Sekolah Kebangsaan Bukit China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan Bukit China
Moto Ilmu Suluh Hidup
Ditubuhkan (1929-01-02) 2 Januari 1929 (umur 88)
Jenis Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Guru Besar Encik Mohammed Shamshir bin Mohamed Dali
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Puan Hajah Rosmawati binti Muhamat Dawam
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Fatimah binti Yahaya
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Salmiah binti Sirajab
Pengerusi PIBG Encik Mohd Nizam bin Misbah
Kod sekolah MBA2001
Lokasi 155-A Jalan Puteri Hang Li Poh 75100, Melaka, Melaka Bandar Bersejarah,  Malaysia
Kemasukan Pelajar Aliran Perdana, Pra Sekolah, PPKI, Pra Integrasi
Nama singkatan SK Bukit China, SKBC
Telefon 6062824752
Faks 6062824752


Sekolah Kebangsaan Bukit China atau nama ringkasnya SK Bukit China, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di kawasan bandar beralamat di 155-A, Jalan Puteri Hang Li Poh, 75100 Melaka.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bukit China memiliki 144 pelajar orang lelaki dan 72 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 216 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.2009

Pada tahun 2017, jumlah murid Sekolah Kebangsaan Bukit China ialah seramai 217 orang murid pelbagai aliran, iaitu 134 orang murid lelaki dan 83 orang murid perempuan. Manakala jumlah guru pula seramai 29 orang guru dengan guru lelaki seramai 11 orang dan guru perempuan seramai 18 orang. Kemasukan murid meliputi aliran perdana, pra sekolah, program pendidikan khas integrasi dan pra sekolah integrasi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Latar belakang penubuhan sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah didirikan pada 2 Januari 1929 oleh kerajaan British yang menakluki Melaka pada ketika itu dengan tujuan memberi pendidikan menulis, membaca, dan mengira kepada anak-anak Melayu di Kampung Bukit China dan kawasan sekitarnya.

Menurut Tuan Haji Hashim bin Datuk Demang Haji Abdul Ghani, Sekolah Kebangsaan Bukit China telah diusahakan penubuhannya oleh ayah beliau sendiri iaitu Datuk Demang Haji Abdul Ghani bin Haji Abdul Manan, JP. yang pada ketika itu menjadi Demang Durian Daun. Beliau menjelaskan bahawa sekolah asalnya terpaksa ditutup kerana muridnya telah bertambah ramai“Sekolah asalnya terpaksa ditutup kerana muridnya telah bertambah ramai.

Menurut Allahyarham Tuan Haji Hassan bin Haji Mohamad pula, Sekolah Kebangsaan Bukit China sekarang berasal daripada cantuman dua buah sekolah. Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Melayu (Agama) Bukit China yang terletak di Lorong Bukit China dan Sekolah Melayu (Agama) Pengkalan Rama.

Allahyarham Tuan Haji Hassan menjelaskan bahawa Guru Besar Sekolah Melayu (Agama) Lorong Bukit China pada masa itu ialah Allahyarham Cikgu Abdullah yang menjadi Imam Surau Bukit China dan Guru Besar Sekolah Melayu (Agama) Pengkalan Rama pula ialah Allahyarham Cikgu Othman yang juga menjadi imam Masjid Pengkalan Rama.

Bangunan sekolah[sunting | sunting sumber]

Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit China yang didirikan pada tahun 1929, berbentuk “U” masih kekal hingga ke hari ini. Bangunan ini separuh batu dan separuh kayu. Atap bangunan ini atap genting. Bahagian bawah bangunan ini tidak berkepung. Papan hadang digunakan untuk memisahkan antara satu darjah dengan darjah yang lain.

Kelengkapan bilik darjah terdiri daripada papan hitam berkaki, sebuah almari, meja guru, kerusi guru, meja panjang murid dan bangku panjang murid yang boleh diduduki oleh dua orang murid. Pada masa itu tidak ada pejabat sekolah dan bilik Guru Besar. Bersama dengan bangunan sekolah ini didirikan juga 4 buah rumah guru.

Pada 14 Mac 1964, sekolah ini mendapat bangunan tambahan dua bilik darjah dan sebuah pejabat. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Encik Abdul Ghafar bin Baba yang pada ketika itu menjadi Ketua Menteri Melaka.

Pada awal tahun 1977, sekolah ini mendapat tambahan sebuah bangunan baru berharga RM 170,000.00. Bangunan ini telah dibuka dengan rasminya pada 6 November 1977 oleh Datuk Setia Haji Abdul Ghani bin Ali yang pada ketika itu menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka.

Kawasan sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bukit China terletak di kawasan seluas 4 ac. Ir. 24.2p.Tanah ini asalnya milik Demang Haji Abdul Ghani bin Haji Abdul Manan, JP. Selain bangunan berbentuk “U” dan rumah guru yang didirikan di kawasan sekolah ini pada peringkat awalnya, terdapat juga sebuah padang permainan dan kebun pertanian untuk kegunaan murid-murid sekolah pada ketika itu.

Pada tahun 1958, sebahagian daripada padang sekolah ini telah diambil oleh Jabatan Pelajaran Melaka untuk pembangunan Asrama Murid-murid Lelaki Sekolah Menengah. Bangunan asrama ini telah dirobohkan pada akhir tahun 1982 bagi tujuan membina sebuah padang untuk murid-murid sekolah ini. Pada tahun 1988, padang sekolah ini telah siap dibina.

Murid-murid[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini bermula pada tahun 1929 dengan bilangan murid seramai 100 orang. Namun begitu, pertambahan murid mula berlaku pada setiap tahun kerana kesedaran ibu bapa terhadap perlunya pendidikan kemahiran menulis, membaca dan mengira kepada anak-anak mereka. Pada tahun 1966, jumlah murid sekolah ini meningkat kepada 700 orang. Selepas itu, jumlah ini semakin menurun lantaran berlakunya pembangunan dan bertambahnya bilangan sekolah.

Pencapaian murid sekolah ini hingga ke darjah 6 sahaja pada tahun 1929. Manakala pada tahun 1955, murid diberi peluang belajar hingga ke darjah 7. Apabila mereka berjaya dari sekolah ini, mereka akan dilantik menjadi guru sekolah rendah (Guru Latihan Normal). Namun begitu, ada juga murid sekolah ini yang dapat melanjutkan pelajaran mereka ke Kelas Khas Melayu (Special Malay Class) dengan menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Pada tahun 1957, murid-murid yang lulus peperiksaan darjah 6 akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu

Profil sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu Rasmi SK Bukit China

Warna bendera[sunting | sunting sumber]

  • Biru muda: Kerjasama erat antara warga SKBC

Lencana[sunting | sunting sumber]

  • Obor: Semangat membara untuk berjaya
  • Bukit: Kedudukan kawasan dan fizikal sekolah
  • Buku: Warga SKBC celik ilmu pengetahuan
  • Orang bersukan: Maju dalam sukan
  • Alat sains: Berdaya saing dalam bidang sains dan teknologi
  • Kuning: Semangat perpaduan
  • Biru gelap: Semangat perpaduan
  • Hijau: Segala aktiviti yang dilakukan berlandaskan agama
  • Merah: Semarak untuk maju
  • Putih: Ikhlas

Visi[sunting | sunting sumber]

  • Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]

  1. Allahyarham En. Othman bin Md Amin 1929-1934
  2. Allahyarham En. Md Jai bin Abdullah 1934-1935
  3. Allahyarham En Hassan bin Kelang 1935-1937
  4. Allahyarham Hj Md Shah bin Yusof 1937-1940
  5. Allahyarham En Md Derus bin Md Arif 1940-1941
  6. Allahyarham En Abdul Wahab bin Mohd 1942-1943
  7. Allahyarham En Tambi Ibrahim bin Sulaiman 1944
  8. Allahyarham En Zainuddin bin Abu 1944-1946
  9. Allahyarham En Ahmad bin Haji Abdul Samad 1946-1954
  10. Allahyarham Haji Said bin Abu Bakar 1954-1958
  11. Allahyarham Haji Daud bin Haji Ali 1958-1963
  12. Allahyarham Haji Mohd bin Haji Long 1963-1964
  13. En. Ismail bin Hj Md Som 1965-1966
  14. Allahyarham En Haji Daud bin Haji Ali 1967-1970
  15. Allahyarham En Abdullah bin Md Said 1970
  16. En Hashim bin Abdul Rauf 1971-1973
  17. En Mohd Ramli bin Johan 1974-1979
  18. En Ramli bin Janggi 1980-1985
  19. En Naim bin Muhamad 1985-1986
  20. En Abu Samah bin Haji Mohd Aras 1986-1987
  21. En Ayub bin Jaamat 1988
  22. En Mohamad Ibrahim bin Haji Pitchay 1988-1996
  23. En. Mohd Som bin Hj Yaacob 1999-1999
  24. En. Zakaria bin Mahmod 1999-2001
  25. En. Mohd Ali bin Yusof 2001-2003
  26. Pn. Hajah Rosnani binti Jantan 2003-2008
  27. Pn Hajah Norsida binti Abdul Hamid 2008-2012
  28. Pn Hajah Hasmah binti Hitam 2012
  29. Pn Kamariah binti Md Dawam 2012 - 2015
  30. Allahyarham Muhamad Nor bin Hamzah 2015 -2017
  31. En Mohammed Shamshir bin Mohammed Dali 2017 - sekarang

Sarana ibu bapa[sunting | sunting sumber]

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit China[sunting | sunting sumber]

Bil Jawatan Nama Catatan
1 Yang Dipertua PIBG En. Mohd Nizam bin Misbah
2 Naib Yang Dipertua PIBG En. Md Yazid Zaid bin Zainal
3 Setiausaha Pn. Liana binti Sadali
4 Naib Setiausaha 1 Pn. Rohaya binti Abdullah
5 Naib Setiausaha 2 Pn. Siti Junaidah binti Johan
6 Bendahari Pn. Rosnani binti Mohd Tahir
7 AJK Ibu Bapa 1. Pn. Hamidah binti Hassan

2. En. Mohd Razali bin A. Rahman

3. Pn. Suliza binti Othman

4. Pn. Norhaniza binti Zakaria

5. Pn. Juliha binti Jaffri

6. En. Jaafar bin Baba

8 AJK Guru 1. Pn. Ruhayu binti Abdul Jabar

2. Pn. Intan Baizura binti Ahmad Tarmizi

3. En. Muhammad Izzat bin Zulkefli

4. En. Fadzlan bin Mohamad

5. En. Adnin Naim bin Shamsuddin

9 Juru Audit 1. Pn. Mariyam binti Mohd Salleh

2. En. Mohd Al Ferddaus bin Mohd Saupi

Aktiviti Sarana Ibu bapa.[sunting | sunting sumber]

Bimbingan Tarian Kelab Kebudayaan dan Kesenian PIBG
Majlis Pelancaran dan Sambutan Bulan Kebangsaan 2017
Gotong - Royong Membersih dan Menceriakan Sekolah
Gotong - Royong Menyiapkan Pintu Gerbang Merdeka 2016
Kerjasama PIBG Sekolah Menceriakan Kelas PA 21

Persekitaran sekolah[sunting | sunting sumber]

Bangunan dan bilik khas[sunting | sunting sumber]

  • Surau Al Hikmah
  • Bilik Kemahiran Hidup
  • Kantin Sekolah
  • Makmal Komputer
  • Kelas PA 21

Taman dan landskap sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Taman Permainan
  • Wakaf
  • Dataran Semarak Kasih
  • Padang Sekolah

Galeri Warisan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pihak sekolah telah mengambil inisiatif mewujudkan Sudut Warisan untuk tatapan dan pengetahuan generasi kini. Sudut ini mempamerkan beberapa alatan tradisional yang pernah digunakan suatu masa dahulu. Seiring peredaran zaman menyebabkan peralatan tradisional ini digantikan dengan peranan perkakasan moden.

Alatan tradisional Video Gambar
Pembajak tradisional[sunting | sunting sumber]
  • Alat yang digunakan untuk membajak sawah secara tradisional.
  • Alat pembajak sawah atau ladang yang terbuat daripada bahan kayu seperti kayu jati, sono keling/angsana, kayu laban, dan jenis kayu keras lainnya.
  • Untuk membajak sawah/ladang biasanya menggunakan tenaga manusia dengan bantuan haiwan seperti kerbau, lembu atau kuda.
  • Haiwan akan menarik pembajak manakala manusia akan memandu/mengawal haiwan tersebut.
Video
Pembajak.jpg
Batu boh[sunting | sunting sumber]
  • Alat untuk mengisar beras atau pulut untuk dijadikan tepung.
  • Menggunakan tenaga manusia untuk memusingkan batu boh tersebut.
  • Batu boh dipusing pada pemegangnya pada arah lawan jam.
  • Beras pulut yang sudah hancur menjadi tepung akan keluar dari celah-celah batu boh (yang bulat) dan masuk ke dalam alur terus ke hujung alur dan masuk ke dalam mangkuk yang diletak di bawahnya.
Video
Batu Boh.jpg
Nyiru[sunting | sunting sumber]
  • Alat untuk mengasingkan bernas dengan hampas padi.
  • Nyiru juga bermaksud badang, ayakan, tampian, tampah dan penampi.
  • Nyiru diperbuat daripada buluh atau rotan, berbentuk bujur atau bulat, beranyam rapat dan bingkainya beranyam tulang belut.
  • Di negeri-negeri Pantai Timur, nyiru juga dikenali sebagai badang.
  • Nyiru juga mempunyai nama, jenis dan bentuk yang berbeza bergantung kepada jenis bahan yang digunakan serta kegunaannya. Bentuk yang terdapat ialah bulat, bujur dan bersegi tiga.
  • Nyiru bentuk bujur diperbuat daripada kulit buluh dan digunakan oleh petani untuk menampi padi. Proses ini dikenali sebagai mengangin padi.
Video
Tampi.jpg
Labu sayong[sunting | sunting sumber]
  • Labu sayong ialah produk warisan Negeri Perak. Labu Sayong seperti dalam gambar masih mengekalkan ciri-ciri tradisional pada corak dan bentuknya. 
  • Air yang disimpan di dalam labu sayong akan sejuk dan tidak perlu disimpan di dalam peti ais.
  • Labu sayong biasanya dibuat dalam dua warna iaitu hitam dan coklat. Bentukya ialah leper seperti labu bocong, labu tela, labu pucung dan labu panai.
  • Hiasan yang diukir pada labu sayong yang biasa digunakan ialah pecah empat, bunga api, bunga lawang, bunga cakar ayam, bunga tanjung, bunga cengkih dan pucuk rebung.
  • Salah satu keunikan labu ini ialah ia diilhamkan daripada bentuk buah labu itu sendiri dan corak yang digunakan lebih bersifat semula jadi. Teknik yang biasanya digunakan ialah teknik lingkaran dan picit bagi proses pembentukan labu sayong.
Video
Sayong.jpg
Lukah[sunting | sunting sumber]
  • Lukah ialah sejenis alat menangkap ikan di kawasan air tawar.
  • Ia sesuai digunakan di tempat seperti tali air, sungai dan parit.
  • Lukah berbentuk seakan-akan bubu. Ia diperbuat daripada bilah rotan atau buluh yang disusun dan diikat hingga menjadi seperti sebuah bekas.
  • Lukah mempunyai saiz panjang lebih kurang satu meter dengan garis pusat lebih kurang 20 hingga 30 sentimeter.
  • Di bahagian hujung dalam lukah terdapat lubang untuk membolehkan ikan masuk di mana terdapat bilah rotan yang runcing dan tajam yang disusun menjadi seperti kon di sepanjang laluan ikan. Ini menjadikan laluan tesebut semakin sempit dari lubang yang pertama sehingga lubang yang kedua. Terdapat jejari tajam pada bahagian hujung lubang yang kedua. Ia bertujuan untuk mengelakkan ikan daripada terlepas keluar melalui lubang yang sama. Ikan yang masuk sehingga melepasi lubang yang kedua akan terperangkap di bahagian dalam lukah.
Video
Lukah.jpg

Program tahun 2017[sunting | sunting sumber]

  • Kempen 'Sayangi Buku Teks' (23 Januari 2017)
  • Program Jom Ke Sekolah (6 Februari 2017)
  • Majlis Pelancaran Nilam dan VLE Frog (10 Februari 2017)
  • Majlis Penyampaian Watikah Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan dan Pengawas SPBT 2017 (28 Februari 2017)
  • Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia (7 Mac 2017)
  • Mesyuarat Agong PIBG SK Bukit China Kali ke-43 (6 April 2017)
  • Pelancaran Program 3K Bersama Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah (28 April 2017)
  • Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah (3 Mei 2017)
  • Program Gotong Royong Bersama PIBG, JKKK Pengkalan Rama dan MBMB (7 Mei 2017)
  • Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah (16 Mei 2017)
  • Program Sukarelawan Politeknik Metro, Johor (25 Mei 2017)
  • Majlis Khatam Al Quran dan Tazkirah Sempena Penutup Ihya Ramadhan (22 Jun 2017)
  • Motivasi Guru dan Keibubapaan serta Kecemerlangan UPSR 2017 (8 Ogos 2017)
  • Motivasi Pecutan Akhir Menuju UPSR (29 Ogos 2017)
  • Bulan Ceria Merdeka Sempena Hari Kebangsaan 2017 (1 Ogos - 16 September 2017)
Aktiviti Bersempena Bulan Kebangsaan 2017

Sambutan Bulan Kemerdekaan Hari Kebangsaan 2017[sunting | sunting sumber]

  • 7.8.2017 = Majlis Pelancaran Bulan Merdeka
  • 8.8.2017 = Pertandingan Lagu-lagu Patriotik dan Deklamasi Sajak
  • 11.8.2017 = Pertandingan Menulis Karangan Kemerdekaan/Pertandingan Tulisan Cantik
  • 14.8.2017 = Pertandingan Mewarna/Pertandingan Melukis Poster
  • 15.8.2017 = Pertandingan Bercerita - Sejarah Melaka/Cross Word Puzzle/Word Maze/Tayangan filem Leftenan Adenan
  • 16.8.2017 = Pertandingan Membuat Folio dan Buku Skrap
  • 18.8.2017 = Pertandingan Fesyen Merdeka/Melafazkan Rukun Negara
  • 22.8.2017 = Kuiz Kemerdekaan (Lisan)/Kembara Sejarah
  • 24.8.2017 = Pertandingan Kelas Ceria Merdeka
  • 15.9.2017 = Majlis Penutupan Bulan Ceria Merdeka 2017

Pencapaian sekolah[sunting | sunting sumber]

Unit Pra Sekolah[sunting | sunting sumber]

  1. Johan Senamrobik Sekolah Peringkat Daerah Melaka Tengah 2016.
  2. Johan Pertandingan Senamrobik Pra Sekolah Peringkat Negeri Melaka 2016. (Video)

Unit Pendidikan Khas Integrasi[sunting | sunting sumber]

  1. Jalinan Antarabangsa SK Bukit China dengan Sekolah Kartini Batam dan Yayasan Keluarga Batam serta kerjasama Seameo Sen dan Unit Pendidikan Khas

Unit Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

  1. Anugerah Ceria Merdeka Peringkat Negeri Melaka 2016 - Johan Kategori Pintu Gerbang

Unit Akademik[sunting | sunting sumber]

  1. Anugerah Kualiti 2016 - Kecemerlangan Akademik Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

Unit Hal Ehwal Murid[sunting | sunting sumber]

  1. Anugerah Projek Khas Drink Move Be Strong Peringkat Negeri Melaka 2017 - Kategori Drink
  2. Naib Johan Program Anugerah 3K Peringkat Negeri Melaka 2017
Negaraku Sehati Sejiwa : Majlis Penutup Bulan Kebangsaan

Pautan Lain[sunting | sunting sumber]