Kampung En. Panglima Kapar Bin Unggas (Kg Segangan)
  6. En. Yusof Bin Panglima Ladtang (Kg.segangan)

Senarai Nama Guru Besar Yang Pernah Berkhidmat Di SK Bikang

  1. En.Dahirin Bin Hassan - 1963 hingga 1964
  2. En.Abidin Bin Kreah - 1965 hingga 1965
  3. En.Sahajam Bin Abdul Rahman - 1966 hingga 1966
  4. En.Simun Bin Abdul Razak - 1967 hingga 1967
  5. En.Abdul Jalil Bin Pala - 1968 hingga 1969
  6. En.Yahya Bin Ali Akbar - 1970 hingga 1971
  7. En. Abdul Rashid Bin Rakit - 1972 hingga 1972
  8. En.Asmat Bin Hussin - 1973 hingga 1975
  9. En.Bustan Bin Hj Junain - 1976 hingga 1977
  10. En. Karim Bin Samsuri - 1978 hingga 1979
  11. En.Bustan Bin Hj Junain - 1980 hingga 1981
  12. En. Hashim Bin Laja - 1982 hingga 1995
  13. En. Mohd Anuar Bin Abd Satar ( memangku Guru Besar) - 1995 hingga 2004
  14. En.Kassah Bin Masrah - 2004
  15. En.Mohd Anuar Bin Abd Satar - 2004 hingga 2006
  16. En.Jamil Bin Tagu - 2006 hingga 2011
  17. En.Johore Bin Parijar - 2011 hingga 2018
  18. En. Mahmud Bin Hj Hajan - 2018 hingga Kini

Diawal penubuhan sekolah ini, mempunyai seramai 36 orang murid sahaja, 20 orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan dibawah jagaan seorang guru. Pada tahun 1968 dan 1969 jumlah murid Sekolah Sk Bikang telah bertambah seramai 200 orang murid dan bilangan guru dan kelas juga turut bertambah. Akan tetapi setelah tertubuhnya Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan St Stephens ianya turut mempengaruhi jumlah pelajar yang berdaftar di sekolah ini. Hal ini, mungkin disebabkan oleh kebanyakkan murid yang tinggal di kawasan Kg Segangan dan Long Danau rata-ratanya memilih bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan St Stephens memandangkan jarak sekolah tersebut lebih dekat dengan tempat tinggal mereka.

Pada tahun berikutnya,sekolah ini yang pada mulanya bernama Native Voluntary School (NVS) telah diambil alih sepenuhnya oleh pihak kerajaan dan ditukar nama kepada Sekolah Rendah Kerajaan Bikang (SRKB). Setelah itu, pada tahun 1984,sekali lagi nama sekolah ini bertukar kepada nama kepada Sekolah Kebangsaan Bikang,Lahad Datu hingga ke hari ini.

Sekitar tahun 1970an hingga 2018 jumlah murid SK Bikang adalah anggaran pukal sekitar 120 orang murid hingga 180 orang murid sahaja. Sehinggala wujudnya Taman Perumahan yang baru di sekitar Kg Bikang iaitu Taman Khazanah Indah dibuka untuk didiami oleh masyarakat setempat maupun dari tempat lain untuk bermastautin di taman perumahan berkenaan sekitar 2019 jumlah pelajar telah meningkat seramai 215 orang murid dan 15 orang guru dan 2 orang Akp.

Bangunan sekolah juga bertambah 6 blok. Satu blok pentadbiran terdiri daripada bilik guru, bilik pejabat pentadbiran, Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Bikang,bilik Ict , bilik ppsmi dan bilik makmal komputer, satu blok prasekolah, satu blok perpustakaan, dua buah blok terdiri daripada kelas tahun 1 hingga 6 dan satu blok terdiri daripada bilik J-Qaf, bilik Pemulihan Khas dan stor.


Tahun 2020 pertambahan murid kian ketara dengan kemasukan pelajar dari Kg Desa Bajau,Taman Perumahan Warisan dan Pangsapuri. Jumlah guru juga kian meningkat daripada 15 orang guru dan 2 AKP kepada 19 orang guru dan 3 AKP. kelas juga turut bertambah iaitu 9 kelas perdana dengan jumlah seramai 265 orang murid (2023)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bikang
Peti Surat 60188
91111, Lahad Datu
Sabah, Malaysia
Telefon = x
Fax = x

Pautan luar[sunting | sunting sumber]