Sekolah Kebangsaan Hakim Teh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Hakim Teh
JenisSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Lokasi , Kedah Darul Aman,  Malaysia


Sekolah Kebangsaan Hakim Teh atau nama ringkasnya SK Hakim Teh, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

SRK HAKIM TEH pada mulanya bernama SRK Pulau Timbul, terletak di Tunjang, Kedah. Nama asal berkenaan telah ditukar kepada SRK Hakim Teh sebagai mengiktiraf kejayaan seorang anak watan iaitu Hakim Teh, yang telah menjadi hakim pertama daripada Kampung Pulau Timbul.

Sekolah yang terletak di kawasan pedalaman ini hanya seluas 6 hektar dan mempunyai 15 orang tenaga pengajar. Guru Besar sekolah ini ialah Hajah Aishah Nanyan. Sekolah ini mempunyai 156 pelajar dan 6 kelas sahaja selain mempunyai 5 orang staf sokongan.

Kemudahan yang disediakan di sini selain bilik darjah adalah makmal sains, kantin, koperasi perpustakaan, bilik komputer, bilik pemulihan dan bilik tayangan. Meskipun tergolong dalam sekolah pedalaman, SRK Hakim Teh ini bergiat aktif di dalam bidang kokurikulum.

SENARAI NAMA GURU BESAR SEK KEB HAKIM TEH[sunting | sunting sumber]

  • Tuan Haji Saad B Yahya 01/01/1953-30/05/1958
  • Tn Haji Kasa B Said 02/06/1958-31/12/1960
  • Tn Haji Yusof B Mohhamad 01/01/1961-30/06/1971
  • Tn Haji Ismail B Habib 01/07/1971-31/12/1979
  • Tn Hj Omar B Yahya 01/01/1980-14/03/1982
  • En Wahab B Yahya 15/03/1982-31/12/1984
  • En Kassim B Ahmad 01/01/1985-15/12/1987
  • Tn Hj Ismail B Ibrahim 16/12/1987-15/04/1994
  • Tn Hj Ahmad B Mat Saman 16/04/1994-15/03/1995
  • Tn Hj Abu Seman b Latif 16/03/1995-30/11/1997
  • En Hashim B Manaf 16/02/1998-21/11/1999
  • En Shuib B Ismail 18/12/1999-02/05/2001
  • Pn Hjh Sabariah Bt Ahmad 22/05/2001-25/11/2001
  • Pn Hjh Aishah Bt Nayan 26/11/2001-30/04/2005
  • Pn Hjh Noriati Bt Ismail 01/05/2005-15/06/2007
  • En Mustafa B Ahmad 16/07/2007-

Pautan luar[sunting | sunting sumber]