Sekolah Kebangsaan Kampung Betong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampung Betong
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah044647136
Kod sekolahKBA8006
Faks044647136
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Kampung Betong atau nama ringkasnya SK Kampung Betong, merupakan sebuah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.[1]


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampung Betong telah diasaskan pada tahun 1941. Sekolah ini telah diusahakan oleh Tuan Hj. Salleh bin Daud, Md Isa bin Hassan dan Saud bin Ismail. Asalnya, ia merupakan sebuah sekolah rakyat. Bangunan sekolah ini dibuat secara gotong-royong oleh penduduk kampung ini daripada bahan-bahan tempatan beratapkan rumbia dan berdindingkan papan sahaja.

Pada peringkat awal, jumlah murid sekolah ini lebih kurang 40 orang sahaja. Dengan usaha gigih Tn Hj Salleh, jumlahnya semakin meningkat dari semasa ke semasa. Tenaga pengajar pada peringkat awal hanya 3 orang sahaja, bila mana gaji mereka dibayar oleh penduduk kampung. Pada tahun 1948, sekolah ini terpaksa ditutup kerana ketiadaan guru untuk mengajar.

Pada tahun 1950, dengan usaha gigih Tn Hj. Salleh, penduduk kampung telah bergotong-royong mendirikan sebuah sekolah di tapak yang baru dibina ini. Sekolah ini mempunyai 3 bilik yang dapat menampung 120 orang murid. Tenaga pengajarnya ialah En Omar bin Bakar sebagai Guru Besar dan En Aziz bin Ayob sebagai Guru Penolong. Pada tahun 1951, sekolah ini telah diterima sebagai sekolah kerajaan dan gaji guru dibayar oleh kerajaan.

Pada tahun 1962, pihak Kementerian Pendidikan telah mendirikan bangunan baru yang mempunyai 6 buah bilik darjah. Akhirnya, pada tahun 1980, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan dua tingkat lengkap dengan kantin dan rumah guru untuk menampung pertambahan pelajar yang semakin ketara. Sebuah makmal komputer telah dibina pada tahun 2001 dan diserahkan untuk digunakan pada 13 April 2007.

Sekolah ini juga pernah menerima tetamu yang istimewa yang terdiri daripada pemimpin Negara dan negeri. Pada tahun 1987, Timbalan Perdana Menteri Encik Ghafar Baba telah mengadakan lawatan ke sekolah ini dan mengadakan perjumpaan dengan penduduk setempat. Pada 18 Jun 1995, Menteri Besar Kedah Dato Paduka Osman Aroff telah hadir ke sekolah ini untuk majlis perasmian bangunan sekolah baru. Kunjungan Menteri Pertahanan, Datuk Syed Hamid Albar pada 3 Julai 1996 untuk merasmikan surau sekolah. Seterusnya pada 7 Disember 2004, Sultan Kedah, Sultanah Kedah dan Raja Muda Kedah dan Puteri Intan Syafinaz telah mencemar duli berkunjung ke sekolah ini dalam majlis bersama rakyat dan sambutan Hari Raya.

Pada tahun 2007, bangunan tambahan empat tingkat mula dibina dan diserahkan pada Februari 2009. Tahun 2011 murid sulung Prasekolah diterima. Pada tahun 2015 Pejabat sekolah berpindah ke bangunan baru. Pada masa itu, SK Kampung Betong mempunyai murid seramai 282 orang dan murid pra seramai 50 orang. Sementara guru pula seramai 29 orang guru dan seramai 14 orang staf termasuk 4 orang petugas pembersihan kawasan swasta serta 4 orang jaga sekolah (swasta). SK Kampung Betong maju selangkah lagi apabila memperkenalkan pengajaran 'bye-bye chalk and talk' sebagai permulaan ke arah kelas abad ke-21. Talian internet serta pengajaran mengggunakan televisyen 51 inci mula dilaksanakan. Setakat tahun 2015, seramai 26 orang guru besar pernah bertugas di sini.

TEMPOH

NAMA GURU BESAR

1950 - 1952

Omar bin Bakar

1952 - 1954

Muhayuddin @ Ali bin Abd Rahman

1954 - 1955

Moar bin Bakar

1955 - 1960

Abd Ghani bin Abdullah

1960 - 1964

Zakaria bin Ismail

1964 - 1971

Haji Hijaj bin Hj. Hassan

1971 - 1974

Abdullah bin Md Rejab

1974 - 1979

Hj Yusof bin Ismail

1979 - 1980

Shamsuddin bin Teh

1980 - 1982

Zainal bin Md Saab

1982 - 1983

Ahmad bin Hashim

1983 - 1985

Haji Hijaj bin Hj. Hassan

16.04.1985 – 16.12.1987

Hj. Said bin Hj. Hamid

01.01.1988 – 15.04.1990

Ahmad bin Awang

16.04.1990 – 15.11.1992

Ramli bin Abdullah

16.11.1992 – 15.04.1994

Mat Saad bin Awang

16.04.1994 – 15.03.1995

Bakri bin Hassan

16.03.1995 – 31.03.1998

Md Salleh bin Ismail

01.04.1998 – 15.08.1999

Salbiah binti Ahmad

16.08.1999 – 16.05.2000

Abdul Rahman bin Abdullah

01.06.2000 – 04.10.2006

Abdul Aziz bin Md Hassan

05.10.2006 – 31.03.2008

Md Yusof bin Disa

16.05.2008 – 30.09.2011

Haji Daud bin Md Amin

16.10.2011 – 31.10.2013

Hai Kiang a/l Din Deng

01.04.2014 - 15.10.15

Abd Rahim bin Abdul Rashid

16.10.15 - Sekarang

Mat Aker Bin Derashid

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampung Betong,
Jalan Jeneri,
8700 Jeniang,
Kedah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]