Sekolah Kebangsaan Datuk Hj Baginda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Datuk Hj Baginda
Lokasi
 Malaysia Km 14, Kampung Umbai, 77300, Merlimau,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6062610317
Kod sekolahMBA1077
Faks6062610317


Sekolah Kebangsaan Datuk Hj Baginda atau nama ringkasnya SK Datuk Hj Baginda, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 14, Kampung Umbai, 77300 Merlimau, Melaka.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Datuk Hj Baginda memiliki 266 pelajar lelaki dan 238 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 504 orang. Ia mempunyai seramai 38 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah diasaskan oleh seorang tokoh masyarakat tempatan yang dikenali dengan nama Datuk Haji Baginda Bin Abdul Jalil pada tahun 1890, berkonsepkan sebuah sekolah pondok. Gelaran ‘datuk’ diberikan oleh anak-anak buahnya berdasarkan kewarakan dan kegigihan beliau mencurahkan bakti kepada masyarakat. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1952 ketika berusia 92 tahun.

Daripada sebuah sekolah pondok yang serba kekurangan, binaan sekolah ini telah digantikan dengan separuh kekal pada tahun 1926 terdiri daripada dua buah bilik darjah dengan bentuk yang sama, dan pada tahun 1971 kerajaan telah membina sebuah bangunan baru dua tingkat mengandungi enam bilik darjah.

Nama sekolah ini juga telah ditukar daripada nama asalnya, Sekolah Melayu Umbai kepada Sekolah Kebangsaan Umbai yang kemudiannya dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda sempena nama tokoh di atas dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohammad Bin Yaakob, Menteri Pelajaran ketika itu.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Datuk Hj Baginda
Km 14, Kampung Umbai
77300, Merlimau
Melaka, Malaysia
Telefon = 6062610317
Fax = 6062610360

Pautan luar[sunting | sunting sumber]