Sekolah Kebangsaan Lahar Kepar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Lahar Kepar
Lokasi
Lahar Kepar, 13200, Kepala Batas,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6045758751
Kod sekolahPBA2011
Guru besarPuan Mahani binti Abdul Rahim
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Zulkifli bin Bakar
Penolong Kanan KokurikulumPuan Mathna bt Saedin
Faks6045758751
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Lahar Kepar atau nama ringkasnya SK Lahar Kepar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Lahar Kepar.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Lahar Kepar memiliki 178 pelajar lelaki dan 151 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 329 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lahar Kepar telah didirikan oleh orang-orang kampung Lahar Kepar pada 3 Mac 1950 dengan cara bergotong-royong. Sumber perbelanjaan adalah dengan cara kutipan padi dari rumah ke rumah. Hasil kutipan digunakan untuk membeli alat-alat pembinaan.

Sekolah ini mula digunakan pada 3 Oktober 1950. Guru Besar pertama yang bertugas di sekolah ini ialah En Muhammad bin Md Nor. Hanya dua kelas sahaja yang dibuka ketika ini dengan bilangan pelajar seramai 81 orang, iaitu 36 orang lelaki dan 45 orang perempuan.

Sekolah ini dirasmikan oleh Pegawai Daerah Butterworth, En S. T. Steward pada 15 Januari 1951. Acara perasmian dijalankan pada pukul 10 pagi. Pada hari perasmian juga, orang-orang kampung Lahar Kepar telah mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan membina sekolah ini.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lahar Kepar
Lahar Kepar
13200, Kepala Batas
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045758751
Fax = 6045758751

Pautan luar[sunting | sunting sumber]