Sekolah Kebangsaan Convent, Jalan Kulim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Convent, Jalan Kulim
JenisSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahPBB0018
Lokasi Malaysia Jalan Kulim 14000, Bukit Mertajam,, Mutiara Timur, Malaysia
Telefon6045398727
Faks6045398727


Sekolah Kebangsaan Convent, Jalan Kulim atau nama ringkasnya SK Convent, Jalan Kulim, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Kulim.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Convent, Jalan Kulim memiliki 0 pelajar lelaki dan 765 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 765 orang. Ia mempunyai seramai 46 orang guru.2009


1931 Kawasan tapak sekolah telah diperolehi oleh Rev. Mother St. Tarcicius tetapi akibat kesempitan wang, usaha mendirikan bangunan sekolah tersekat. 1934 Mother Superior Penang ini kemudiannya membuka sebuah sekolah St. Anne’s yang pertama pada 01 Mac 1934 di sebuah rumah Melayu yang disewa di Jalan Cross (sekarang dinamakan Jalan Arumugam Pillai). Bilangan pelajar pada masa itu adalah seramai 22 orang. Tapak itu kini telah dijadikan Pusat Biro Penerangan. 1938   old School Building 800pxlMemandangkan jumlah pelajar semakin bertamb ah, pembinaan tapak sekarang telah dimulakan dan pelajar-pelajar telah berpindah dari St. Anne’s ke St. Marguerite’s pada November 193 8. Seramai 300 orang pelajar perempuan telah ditempatkan dalam 8 kelas di bangunan baru. 1941   Pada bulan Disember 1941, sekolah ini telah membangun dengan pesatnya. Malangnya, akibat perang Jepun di Malaya maka St. Marguerite’s terpaksa ditinggalkan begitu sahaja termasuk kelengkapannya. 1942 Sister kembali semula setelah peperangan reda. Mereka telah mengambil semula tanggungjawab ke atas sekolah St. Marguerite’s , tetapi dalam bulan Ogos 1942, sekolah ini telah dibuka sebagai sekolah Jepun. 1945 British mengambil alih semula Malaya dalam bulan Oktober. Sekolah St. Marguerite’s telah membuka semula pintu kepada pelajar-pelajar perempuan Bukit Mertajam. 1946 Memandangkan Sekolah St. Marguerite’s ini merupakan sekolah perempuan tunggal di Bukit Mertajam, kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengakui sekolah ini sebagai Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan pada bulan Ogos 1946. 1947 Penambahan pelajar menyebabkan sebuah bangunan kayu yang mengandungi enam bilik darjah telah didirikan di bahagian kanan sekolah. Jumlah pelajar ketika itu adalah seramai 600 orang. 1952 Ketika ini, sekolah hanya mempunyai 21 kelas di mana dua aliran Tingkatan 4 terpaksa dihantar ke Pulau Pinang. 1954 Dalam bulan Januari 1954, bangunan sekolah baru (bangunan sekolah menengah sekarang) yang dilengkapi dengan padang dan dewan sekolah telah siap dibina. Semua pelajar berjumlah 806 orang telah ditempatkan di sebelah pagi. 1956 Sekolah ini telah memulakan semua kelas aliran petang pada Januari 1956. 1958 Sekolah St. Marguerite’s telah dibahagikan kepada dua unit iaitu Sekolah Rendah dan Menengah untuk mengimplentasikan polisi pelajaran. Sekolah sekarang mempunyai seramai 856 orang murid dan Cik Catherine Low menjadi Guru Besar yang pertama. 1960  Sebuah bangunan yang lebih besar dibina menggantikan bangunan lama yang dibuat daripada kayu. Bangunan lama ini kemudiannya diserahkan kepada sekolah rendah setelah dua buah kelas tambahan lagi dibina. 1961  Bangunan tambahan sekolah rendahmengandungi 18 bilik darjah telah dibina dengan bantuan kerajaan sebanyak RM 100,000.00. jumlah murid 1091 dan Guru Besarnya ialah Cik Molly Foo. 1962  Kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM 14,000.00 untuk mendirikan dua bilik darjah khas yang sekarang digunakan sebagai Bilik Agama dan Bilik Kemahiran Hidup. 1968 Murid-murid bertambah lagi sehingga mencecah 1579 orang; bilangan murid yang terbesar. Jumlah guru pada ketika itu adalah seramai 42 orang. 1972 Guru Besar Cik Molly Foo Yuet Meng ditukar ke SRK Convent Light Street, Pulau Pinang. 1973 Sister Anne Marie Lopez mengambil tempat Cik Molly Foo selama dua tahun. Beliau menjalankan projek Walkaton dan Berjaya mengumpul derma sebanyak RM 12,000.00. 1975 Sister Francis De Paule mengambil alih menjadi Guru Besar. Dalam tempoh kelapan tahun beliau berkhidmat di sekolah ini, beliau mengadakan tiga “operattas”bersamaan dengan Majlis Penyampaian Hadiah. Pada tahun 1982, beliau ditukar ke SRK Seremban. 1983 Guru Besar yang menggantikan Sister Francis De Paule adalah Sister Fedelis Gabriel. Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah berganding bahu untuk menubuhkan Jawatankuasa Pengelolaan Perayaan Jubli Emas Sekolah Convent Bukit Mertajam yang dijalankan pada tahun berikutnya. Perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilancarkan di semua sekolah rendah. 1984 Tahun Jubli Emas Convent Bukit Mertajam sememangnya istimewa dan bersejarah. Kini Sekolah Rendah Convent mempunyai 977 orang murid yang ditempatkan di 24 buah kelas dengan tenaga pengajarnya seramai 53 orang. Satu bahagian sekolah di tingkat atas telah diubahsuai untuk dijadikan perpustakaan, Bilik Sains dan Matematik, Bilik Skim Pinjaman Buku Teks dan Bilik Tayangan. 1985 Sekolah Rendah Convent mempunyai 987 orang murid, 35 orang guru dan 24 buah kelas. 25 orang murid Berjaya mendapat 5 “A”dan ini merupakan keputusan yang terbaik setakat ini. 1986 Sekolah mempunyai lebih kurang 1000 orang murid dengan 36 orang guru dan 24 buah kelas. Pendidikan Asas Komputer dimulakan pada bulan September. “Rock Garden” di hadapan bangunan baru dibuat. 1989 Cik Irene Teoh Lai Yeang mula bertugas sebagai Guru Besar. Beliau berkhidmat selama empat tahun di sekolah ini. 1992  Tempat Cik Irene Teoh Lai Yeang diganti oleh Pn. Patimah Bt. Ahmad Baki yang berkhidmat di sekolah ini selama dua tahun. 1994 Pn. Norsiah Bt. Baharum menjadi Guru Besar. Di bawah bimbingan beliau, sekolah bertukar wajah menjadi sekolah taman seperti dicita-citakan. 1996 Taman Bacaan Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam diwujudkan bagi memupuk budaya membaca di kalangan pelajar. Taman ini ialah sumbangan Datin Zainab Bt. Abdul Kader (Isteri Dato’ Dr. Ibrahim Saad) serta rakan-rakan. Taman Bacaan ini dirasmikan oleh Dato’ Seri Mohd. Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak. 1997 Sumbangan cek Bantuan Modal daripada Bahagian Pembangunan, Penswastaan dan Bekalan sebanyak RM 115,570.00) telah diterima dan disampaikan oleh Dr. Fong Chan Onn, Timbalan Menteri Pendidikan pada ketika itu. Pada tahun ini juga pihak sekolah telah mengubahsuai bilik darjah menjadi Makmal Komputer hasil daripada projek Sifirton yang dianjurkan oleh PIBG, yang mana telah berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM 41,000.00. Pihak sekolah berjaya membuat kutipan multimedia sebanyak RM 14,448.14. wang tersebut digunakan untuk membeli beberapa buah komputer. 1999 Hari Kantin telah diadakan pada 20 Mei 1999.  Projek ini dianjurkan oleh PIBG bagi menambah tabung PIBG dan telah berjaya mengumpul sebanyak RM 7,528.75. Keputusan Ujian Penilaian telah meningkat dari segi kualiti, di mana seramai 38 orang murid telah berjaya memperolehi 5A. 2000 Pada 28.09.2000 Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam telah berjaya menjadi Johan Choral Speaking dan Johan Story Telling. Pada tahun ini juga seramai 48 orang murid berjaya mendapat 5A dan Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam telah terpilih sebagai 30 buah Sekolah Rendah Cemerlang di seluruh Malaysia. 2001 Penolong Kanan 1, Pn. Siti Zaleha Bt. Hassan bersara pada bulan Julai dan tempat beliau diganti oleh Pn. Salimah Bt. Abdullah. Pn. Lee Khoon Chuan, Penyelia Petang juga turut bersara pada bulan November tahun yang sama. 2002 Pn. Ooi Gaik Lian, Penolong Kanan Kokurikulum bersara pada bulan November 2002. Projek Sifirton sekali lagi dianjurkan oleh PIBG untuk menampung perbelanjaan pembinaan tembok keselamatan di sekeliling kawasan sekolah. PIBG memperolehi RM 20,000.00 melalui Bantuan Modal Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan, RM 10,000.00 sumbangan daripada Sekolah Menengah Convent Bukit Mertajam dan RM 20,000.00 sumbangan daripada YB Lau Cheik Tuan. 2003 Sekali lagi Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam berjaya menjadi Johan Negeri dalam Pertandingan Choral Speaking dan seterusnya mewakili Pulau Pinang ke peringkat Kebangsaan. Dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), SK Convent Bukit Mertajam sekali lagi dipilih antara 30 buah sekolah Cemerlang di seluruh Malaysia. Seramai 47 orang murid telah berjaya memperolehi 5A dan peratus keseluruhan adalah 93.8%. 2004 Pasukan Bola Baling telah berjaya menjadi Naib Johan peringkat Negeri, Public Speaking Johan Peringkat Zon, Tae Kwan Do Johan Peringkat Negeri dan Konduktor Terbaik Peringkat Zon dalam Pertandingan Choral Speaking. Pada tahun 2004, sekolah berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Keceriaan MPSP Zon Bukit Mertajam. Keputusan UPSR juga telah menunjukkan peningkatan bila mana telah mencapai 94.1% lulus dan 43 orang murid mendapat 5A. Pentadbiran juga telah bertukar tangan di mana Pn. Mahani Abdul Rahim menerajui pengurusan sekolah dan dibantu oleh Pn. Hjh. Aishah Ismail sebagai Penolong Kanan 1, Pn. Noriati Ahmad Zakaria PK HEM, Cik Hanifah Bee Shariff sebagai PKKK dan Pn. Marinah Md. Tahir sebagai Penyelia Petang. 2005 Tahun ini dimulakan dengan kejayaan 4 emas dan 2 perak dalam Akuatik MSSPP. Pasukan Bola Baling mendapat tempat keempat MSSPP. Tempat ke-3 dalam Public Speaking dan Naib Johan Bahasa Bermadah untuk Kelompok R12. Kemenangan terbaik dalam Pertandingan Choral Speaking di mana pasukan sekolah berjaya menjadi Naib Johan peringkat Kebangsaan. Mendapat Johan Daerah dalam Pertandingan Kuiz Kesihatan. Keputusan UPSR 2005 juga telah membuktikan warga sekolah tetap unggul. Dengan jumlah pelajar seramai 153 orang, 46 orang murid mendapat 5A. 2006 Tahun ini sekolah telah berjaya menjadi Johan Choral Speaking peringkat Negeri, saguhati peringkat Kebangsaan dan Konduktor Terbaik di peringkat Kebangsaan. Bagi acara renang mendapat 4 emas, 2 perak di peringkat Negeri dan 2 perak, 2 gangsa peringkat Kebangsaan. Merentas Desa mendapat tempat ke-14 peringkat Negeri. Bahasa Bermadah Naib Johan Peringkat Kelompok dan Konduktor Terbaik Peringkat Kelompok. Kompang Formasi tempat ke-3 Peringkat Kelompok. Program Fit de Ton diadakan untuk menaiktaraf kantin. Hasil usahasama Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Convent Bukit Mertajam, program ini telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 50,586.47. 2007 Pasukan Choral Speaking telah mendapat tempat ke-3 Peringkat Kebangsaan. Pasukan Bahasa Bermadah juga berjaya menjadi Johan Pertandingan Bahasa Bermadah Peringkat Negeri. Peserta Kuiz Kesihatan tidak kurang hebatnya apabila menjadi Johan dalam Pertandingan Kuiz Kesihatan Peringkat Negeri. Buat pertama kalinya Sukan Tahunan Sekolah telah diadakan di Stadium MPSP, Jalan Betik, Bukit Mertajam pada bulan April. Pentadbiran bertukar wajah di mana Pn. Rosnah Bt. Omar sebagai Guru Besar, Pn. Hjh. Fuziah Bt. Karim sebagai Penolong Kanan HEM merangkap Penolong Kanan 1, Pn. Ho Lee Fong sebagai Penolong Kanan Kokurikulum dan Pn. Hjh. Marinah Bt. Md. Tahir masih lagi sebagai Penyelia Petang. Seramai 51 orang murid berjaya mendapat 5A dalam UPSR. 2008 Pasukan Choral Speaking seperti tahun sebelumnya menjadi Johan di peringkat Negeri. Bahasa Bermadah pula masih lagi menjadi Juara bertahan Peringkat Daerah. Public Speaking mendapat tempat ke-3 dan Story Telling menjadi Johan di Peringkat Kelompok. Program Bacathon telah dilancarkan pada bulan Februari bertujuan menaiktaraf Pusat Sumber Sekolah. Program ini telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 16,358.60. Datin Seri Dato’ Zainab Bt. Dato’ Abdul Kader juga telah memberi sumbangan sebanyak RM 5,000 untuk tujuan menaiktaraf PSS. 2009 Y.B Senator Dato’ Musa bin Hj. Sheikh Fadzir telah menyumbangkan RM 13,200 untuk 44 orang murid yang mendapat 5A dalam UPSR 2009. Hemeshwari murid Tahun 6 Tabah mendapat 4A1B pada mulanya setelah mendapat rayuan semakan semula berjaya mendapat 5A. Di bawah program PDCA (Program Didik Cemerlang Akademik) ICU, sekolah buat pertama kali berjaya mendapat Anugerah Pencapaian Peratus 5A terbaik UPSR 2009. Hadiah RM 7000.00, sebuah Plag, Piala Pusingan dan Sijil diperolehi. Pasukan Choral Speaking masih mengekalkan kejuaraan bagi peringkat Pulau Pinang. Pakej Ransangan Ekonomi Negara Tahun 2009 – 2010 (Bajet Mini) di bawah Bantuan Kewangan Sekolah Mubaligh sebanyak RM 100,000.00 telah diperuntukkan. Peruntukan tersebut digunakan bagi naik taraf surau, stor dan lain-lain penyelenggaraan kecil. 2010 Kerja-kerja naik taraf surau, stor dan lain-lain penyelenggaraan kecil siap sempurna pada 21/1/2010. Program Moviethon yang merupakan projek sekolah dan PIBG telah dijalankan bagi mengutip dan mengumpul dana bagi pembangunan ICT sekolah. Pasukan Choral Speaking seperti tahun-tahun sebelumnya telah menjadi johan dan mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan. Seramai 36 orang murid telah berjaya mendapat 5A UPSR 2010. Peratus keseluruhan naik daripada 91% kepada 92.5% 5A juga meningkat daripada 31.0% kepada 34.0% dan GPS bertambah baik daripada 1.75 kepada 1.58. Mengikut GPS UPSR SK Convent berada di tempat ketiga di negeri Pulau Pinang. 2011 Tahun ini sekolah telah berjaya menjadi johan Choral Speaking peringkat Negeri dan saguhati peringkat Kebangsaan. Peserta sekolah yang menyertai Public Speaking dan Discovery Spelling juga berjaya menjuarai pertandingan peringkat negeri. Program Fitdherton diadakan untuk menaiktaraf prasarana IT sekolah. Hasil usahasama pihak sekolah dan PIBG ini telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 19, 935.45. Dengan jumlah pelajar seramai 118 orang, 39 orang murid mendapat 5A. GPS sekolah adalah 1.72. 2012 Pasukan Choral Speaking dan Bicara Berirama menjadi johan peringkat negeri. Pasukan taekwondo pula meraih pingat perak dalam kejohanan taekwondo Pulau Pinang. Acara memanah peringkat negeri kategori individu pusingan pita 20 meter menduduki tempat pertama dan pusingan pita 25 meter menjadi naib johan. Kategori individu pusingan olimpik 40 meter pula meraih tempat ketiga. Pasukan sofbol sekolah menjadi naib johan kejohanan pembangunan sofbol bawah 11 tahun peringkat negeri. Seramai 37 orang murid mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Copyright © 2016 . Return to top

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Convent, Jalan Kulim
Jalan Kulim
14000, Bukit Mertajam
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045398727
Fax = 6045398727

Pautan luar[sunting | sunting sumber]