Sekolah Kebangsaan Convent, Green Lane

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Convent, Green Lane
JenisSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahPBB1015
Lokasi Malaysia Jalan Hamilton 11600, Georgetown,, Mutiara Timur, Malaysia
Telefon6042823673
Faks6042823672


Sekolah Kebangsaan Convent, Green Lane atau nama ringkasnya SK Convent, Green Lane, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Hamilton.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Convent, Green Lane memiliki 0 pelajar lelaki dan 901 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 901 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2009

Pada tahun 2016, SK Convent Green Lane mempunyai seramai 794 orang murid perempuan dan seramai 54 orang staf yang terdiri daripada 3 orang staf pejabat, dan 51 orang guru termasuk dengan 5 orang pentadbir

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Sekolah 1[sunting | sunting sumber]

1954   – Sekolah Rendah Convent Green Lane(1) telah ditubuhkan pada Januari 1954  dengan dua buah darjah satu, yang mengandungi seramai 83 orang murid sahaja. Oleh kerana bangunan sekolah baru ini belum lagi disiapkan kedua-dua darjah ini dijalankan di SRJK© Convent Dato Kramat dengan dua orang guru  – Pn. D’aranjo dan Cik Parvathi A.Nair.

1955  –  Pada tahun 1955 sekolah ini diluaskan dengan tambahan murid dari daerah Dato Kramat danGreen Lane. Murid-murid  darjah 3,4 dan 5 yang terlibat telah ditukar dari SRK Convent  Lebuh Light kerana mereka tinggal dekat denganSekolah Green Lane. Dua buah darjah satu kemudian ditambah menjadikan bilangannya tujuh  (7) buah darjah untuk tahun 1955. Sembilan orang guru dan seorang Guru Besar bernama Sr.Columba bertugas disekolah ini. Pada bulan September 1955, murid-murid dari sekolah ini berpindah ke bangunan baru yang dinamakanSekolah Rendah   (1) Convent Green Lane, Jalan Hamilton, Pulau Pinang.

1956  – Pada tahun 1956 sekolah ini beroperasi   sepenuhnya dengan 13 buah bilik darjah dan 513 orang murid.Sekolah dijalankan dengan darjah  1 – Darjah   6  jumlah guru ialah 15 orang termasuk seorang Guru Besar. Sr.Columba, guru besar yang pertama bertugas dari tahun 1955 hingga 1968. Apabila beliau meletak jawatan, Sr.Mary Ann Au menggantikannya pada tahun 1969.Kemudian Sr. Anne Marie Lopez bertugas sebagai Guru Besar dari tahun 1970 hingga 1972. Mulai tahun 1973 Guru Besar Mubaligh telah ditukarkan kepada golongan guru biasa sehingga ke hari ini.

Sidang

Semenjak sekolah ini dimulakan pada tahun 1954 hingga 1970 sekolah ini dikenali sebagai “ Sekolah Rendah Pagi” supaya dapat dibezakan dari “Sekolah Rendah Petang” yang berkongsi bangunan sekolah ini. Pada tahun 1971 sekolah ini dialih menjadi Sekolah Sesi Petang manakala Sekolah Rendah 2 dijalankan pada waktu pagi.Penyelenggaraan secara bergiliran dikuatkuasakan pada tiap-tiap tahun diantara Sekolah Rendah (1) dan Sekolah Rendah (2) sehingga 31 Disember 1989.

Sekolah 2

Nama asal sekolah ini ialah Dato Kramat Primary English School. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1953 oleh sebab kekurangan tempat di Convent Lebuh Light. Seramai 90 orang murid darjah satu telah diarahkan ke sekolah ini di bawah jagaan Sr. Stephen sebagai Guru Besar dan seorang guru bernama Cik Annie Esienberg.Tiap-tiap  tahun bilangan murid  bertambah ramai dan pada tahun 1958, sekolah ini telah berpindah ke SRK  Convent Green Lane 1 berkongsi bangunan dengan mereka di JalanHamilton, P.Pinang.Pada tahun 1960, dengan kelulusan daripada pihak Kementerian Pendidikan, sekolah ini telah menukar namanya ke Convent Green Lane Primary Afternoon School. Pada tahun 1971 sekolah ini  dan Sekolah 1 telah bergilir-gilir bertugas setahun pagi dan setahun petang. Dengan demikian, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah   Rendah Kebangsaan Convent Green Lane(2).

Percantuman Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Januari1990 SRK Convent Green Lane(1) dan (2) dicantum dan dijadikan   satu sekolah di bawah nama SRK Convent Green Lane. Guru Besar yang bertugas ialah Puan M.B. Westwood dengan bilangan muridnya seramai 892 orang.Darjah 1,5 dan 6 dijalankan pada sesi pagi manakala Darjah 2,3 dan 4 dijalankan sesi petang.Ada 4  buah  kelas untuk setiap darjah yang dikenali dengan nama Seri Awan, Seri Bayu, Seri Embun dan Seri Pelangi. Mulai 1 Disember, 1991 hingga 1995 , Guru Besar yang bertugas ialah Pn. Mary Chin Tsin Nyong. Pada pertengahan tahun 1995 hingga April  2003 , Puan Wan Soo binti Ibrahim dan pertengahan tahun 2003 hingga September 2011 ialah Puan Mariani binti Yusof. Pada penghujung September 2011 sehingga 10 Januari 2016 ialah Puan Suarni binti Ishak. Bermula dari April 2016 hingga sekarang ialah Puan Masnoen binti Randi

PENGASAS SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

Ven. Fr. Nicolas Barre telah memulakan ‘sekolah-sekolah kecil’ untuk pelajaran kanak-kanak perempuan yang tidak mampu di Perancis. Pada tahun 1666, beliau telah memulakan kumpulan pertama Infant Jesus Sisters dan pada 1852 ‘sisters’ telah datang berkhidmat diMalaysia.Kini mereka cuba untuk memenuhi membantu masyarakat pinggiran yang perlu.Pembelaan melalui kerja-kerja amal di sekolah, di gereja, di rumah-rumah untuk wanita cacat , kaunseling kepada banduan di penjara serta projek-projek membasmi  buta huruf. Setiap tahun pada 31 Mei telah ditetapkan sebagai Hari  Pengasas.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Menerima Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2013

Menerima Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2015

Anugerah Baiah tahun 2010, 2012 dan 2013

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Convent, Green Lane
Jalan Hamilton
11600, Georgetown
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6042823673
Fax = 6042823672

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • skcglpp.edu.my