Sekolah Kebangsaan Kuala Kebulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kuala Kebulu
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Sebauh., 97100, Sebauh, Bintulu,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0132666666
Kod sekolahYBB9108
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Kuala Kebulu atau nama ringkasnya SK Kuala Kebulu, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Sebauh..

Tahun 2009, Sekolah Kebangsaan Kuala Kebulu memiliki 58 pelajar lelaki dan 38 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 96 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Tahun 2021, 40 orang murid. 14 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SK Kuala Kebulu telah ditubuhkan sekitar tahun 1963. Di awal penubuhannya adalah atas hasil rundingan dan perbincangan Masyarakat Jelalong yang terdiri daripada Kaum Penan dan Kaum Iban.  Pengasas sekolah ini ialah Encik Kuang Anak Enggang dan Tuai Rumah Rinting Anak Ujap. Penubuhan sekolah ini telah disokong oleh Tuan Adam berbangsa British sebagai Pegawai Pejabat Kerajaan Bintulu, Encik Awang Jaya Bin Pengeran Tajuddin, Pegawai Bintulu District Council, Encik Abok Anak Jalin, Penghulu Kawasan Kemena dan Encik Jilan Anak Ujang (Bapa kepada Datuk Celestine Ujang). Pada ketika itu, SK Kuala Kebulu hendak ditubuhkan di Nanga Kebulu.Tetapi atas beberapa faktor tertentu, tapak sekolah ini dipindahkan ke hulu sedikit. Ia terletak di Sungai Satik tetapi masih mengekalkan nama asalnya.  Manakala dalam mendirikan bangunan sekolah berasaskan kayu dan beratapkan rumbia, penduduk sekitar Jelalong bergotong–royong untuk menyiapkannya.

Sekitar tahun 80-an, barulah ada penambahbaikan terhadap keadaan fizikal bangunan dan kemudahan di sekolah ini. SK Kuala Kebulu terletak di hulu Sungai Jelalong, di Daerah Kecil Sebauh.  Kategori penempatan di bawah kesukaran, SK Kuala Kebulu merupakan sekolah Pedalaman 3.  SK Kuala Kebulu jugadikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Gred A.

Perjalanan ke  SK Kuala Kebulu adalah menggunakan pengangkutan sungai dari Bandar Bintulu yang memakan masa lebih kurang 5 jam atau menggunakan jalan raya dari Bandar Bintulu ke Kem Goodwood, Tubau yang memakan masa lebih kurang 2 jam kemudian menggunakan pengangkutan sungai (bot panjang) yang memakan masa lebih kurang 2 jam (bergantung kepada paras air). 

Murid- murid yang menuntut di SK Kuala Kebulu terdiri daripada anak-anak penduduk dari 10 buah rumah panjang.Dan kini jumlah rumah panjang meningkat kepada 12 buah rumah panjang.  Mereka adalah daripada keturunan Penan dan Iban.  Perjalanan murid-murid ke sekolah menggunakan perahu yang mengambil masa sehingga 7 jam terutamanya murid dari kawasan Ulu Bayan.

Kebanyakan daripada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah adalah dari kalangan yang mempunyai taraf sosio ekonomi yang mendapat punca pendapatan daripada hasil  menanam padi, tangkapan ikan di sungai, memburu di hutan dan bekerja di kem-kem pembalakan yang berhampiran.  Dari segi pendidikan pula, rata-rata di kalangan ibu bapa murid-murid mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Oleh itu, adalah amat mencabar bagi pihak sekolah untuk mentransformasikan cara berfikir ibu bapa dan murid-murid supaya menerima Dasar Pendidikan Negara.  Maka peranan seorang guru dalam memberi kesedaran tentang kepentingan pendidikan amat perlu disamping dalam memasyarakatkan kaum masyarakat di Jelalong.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kuala Kebulu
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Sebauh.
97100, Sebauh, Bintulu
Sarawak, Malaysia

Fax = TIADA

SENARAI NAMA GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KEBULU

Encik Unji 1963 hingga 1964
Encik Johari 1965 hingga 1967
Encik Iga 1967 hingga 1969
Encik Sapit Luang 1970 hingga 1971
Encik Jerome Mering 1971 hingga 1972
Encik William Ijon 1972 hingga 1987
Encik Engelbert Kunyang 1988 hingga 1992
Encik Tahmil 1993 hingga 1995
Encik Sukri 1996
Encik Watson Anjut 1997
Encik Peter Ding Kalang 1997 hingga 2002
Encik Buyong Banda 2003
Encik Nanang Jaya 2004 hingga 2005
Encik Paul Anak Jarum 2005
Encik Bernard Tahim Anak Bael 2006 hingga 2011
Encik Jubali Bin Haji Ossen 2011 hingga 2015
Puan Marie Bernadette Anak Michael Inting 2016 hingga KINI