Sekolah Kebangsaan Buntong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Buntong
Lokasi
Persiaran Desa Rishah (S) 1/1B, 30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Autoriti pendidikanKinta Utara
Nombor sekolah6052810279
Kod sekolahABA2066
Guru besarPuan Dr. Indhira a/p Thirunavukarasu
Tenaga pengajar26
GPK Pentadbiran dan AkademikTuan Haji Shahrol Hanizam Bin Sulaiman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Asmawi Bin Mohamed Mokhtar
Penolong Kanan KokurikulumEncik Sinnathamby a/l Ramanathan
Faks6052810355
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Buntong atau nama ringkasnya SK Buntong, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Persiaran Desa Rishah (S) 1/1B.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Buntong memiliki 190 pelajar lelaki dan 165 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 355 orang. Ia mempunyai seramai 27 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Buntong telah dibina di atas sebidang tanah seluas 6 ekar dengan kos sebanyak RM 4 juta. Pembinaannya dimulakan pada tahun 2000 dan ia siap sepenuhnya pada 31 Januari 2001. Tn. Hj. Razali b. Zakaria menjalankan tugas sebagai ‘care taker’ dan mula bertugas pada 1 Julai 2001.

Guru besar pertama ialah Pn. Nor Hanen binti Ismail bermula dari 16 Ogos 2002 hingga 1 Julai 2008. Sekolah ini mendapat pelajar sulung pada 5 Jun 2002 seramai 208 orang. Bangunan sekolah terdiri daripada 3 buah blok bangunan 4 tingkat. Ia dilengkapi dengan bilik komputer, makmal sains, bilik seni, bilik rawatan, pusat sumber, bilik guru, bilik Kemahiran Hidup, surau, bilik kaunseling, bilik pemulihan, bilik gerakan, bilik muzik, bilik SPBT, stor sukan, kedai buku, bilik persalinan, pejabat dan 24 buah bilik darjah termasuk kelas prasekolah.

Sekolah ini terletak di pinggir bandar, 7 km dari JPN dan kira-kira 10 km dari Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara. Ia letaknya berhampiran dengan pekan Menglembu dan pekan Silibin dan kawasan perindustrian Silibin.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Buntong,
Persiaran Desa Rishah (S) 1/1B
30100 Ipoh,
Perak,  Malaysia
Telefon = 6052810279
Faks = 6052810355

Pautan luar[sunting | sunting sumber]