Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Syed Hamid Albar)
Jump to navigation Jump to search
"Syed Hamid Albar" dilencongkan di sini.
Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri
Syed Hamid Albar
PMN; SPMJ (Joh); SPMK (Ked); SPDK (Sab); DGSM (Mel); DPPN (PP); AMN
Syed Hamid.JPG
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti BERSATU
Memegang jawatan
10 Ogos 2018
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Kota Tinggi, Johor
Dalam jawatan
1990–2013
Didahului olehMusa Hitam
Digantikan olehNoor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid
Menteri Dalam Negeri
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 9 April 2009
Didahului olehMohd Radzi Sheikh Ahmad
Digantikan olehHishammuddin Hussein
Menteri Luar Negeri Malaysia
Dalam jawatan
1999 – 17 Mac 2008
Didahului olehAbdullah Ahmad Badawi
Digantikan olehRais Yatim
Butiran peribadi
Lahir (1944-01-15) 15 Januari 1944 (umur 75)
Kampung Melayu Air Hitam, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia)
Parti politikUMNO
PasanganPuan Sri Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin
Anak-anak6
Ibu bapaSyed Jaafar Albar (bapa)
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam[1]
Laman sesawangwww.syedhamidalbar.net

Tan Sri Dr. Syed Hamid bin Tan Sri Syed Jaafar Albar (Bahasa Arab: سيد حامد بن سيد جعفر البارSayyid Ḥāmid bin Sayyid Ja'far al-bār;[2][3] lahir 15 Januari 1944), merupakan seorang ahli politik Malaysia dan mantan Menteri Dalam Negeri. Beliau pernah menjadi Menteri Luar Malaysia (1999-2008) dan kini menjadi Duta khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar. Beliau juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).[4][5][6]

Beliau ialah seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO, parti utama dalam perikatan Barisan Nasional. Beliau pernah bekerja di bawah tiga Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad,Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau juga merupakan ahli Parlimen Kota Tinggi. Beliau dilahirkan di Kampung Melayu Air Hitam, Pulau Pinang, Malaysia. Bapanya Tan Sri Syed Jaafar Albar, juga merupakan ahli politik Malaysia. Syed Hamid berketurunan Arab-Minang (daripada Syed Jaafar Albar, bapanya berasal dari Sumatera Barat, Indonesia) Pada 2009, beliau digugurkan daripada jemaah menteri Malaysia.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Syed Hamid Albar telah aktif dalam UMNO semenjak zaman pelajar lagi. Sebagai seorang pelajar, beliau membina sebuah kelab bagi para ekspatriat dan pelajar dari Malaysia di London. Kemudian, beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 1986. Dalam tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan Malaysia dan pada tahun 1999, beliau telah dilantik sebagai Menteri Luar Negeri sebelum menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri pada Mac 2008.[7]

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Syed Hamid Syed Jaafar Albar bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional/UMNO. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kota Tinggi, negeri Johor. Syed Hamid Bin S Jaafar Albar telah menang dengan mendapat undian sebanyak 22682.[8][9]

Calon lawan ialah Onn Jaafar daripada PAS yang mendapat 3,721 undian telah kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 79 %. Bilangan undi rosak sebanyak 653.

PhD tentang Dr Mahathir[sunting | sunting sumber]

Pada 21 September 2014, Syed Hamid Syed Jaafar Albar menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti e Asia (AeU) di Kuala Lumpur. Tesis beliau bertajuk "Kepentingan Negara dalam Polisi Luar Malaysia: Era Mahathir (1981-2003) iaitu semasa Syed Hamid menjadi Menteri Luar Malaysia (1999-2008). Beliau menjadi Duta khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar. Tesis itu disiapkan dari 2011 hingga 2013. Walaupun Malaysia negara kecil, tapi ia berjaya menjadi 'negara kuasa tengah', idea serta peranannya diiktiraf sama ada di peringkat rantau atau antarabangsa.[10]

Parti Pribumi Bersatu Malaysia[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti BERSATU pada 10 Ogos 2018 lalu.[11]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: P156 Kota Tinggi, Johor[12]
Tahun Kerajaan Undian Prts Pembangkang Undi Prts
1990 Syed Hamid Albar (UMNO) 36,504 79% Ma'on Omar (S46) 9,956 21%
1995 Syed Hamid Albar (UMNO) 36,776 92% Mohamed Hanipa Maidin (PAS) 3,007 8%
1999 Syed Hamid Albar (UMNO) 36,819 86% Rosdin Taha Abd Rahman (Keadilan) 5,651 13%
2004 Syed Hamid Albar (UMNO) Tidak bertanding
2008 Syed Hamid Albar (UMNO) 22,682 86% Onn Jaafar (PAS) 3,721 14%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Deadline should be set for its usage in courts, New Straits Times, p. 6
  2. ^ http://arabic.peopledaily.com.cn/31663/3314902.html
  3. ^ http://www.ipsinternational.org/arabic/print.asp?idnews=250
  4. ^ The Straits Times, 1 June 2007, Insight–Boosting links, 'software' to rekindle Arab ties, by Jeremy Au Yong
  5. ^ The world's successful diasporas
  6. ^ Speech by Dato Seri Syed Hamid Albar
  7. ^ "40 Years of ASEAN: Its Evolution and its Challenges today". London School of Economics. Dicapai 2 November 2014. 
  8. ^ "Ahmad Zahid, Hishammuddin, Shafie Win Umno Veep Posts". Bernama. Dicapai 2 November 2014. 
  9. ^ "Syed Hamid quits Kota Tinggi, urges support for replacement". The Malaysian Insider. 12 April 2013. Dicapai 2 November 2014. 
  10. ^ Hamid Albar dapat PhD, tesis tentang Dr M
  11. ^ BERSATU laksana kaedah satu undi satu ahli
  12. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai 1 May 2010. . Percentages exclude informal votes.


Penyandang Terdahulu Menteri Pertahanan
1995– 1999
Penyandang Kemudian
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
Penyandang Terdahulu Menteri Luar Negeri
1999– 2008
Penyandang Kemudian
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Rais Yatim
Penyandang Terdahulu Menteri Dalam Negeri
2008– 2009
Penyandang Kemudian
Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad
Hishammuddin Hussein