Sekolah Kebangsaan Kidurong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kidurong
Lokasi
D/A: Pejabat Pelajaran Bahagian Bintulu, 97000, Bintulu,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1985
Nombor sekolah6086251191
Kod sekolahYBA9109
PengetuaAbdul Samad Bin Rosli
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridLiza Anak Man
Penolong Kanan KokurikulumJames Anak Duyun
Faks6086255233


Sekolah Kebangsaan Kidurong atau nama ringkasnya SK Kidurong, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kidurong, Bintulu, Sarawak.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kidurong memiliki 782 pelajar lelaki dan 693 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1475 orang. Ia mempunyai seramai 70 orang guru.²⁰⁰⁹

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ledakan penduduk pada 1970-an akibat hasil minyak mempengaruhi kemudahan fizikal Bintulu. Kemudahan asas masyarakat seperti sekolah menjadi salah satu agenda utama selain pembangunan industri. Beberapa buah sekolah sediada tidak mampu menampung limpahan kanak-kanank yang sama-sama berhijrah dengan ibubapa mereka yang ingin merebut peluang pekerjaan di Bintulu. Menyedari hakikat ini, dua buah syarikat gergasi yang bertanggungjawab menukar corak Bintulu yakni Petronas Carigali Sendirian Berhad dan Malaysia Liguified Natural Gas Sendirian Berhad (MLNG Sdn. Bhd), telah menyumbang kepada pembinaan sebuah sekolah yang amat diperlukan di kawasan perindustrian Tanjung Kidurong.

Setelah siap dibina dan sedia untuk digunakan, sekolah tersebut telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan khususnya kepada Jabatan Pendidikan Sarawak pada 21hb Oktober 1985. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu ialah, Y.B Tuan Haji Bujang Bin Haji Ulis. Sekolah tersebut ialah 'Sekolah Rendah Kerajaan Kidurong' sempena nama kawasan ia dibina. Sekolah tersebut dibina di atas sebidang tanah yang agak terbatas yakni seluas kira-kira 8252 meter persegi.

Sekolah Kebangsaan Kidurong terdiri dari dua blok bertingkat dua, sebuah blok kantin beserta dewannya dan sebuah blok saiz sederhana untuk tandas murid. Plan awal pengisian dua buah blok bertingkat dua itu ialah untuk menempatkan sebuah Bilik Muzik, Perpustakaan bilik APD, Klinik Pergigian, Bilik Guru, Pejabat Pentadbiran dan dua puluh empat bilik darjah. Kemudahan riadah sekolah ini agak terbatas.

Dari setahun ke setahun SRK Kidurong berkembang dari bilangan pelajar dan gurunya. Pada tahun 1992 SRK Kidurong telah dinaikan dari Gred C ke Gred A. Pada tahun yang sama juga, sebuah kelas untuk pendidikan kanak-kanak Pra Sekolah telah dibuka. Desebabkan pertambahan murid yang begitu pesat maka pada tahun 1993 SRK Kidurong perlu beroperasi dalam dua sidang persekolah yakni pagi dan petang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kidurong
D/A:Pejabat Pelajaran Bahagian Bintulu
97000, Bintulu
Sarawak, Malaysia
Telefon = 086251191
Faks = 086255233

Pautan luar[sunting | sunting sumber]