Sekolah Kebangsaan Bukit Paloh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Bukit Paloh
Lokasi
 Malaysia Kampong Melayu Batu 4, Paloh, 86600, Paloh,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahJBA2012


Sekolah Kebangsaan Bukit Paloh atau nama ringkasnya SK Bukit Paloh, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Melayu Batu 4, Paloh.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bukit Paloh memiliki 103 pelajar lelaki dan 128 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 231 orang. Ia mempunyai seramai 19 orang guru.2009

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bukit Paloh telah ditubuhkan pada 2 Februari 1950, sebelum tertubuhnya sekolah ini kanak-kanak dari Ladang Bukit Paloh dan Kampong Melayu Batu 4 terpaksa bersekolah di Pekan Paloh yang jaraknya lebih daripada 6km. Kanak-kanak ini terpaksa menaiki lori untuk ke sekolah, dan apabila ketiadaan lori memaksa mereka berjalan kaki.

Kesedaran pekerja ladang betapa pentingnya pendidikan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak agar sebuah sekolah dapat ditempatkan di Ladang Bukit Paloh. Maka pada 2 Februari 1950, Kementerian Pelajaran pada masa itu telah meluluskan penubuhan sebuah sekolah dengan 'SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG BUKIT PALOH' di Ladang Bukit Paloh.

Murid-murid sekolah ini pada awal penubuhannya terpaksa belajar di rumah-rumah pekerja ladang yang telah diubahsuai menjadi bilik-bilik kelas. Pada tahun 1977, Kerajaan Malaysia telah meluluskan agar Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Paloh mempunyai bangunan sendiri. Sehubungan dengan itu, seorang dermawan bernama Tuan Syed Hassan Bin Hashim telah bermurah hati untuk menyerahkan tanahnya di Lot 1071 seluas 8 ekar 1 rod 08 pol untuk dijadikan tapak bangunan sekolah.

Maka dengan rasminya Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Paloh berpindah ke bangunan sendiri pada 3 Januari 1978 dengan alamatnya berikut:

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG BUKIT PALOH KAMPONG MELAYU BATU 4 PALOH, KLUANG, JOHOR.

Sejarah Nama Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini pada asalnya dinamakan Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Paloh berdasarkan Lokasi sekolah. Memandangkan pihak Pengurusan Ladang telah bermurah hati untuk membenarkan rumah pekerjanya digunakan sebagai kelas yang diubahsuai, maka perkataan 'Ladang' masih kekal digunakan sehinggalah sebelum berpindah ke bangunan sendiri.

Apabila berpindah ke bangunan baru terdapat usaha-usaha untuk menukarkan nama sekolah daripada Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Paloh kepada 'SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG MELAYU BATU 4'. Namun demikian usaha tersebut tidak menjadi kenyataan tanpa diketahui sebabnya. Maka dengan itu, nama sekolah ini bertukar sedikit dengan membuang perkataan 'Ladang' dengan alamat barunya:

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PALOH KAMPONG MELAYU BATU 4 PALOH KLUANG, JOHOR.

Pengasas Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bukit Paloh telah diasaskan pada awal tahun 1949 sebelum menjadi kenyataan pada tahun 1950. Diantara pengasas sekolah ini ialah :

1. Tuan Syed Hassan Bin Hashim (Allahyarham)

Beliau adalah kontraktor di Ladang Bukit Paloh, selain menjadi imam di Ladang yang sama. Beliau juga yang memperjuangkan agar Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Paloh mempunyai bangunan sendiri dan berjanji jika kerajaan memberi peruntukan untuk membina bangunan sendiri maka beliau juga sanggup mewakafkan sebahagian tanahnya. Apabila Kerajaan meluluskan peruntukan pembinaan Sekolah Kebangsaan Bukit Paloh, maka beliau juga mengotakan janjinya. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Al-Fatihah.

2. Tuan Haji Samuni Bin Hassan (Allahyarham)

Beliau adalah seorang bilal muda di Ladang Bukit Paloh. Sebagai orang muda, Beliaulah yang diharapkan untuk bergerak agar Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Paloh menjadi realiti. Selepas bersara beliau berpindah ke Kampung Melayu Batu 4 dan dilantik menjadi Ketua Kampung merangkap Pengerusi JKKK Kampung Melayu Batu 4 Paloh sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Al-Fatihah.

Visi Dan Misi[sunting | sunting sumber]

VISI:

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI:

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti


Mulai 2014

VISI:

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI:

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk

Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

LAGU SEKOLAH (BARU)

Tempat Menuntut Ilmu

Pendidikan Bermutu

Marilah Berusaha Mengukir Nama Mulia

Cemerlang Terus Jaya

Marilah Kita Maju

Sampai Cita Dituju

Penyemai Ilmu Pengetahuan

Motto Jadi Panduan

SK Bukit Paloh

Usaha Sungguh-Sungguh

Disiplin Hemah Tinggi

Berkhidmat Dan Berbakti

Kami Semua Berjanji

Meningkatkan Prestasi

Demi Agama Bangsa dan Juga Negara

Kebanggaan Semua - 2X


LAGU : EN. AZIZUL AZIHAN BIN MAHMUD

LIRIK : EN. AZRIZAL BIN AZAMIR


LAGU SEKOLAH (LAMA)

SKBP yang tercinta

Mendidik anak bangsa

Guru menjadi panduan kita

Keluarga turut bersama.

SKBP sudah jaya

Mencetus lham murni

Bergerak maju tuju wawasan

Bersama kita jayakan.

Ilmu menjadi tuntutan

Agama jadi pegangan

Penyemai Ilmu Pengatahuan

Itulah Cogankatanya.

SKBP yang tercinta

SKBP.


LAGU & LIRIK : EN. MOHD. ALI BIN SAIRI

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bukit Paloh
Kampong Melayu Batu 4, Paloh
86600, Paloh
Johor, Malaysia
Telefon = tiada
Email = jba2012@moe.edu.my / jba2012@1bestarinet.yes.my /
FB = https://www.facebook.com/skbppaloh.kluangjohor


Pautan luar[sunting | sunting sumber]