Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang
Lokasi
 Malaysia Km 11, Bukit Lintang, 75460, Melaka, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah06-2681939
Kod sekolahMBA2006
Faks6062681939


Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang atau nama ringkasnya SK Bukit Lintang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 11, Bukit Lintang.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang memiliki 255 orang pelajar lelaki dan 227 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 482 orang. Ia mempunyai seramai 42 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah pertama didirikan pada tahun 1916. Sekolah ini telah diberikan nama Sekolah Melayu Bukit Lintang. Sekolah ini telah didirikan dengan menumpang di atas sebidang tanah kepunyaan Datuk Pengulu Long Bin Rahmat. Luas bangunan sekolah ini adalah kira-kira 60 x 40 kaki persegi. Ianya beratapkan daun nipah dan berlantaikan tanah. Dindingnya adalah separuh papan dengan bahagian atasnya terbuka serta bertiangkan tiang bulat. Luas kawasan sekolah adalah lebih kurang 1 ekar.

Guru Besar pertama adalah Encik Abdul Manan bin Pita dan Penolongnya adalah Encik Abdul Rahman. Pada ketika itu, bilangan muridnya adalah seramai 40 murid lelaki sahaja, sehinggalah pada tahun 1918 barulah terdapat kemasukan seorang murid perempuan bernama Cik bt Abdul Manan.

Pada 7 Julai 1926, Sekolah Melayu Bukit Lintang telah berpindah ke lokasi baru. Dengan perpindahan ini, sebuah bangunan baru telah didirikan di atas sebidang tanah Lot No 748 Mukim Bukit Lintang. Ianya kemudian bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang. Luas bangunan baru ini adalah 1 800 kaki persegi. Bangunan dua tingkat ini mempunyai tiga buah bilik darjah di tingkat atas tetapi di bahagian bawahnya tidak berdinding. Sebuah rumah guru juga telah didirikan bersama bangunan baru ini. Atap bangunan ini diperbuat daripada genting simen tetapi ditukarkan kepada jenis ardex pada bulan Oktober 1951. Guru Besar yang bertugas pada ketika itu adalah Encik Abdul Samad bin Tahir. Beliau telah dibantu oleh 2 orang guru penolong kanan dan bilangan murid pada waktu itu adalah seramai 100 orang.

Dalam tahun 1960, Jabatan Pelajaran Melaka telah mencadangkan satu projek yang dinamakan Sekolah Pusat B. Melalui projek ini, maka terdirilah sebuah bangunan tambahan dengan keluasan 2400 kaki persegi. Bangunan ini mengandungi 4 buah bilik darjah. Bangunan sekolah ini telah didirikan pada 21 Ogos 1960. Pembukaan perasmiannya telah dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka pada 20 November 1960 iaitu Yang Amat Berhormat Encik Abdul Ghafar bin Baba. Guru Besar pada ketika itu adalah Encik Md Yasin bin Mahmud. Bagaimanapun rancangan Sekolah Pusat B ini telah dibatalkan pada tahun 1962. Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang kemudiaanya mendapat bangunan tambahan baru 2 tingkat pada tahun 1976.

Pada tahun 1998, murid-murid sekolah ini telah menumpang di Sekolah Menengah Ayer Molek dan bersekolah pada sesi petang kerana kerja-kerja pembinaan tambahan bangunan 4 tingkat sedang dijalankan. Alhamdulillah pada awal tahun 1999, bangunan ini telah dapat disiapkan dan digunakan dengan segala kelengkapan fizikal dan kemudahan yang diperuntukkan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang
Km 11, Bukit Lintang
75460, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-2681939
Faks = 6062681939

Pautan luar[sunting | sunting sumber]