Sekolah Kebangsaan Ladang Welch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Ladang Welch
Lokasi
 Malaysia Jementah , Segamat, Johor, 85200, Jementah,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6079473771
Kod sekolahJBA7018
Faks6079473771


Sekolah Kebangsaan Ladang Welch atau nama ringkasnya SK Ladang Welch, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jementah , Segamat, Johor.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ladang Welch memiliki 54 pelajar lelaki dan 54 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 108 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1949

Sekolah Kebangsaan Ladang Welch telah ditubuhkan pada tahun 1949 dengan nama SEKOLAH MELAYU WELCH ESTATE.Kerajaan Malaysia telah melantik dua orang guru untuk bertugas di sekolah ini.lokasi sekolah berbeza dengan lokasi sekarang.

1958

Dalam Tahun 1958, sekolah ini telah ditukar nama kepada SEKOLAH UMUM WELCH ESTATE.

1969

Dalam tahun 1969, nama sekolah ini telah ditukar nama sekali lagi dengan nama SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG WELCH dan kekal sehingga kini.

1970

Pada tahun 1970, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil alih sepenuhnya pengurusan dan pentadbiran sekolah ini.Oleh itu statusnya bertukar dari Sekolah Bantuan Modal kepada Sekolah Bantuan Penuh.

1972

Sebuah sekolah (JKR1005) bangunan blok A dan sebuah kantin (JKR1006) telah dibina di tapak tanah milik kerajaan dan siap pada tahun 1972.Jarak sekolah lama dengan lokasi baru adalah 1 kilometer, ini bermakna segala penempatan pelajar dan pengurusan akan turut berpindah juga.Bangunan sekolah lama diserahkan kepada pihak ladang dan telah dipinjamkan kepada Jabatan agama Islam Johor Untuk dijadikan Sekolah Agama.

1975

Pada Tahun 1975,Sebuah bangunan tambahan (JKR1257) telah dibina bagi menampung pertambahan pelajar.

2002

Bagi mengelakkan pelajar ketinggalan dengan era teknologi maklumat (IT), sebuah makmal komputer telah dibina di tapak perhimpunan.Makmal Komputer ini telah dibekalkan dengan 13 buah komputer murid dan guru berserta sebuah server.

2011

Sebuah blok baru 4 tingkat telah diserahkan dibawah pengurusan pihak sekolah setelah siap sepenuhnya pada Jun 2011.Pembinaan blok baru ini dibawah RMK9 bagi melengkapkan institusi pendidikan dengan kemudahan-kemudahan bilik khas seperti makmal sains,Bengkel,bilik mesyuarat,surau,bilik pepriksaan,bilik SBT, bilik pusat ekses,bilik muzik,dua kelas PdP,Bilik Guru,Bilik Sumber,Perpustakaan,Bilik Tayang,Dewan terbuka,Rumah Pam air dan Bomba Dan bilik2 lain.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ladang Welch
Jementah , Segamat, Johor
85200, Jementah
Johor, Malaysia
Telefon = 6079473771
Fax = 6079473771

Pautan luar[sunting | sunting sumber]